Showing posts with label Jalan-Jalan Cari Makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan Cari Makan. Show all posts

Sunday, January 2, 2011

Spaghetti Bolognese Dah Masuk Pasar Malam

Berita baik bagi penggemar spaghetti yang berada sekitar Bandar Baru Bangi. Jika teringin nak makan spaghetti, setakat hanya 1 atau 2 mulut yang nak makan, tak perlu bersusah-payah nak masak-masak. Pergi aje ke Pasar Malam Seksyen 2 Bandar Baru Bangi pada hari Sabtu dan Selasa, pasti tidak menghampakan harapan anda.

Harga? Harganya di bawah RM5 sebungkus. Rasanya? Rasalah satu kali. Bagi Bonda sedap dan puas hati. Sebabnya Bonda yang masak spaghetti bolognese tu. Jadi, kalau teringan nak merasa masakan Bonda, sudi-sudilah datang ke Pasar Malam Seksyen 2 Bandar Baru Bangi pada hari Sabtu terutamanya.

Apa nama gerainya? Macam mana nak tau yang mana satu yang Bonda maksudkan? Senang aje, cari gerai yang jual kentang spring.

Kat situlah ada spaghetti bolognese dan dadih. Anak Bonda, Iffah yang berniaga. Bonda sekadar orang di belakang tabir dan memberi moral support aje.
Jumpa di sana.

Tuesday, October 12, 2010

Black Pepper Spaghetti

Pernah makan spaghetti lada hitam? Anak Bonda, Iffah beriya-iya mahu Bonda merasanya.
Nilah rupanya spaghetti lada hitam.

Ni pula spaghetti yang biasa-biasa.

Rasanya? Okay jugalah. Bonda memang gemar spaghetti. Tapi cuma tau masak spaghetti yang biasa-biasa aje.
Harga? Okaylah, sepinggan RM 10.90
Kat mana Bonda merasanya? Kat Sweet Chat, Mid Valley, Kuala Lumpur
pada 8 Ogos 2010
Dengan siapa Bonda pergi makan-makan ni? Dengan anak-anak Bonda,
Izzah dan Iffah
Makan-makan di Sweet Chat hanya secara kebetulan ketika Bonda menemani Izzah. Izzah mencari suatu penyelesaian untuk masalah kulit mukanya.
Lain dicari, lain pula yang dapat. Biasalah tu.

Monday, September 27, 2010

RM2 Yang Berbaloi-Baloi

Kedatangan Bonda ke Ipoh pada kali ini (24 September 2010) telah menemukan Bonda dengan sesuatu yang menarik. Bonda dah pernah dengar kedai RM2 di Kuala Lumpur. Kat Ipoh ni ada gerai nasi berlauk RM2! Tak percaya? Pergilah ke Medan Selera Stadium.
D'Serambi namanya. Kedai tu beroperasi daripada pukul 6.30 pagi hingga 10 malam. Berapa hari seminggu? Lupa nak tanya. Kat gerai ni ada nasi berlauk, nasi lemak, nasi dagang dan lain-lain lagi. Tapi gerai ni lebih popular dengan nasi berlauk RM2.

Menu nasi berlauk RM2 adalah seperti berikut:
nasi putih;
ayam goreng;
kari ayam;
mentimun;
sambal belacan.

Lauk-lauk pilihan lain juga disediakan bagi pelanggan yang mahu kelainan (bajet lebih sikit).

Bonda datang makan malam, selepas hujan dan kebetulan pelanggannya tak ramai. Jadi kami (Bonda dan suami) pun interview sakanlah. Taukeh gerai tak ada (keluar sekejap). Taukeh gerai ni bijak orangnya. Kenapa? Kerana ...
  1. dia sendiri yang masak makanannya. Jadi dia boleh kawal kualiti masakannya dan dia tak bergantung kepada orang lain untuk memasak bahan jualannya.
  2. tiada disediakan pinggan untuk pelanggan yang nak makan kat gerai tu. Semua bungkus. Jadi dia jimat pekerja untuk cuci pinggan mangkuk dan juga jimat air.
  3. gaji pekerja dibayar ikut hari. Ada kerja, ada gaji.

Taukeh gerai ni orang Kelantan. Suami Bonda puji masakannya. Kiranya berbaloi jugalah dengan RM2. Cara taukeh ni menguruskan gerainya telah memberikan idea kepada suami Bonda. Dia juga nak buat bisnes nasi berlauk RM2 kat gerai makannya.

Sunday, September 26, 2010

Sesuap Nasi Di Bandaraya Ipoh

Susahnya nak cari sesuap nasi di Ipoh ni. Itulah pengalaman Bonda semasa berada di Ipoh. Kedatangan Bonda ke sini atas tugas rasmi iaitu menjalankan pemantauan perjalanan peperiksaan PTK bagi siri ke-2 pada 25 September 2010.
Bonda hampir give up, berpusing-pusing, ada kalanya melalui laluan yang sama sampai 3 kali ulang. Ni semua gara-gara nak cari kedai makan melayu. Hujan renyai-renyai, matahari tak ada pulak tu, susah betul nak cam jalan. Main redah ajelah.

