Tuesday, January 18, 2011

Pelan Perniagaan satu pra syarat

9/10 daripada pintu rezeki datangnya daripada perniagaan. Berniaga adalah sunnah Nabi Muhammad s.w.a. Buat perkara sunnah dapat pahala. Tapi nak niaga apa? Macam mana nak mula? Di sini ada jawapannya.

Kita perlu buat pelan perniagaan (business plan) terlebih dahulu sebelum mula berniaga. Pelan perniagaan bermula dengan ...
1. mempunyai sebab yang kukuh kenapa kita mahu berniaga.

2. tentukan apa perniagaan yang sesuai buat diri kita. Dapatkan jawapannya dengan tanya pada diri ...
  • apa yang saya buat di masa lapang
  • apakah kemahiran teknikal yang telah saya pelajari atau peroleh
  • apa pendapat orang lain tentang kebolehan saya
  • bolehkah saya mendapat sokongan keluarga
  • berapa banyak masa yang saya ada untuk mengusahakan perniagaan saya
  • adakah saya mempunyai hobi atau minat yang boleh dipasarkan
3. Kenal pasti "niche" (something that there is a need for ... i.e your potential customer is going to want) perniagaan kita. Jalankan kajian dengan menjawab soalan-soalan ini ...
  • apakah jenis perniagaan yang saya minati
  • apakah khidmat atau produk yang saya akan pasarkan
  • adakah idea saya praktikal dan bolehkah ia menepati kehendak atau keperluan
  • siapakah pesaing saya
  • bolehkah saya memberikan khidmat yang berkualiti tinggi
  • bolehkah saya mengwujudkan permintaan terhadap perniagaan saya
4. Buat senarai 'pra-perniagaan' dengan menjawab soalan-soalan ini ...
  • apakah kemahiran dan pengalaman yang boleh saya sumbangkan kepada perniagaan ini
  • bagaimana kedudukan saya di sisi undang-undang
  • bagaimana rekod perniagaan akan dikendalikan
  • apakah jenis perlindungan insuran yang diperlukan
  • apakah peralatan atau bekalan yang diperlukan
  • apakah imbuhan untuk diri saya
  • di manakah premis perniagaan saya
  • apakah nama perniagaan saya
Ingat ya! Kita perlu tulis jawapan kepada persoalan-persoalan itu supaya rancangan kita jelas dan terperinci. Pelan perniagaan adalah dokumen fleksibel dan perlu berubah apabila perniagaan dah berkembang.

Nasihat ini Bonda dapat daripada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...