Thursday, January 13, 2011

X-Factor Pegawai


13 Januari 2011, akhirnya Program X-Factor menjadi kenyataan dengan berlangsungnya pembentangan oleh dua (2) orang Penolong Setiausaha (PSU) di organisasi Bonda. Program X-Factor adalah salah satu aktiviti yang boleh dikaitkan dengan Organisasi Pembelajaran (learning organization).
Dengan kata mudah, Program X-Factor ni adalah program keilmuan.

Hari ini topik yang dibentang atau dikongsi bersama adalah ...
Pengurusan risiko oleh Puan Nur Diyana binti Muhammad Isror

The Power of Negotiation oleh Puan Shara Zuliana binti Shafiee

Program ini dijalankan pada pukul 12.00 tengah hari. Masa yang diperuntukkan adalah 1 jam bagi keseluruhan pembentangan supaya tidak mengganggu masa lunch kakitangan. Akan tetapi, ianya tamat pada pukul 1.35 petang. Yang mengambil masa adalah sesi soal-jawab. Respon daripada penonton sungguh bagus, mereka nampaknya enjoy the presentation and the discussion. Program ini juga dihadiri oleh pegawai-pegawai luar organisasi Bonda (atas jemputan).

Bonda turut merasa gembira kerana Bonda juga menyumbang dalam pelaksanaan program ini. Penglibatan Bonda hanya di peringkat awal. Bonda tidak meneruskannya kerana Bonda bukan desk official yang menguruskan pembangunan modal insan. Bonda yang mohon dilepaskan daripada meneruskan tugasan yang telah Bonda mulakan kerana tugasan Bonda sendiri pun belum selesai. Bonda cuma initiate dengan cara meletakkan idea awal Program X-Factor ke atas kertas. Apabila dah ada garis panduan yang menjelaskan 5Wives 1Husband, mudahlah ia dilaksanakan.
Program X-Factor ini adalah ilham bos Bonda, Encik Khalid bin Abu Bakar, Setiausaha Bahagian. Dia seorang pemimpin yang sentiasa memikirkan idea untuk memberi peluang kepada pengembangan bakat dan potensi pegawai dan kakitangannya. Dia melontarkan idea ni sejak bulan September 2010 lagi tapi lambat direalisasikan oleh pegawainya. Bila dia dah mengamuk dan beri kata dua, baru nampak progress nya.

Pada ketika lontaran idea itu, Bonda baru aje join Unit Dasar, Penyelidikan dan Penandaarasan. Desk official pembangunan modal insan tidak mengambil tindakan segera atas idea itu. Ketua Unit Bonda juga lambat bertindak. Bonda tidak mahu boss mempunyai presepsi negatif ke atas pegawai-pegawai di unit Bonda, tak mahu dengar, dalam mesyuarat, Unit Bonda asyik kena marah aje sebab tak siap atau lewat siapkan tugasan. Jadi Bonda bertindak.

Langkah 1, Bonda mengadakan perbincangan lanjut dengan boss untuk mendapat gambaran yang jelas seperti apa objektifnya, siapa yang terlibat, bagaimana modus operandi dan bila bermula.
Langkah 2, Bonda sediakan draf garis panduan pelaksanaan Program X-Factor.
Langkah 3, Bonda minta pandangan boss tentang kandungan garis panduan itu.
Langkah 4, Bonda murnikan garis panduan itu sehingga ia diterima oleh boss Bonda.

Bila boss dah setuju, Bonda pun sediakan sedikit nota yang memohon persetujuannya untuk dilepaskan Bonda daripada meneruskan tugasan itu. Dengan kata lain, Bonda meletakkan noktah di akhir tugasan dan dibuktikan secara bertulis. Bila boss besar dah luluskan permohonan Bonda, Bonda pun serahkan tugasan itu bersama dengan bukti kelulusan kepada Ketua Unit Bonda. Jadi dia akan mengarahkan pegawai yang sepatutnya (desk official) untuk membuat tindakan seterusnya.

Pesanan Bonda:
Apabila boss telah melontarkan idea, secara tidak langsung itu adalah arahannya untuk dijelmakan. Jadi usahakan untuk merealisasikan hasrat boss (hasrat yang baik-baik aje tau) seberapa segera.

Bonda juga mahu merakamkan penghargaan kepada site dan site 1 yang memberi sedikit kefahaman tentang Learning Organization

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...