Rasanya inilah kali ke-2 Bonda bermalam di Ipoh dan terpaksa cari dinner sendiri. Kali pertama datang, menginap di Syuen Hotel. Jalan kaki aje dah sampai shopping complex, makan fast food lah jawabnya. Kali ni Bonda ditemani "boy friend". Dia ni kurang minat dengan fast food. Jadi berpusing-pusinglah kami mencari gerai/ warung makan. Bonda ajak makan kat hotel aje sebab dah susah sangat nak jumpa kedai makan ni. Asyik jumpa gerai/ warung cina aje.

"Tak apalah kita pusing-pusing bandar Ipoh ni," kata suami Bonda. Tiba-tiba ternampak 'Medan Selera Stadium'.
Seronoknya Bonda. Bonda membayangkan banyaknya gerai makan melayu yang ada. Jadi, adalah pilihannya. Tapi bila dah sampai dekat, semuanya gerai makan cina. Geram, sedih, kecewa, bercampur-baur. Masa nilah teringat kat kampung, Kuala Terengganu, mana-mana pergi kebanyakannya gerai makan melayu.

Tiba-tiba suami Bonda menuju ke salah sebuah gerai. Alamak, dia ni dah kelaparan sangat ke hinggakan dah tak kisah gerai bangsa apa? Terdetik dalam hati Bonda. Tapi Bonda silap. Rupa-rupanya ada sebuah gerai makan melayu di celah-celah gerai makan cina.
Syukur, jumpa juga nasi. Jimat duit. Jika makan kat hotel, sekurang-kurangnya RM26 untuk dua orang makan. Tapi makan kat D'Serambi ni cuma RM10.40 aje. Itupun siap beli bungkus lagi selain makan kat gerai.
Sekarang dah tahu kat mana nak cari gerai makan melayu yang sedap. Jadi Bonda tak adalah nak risau-risau lagi jika sekiranya datang ke Ipoh dan mencari sesuap nasi. Tapi masalahnya, jalan nak pergi ke Medan Selera Stadium tu yang tak berapa tahu. Redah ajelah.

Saturday, September 18, 2010

Juadah Hari Raya

Syoknya raya tapi tak sama meriahnya semasa ada arwah emak Bonda. Dulu pada hari raya pertama, juadah pagi tak adalah berat sangat, sekadar nasi impit, kuah kacang dan daging rebus saja. Nasi Impit Kuah Kacang
Sebabnya pada hari raya pertama kami akan menziarahi rumah tok, toki, mak saudara dan ayah saudara. Petang baru balik rumah.
Pada hari raya ke-2, emak Bonda akan masak nasi dagang. Saudara mara dah tau trend ni. Jadi mereka akan datang beraya pada raya ke-2 lah sambil tu dapat makan nasi dagang.
Nasi Dagang Terengganu
Walaupun dah 14 tahun (1996) arwah emak pergi, Bonda masih terasa kehilangannya.
Sejak arwah emak tak ada, juadah pagi raya pun pakai yang tunjuk-tunjuk aje. Tahun ni ayah Bonda tempah nasi dagang pada raya pertama. Anak-anaknya tak berapa pandai masak nasi dagang. Nasib baiklah duit kami masih laku (ada orang sanggup masakkan untuk pagi hari raya). Harganya RM180 segantang. Kat Terengganu ni masih guna sukatan gantang dan cupak.
Itu cerita juadah pada raya pertama. Menu untuk raya ke-2 pun sama juga. Berbaloi-baloi balik Terengganu pada tahun ini sebab dapat makan nasi dagang dua (2) hari berturut-turut. Kali ni adik Bonda pula yang memesannya.Raya ke-3, menunya laksa Terengganu. Kali ni Bonda dan adik beradik bergotong royong menyediakannya. Tapi sayang tak jadi laksa Terengganu kerana laksa dah habis ditempah orang. Nasib baiklah dapat laksam, itu pun kena catu (1 batang 1 orang).
Laksam Terengganu

Menu back up adalah mee goreng yang Bonda masak.
Kuah laksam, kakak Bonda, Rusnani, ketua chef nya. Kami bila balik Terengganu mesti cari makanan atau menu Terengganu.

Menu makan malam tidak dirancang awal. Bincang dulu apa nak makan, baru pergi cari bahan mentahnya. Nasib baiklah Mydin dan Giant dekat dengan rumah. Chef diimport khas dari Bandar Baru BangiSemua orang ada peranan tersendiri dalam penyediaan makan malam.
Gara-gara masak dengan kasih sayang, terpaksa masak nasi tambahan.

Itulah kenangan Bonda adik beradik walaupun tak semua dapat berkumpul dalam masa yang sama, kemeriahannya tetap dirasai. Pesanan Bonda, sesama adik beradik janganlah bergaduh, tambah-tambah yang bilangannya kecil aje. Ruginya, ada adik beradik tapi buang mereka hidup-hidup.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...