Showing posts with label Muridku Sayang. Show all posts
Showing posts with label Muridku Sayang. Show all posts

Wednesday, October 27, 2010

Penghargaan Buat Seorang Guru

Kali ini Bonda merakamkan kenangan Bonda menghadiri majlis perkahwinan x-student Bonda. Ianya dah agak lama berlaku iaitu pada 19 September 2010. Bagi Bonda, current news or out dated story, tak penting. Bonda nak rakamkan kenangan itu sementara ia masih segar diingatan.

Mendapat undangan perkahwinan daripada Fahd Adeeb, x-student Sekolah Alam Shah, Cheras Kuala Lumpur adalah sesuatu yang mengembirakan Bonda. Apa tak gembiranya sebab anak murid masih ingat lagi kat Bonda. Itu yang terharunya. Bonda pernah mengajar Fahd Adeeb, jadi terasa dia begitu dekat dihati. Tambah-tambah lagi dia seorang pelajar yang baik, pandai, "skema", dan kacak pulak tu (sedap dipandang).
Bonda bersama Fahd Adeeb dan isterinya Khairunnisa.
Macam mana? Tampan kan dia? Dulu, lagi tampanlah sebab gambar ni diambil selepas dia bergelar Doktor Fahd Adeeb. Medical doctor tau.

Dia buat majlis persandingannya di Kelab Shah Alam Selangor. Majlisnya bertemakan timur tengah, Bonda agaklah sebab muzik timur tengah berkemundang di sepanjang majlis itu. Ada persembahan tarian timur tengah lagi tapi bukan yang gelek-gelek tu.
Pengantin join sama menari. Tapi bila dah selesai majlis yang formal tu dan tetamu VIP pun dah balik.

Rupa-rupa Fahd Adeeb bercinta dan berkahwin dengan adik kawan sepersekolahannya (zaman belajar di Sekolah Alam Shah).
Ibu bapa Fahd Adeeb
Ibu bapa mertua Fahd Adeeb
Majlis dimulakan dengan bacaan doa.
Barulah Bonda tau yang Farrah Adeeba, pengacara Media Prima Bhd. tu adalah kakak Fahd Adeeb.
Bonda pun tak lepas peluang untuk bergambar dengan Farrah Adeeba.
Rasa seronok dan bangga kerana dapat bergambar dengan personaliti tv.
Dia juga seorang yang sopan walaupun dia tahu Bonda sekadar bekas guru adiknya.

Banyak kejutanlah kat majlis tu.
Ni satu lagi kejutan bagi Bonda apabila dengar lagu dendangan ....
Man Bai dengan lagu "Kau Ilhamku".
Bonda tak lepas peluang untuk bergambar dengan Man Bai.

Ada satu lagi yang Bonda terkilan, iaitu tak sempat bergambar dengan Ahmad Fitri Yahya, pengacara majlis itu dan juga pengacara Media Prima Bhd.
Kemeriahan dan kegembiraan keluarga Fahd Adeeb.
Keseronokan dan keriangan keluarga Khairunnisa, isteri Fahd Adeeb.
Antara kawan-kawan Fahd Adeeb dan pasangannya yang hadir.

Bonda juga sempat bergambar dengan beberapa orang x-student.
Kenangan bersamanya ......
Bonda bersama Amin Hassan dan isterinya.
Bonda bersama abang ipar Fahd Adeeb iaitu Ayie and his happy family.
Bonda bersama Mad Ithnin and his family. Geram tengok his cute little girl.
Bonda bersama Syed Zul dan isterinya.
Anak-anak Bonda suka tengok fesyen baju isterinya.
Bonda bersama Shaharurrizal, isteri dan anaknya.
Bonda bersama Muhammad Faiz Mohd Nor dan anaknya.
Isterinya? Entahlah. Tak tau kenapa dia tak berada dekat-dekat situ.
Dari kiri : Amin, Syahradzi Abdul Rashid, Cikgu Chelvi, Bonda, Raja Harmaini, Mad Ithnin, Ahmad Fahmi Mohd Nor
Bonda harap nama mereka tu betul dan tepat. Maaflah jika tersilap.
Bonda bersama Cikgu Rohaiza
Bonda bersama Cikgu Rabitah

Ada lagi beberapa orang guru Sekolah Alam Shah yang hadir sama tapi tak sempat bergambar dengan mereka.
Fahd Adeeb bersama rakan-rakannya.
Bonda tak larat nak tunggu untuk bergambar bersama. Jadi miss lah sesi tu.
Semasa pengantin makan di meja, pengapit mereka tidak makan atau duduk bersama. Tempat diberi kepada tetamu VIP. Bonda sangat setuju dengan cara tu.

Sebagai ole-ole, Bonda dapat yang ini ......
Semoga Fahd Adeeb dan isterinya, Khairunnisa berbahagia hingga ke akhir hayat mereka.

Sunday, October 17, 2010

Inside Story Of First Malaysian Angkasawan

Buku "Reaching For The Stars" adalah buku yang ditujukan buat Angkasawan Pertama Malaysia iaitu Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie (Dr SMS). Buku itu memang best dan Bonda cadangkan anda membacanya sendiri. Kenapa Bonda sukakannya? Kerana ia menceritakan tentang latar belakang Dr SMS, bagaimana dia dididik oleh kedua ibu bapanya, persiapannya menuju ke angkasa. Paling penting dan paling bestnya, buku itu ditulis sendiri oleh adik Dr SMS iaitu Sheikh Mustapha Shukor Al-Masrie.

Sebaik saja Bonda mengetahui bekas anak murid Bonda, Sheikh Mustapha Shukor Al-Masrie adalah adik kepada angkasawan Malaysia, Bonda menyimpan hasrat untuk mencoretkan sesuatu sebagai kenangan bersamanya. Bagaimana nak mulakan jika namanya (nama penuh) Bonda tak berapa ingat. Nama separuhnya, Sheikh (panggilan Bonda kepadanya). Bonda suka (senang) dengan dia kerana dia seorang yang kelakar. Tiada masalah disiplin sepanjang ingatan Bonda dan pencapaian akademiknya okay (tidak berada di hujung mana-mana yang extrem).

Iffah, anak Bonda telah share buku "Reaching For The Stars" dengan Bonda kerana dia tau yang Bonda rindukan Sheikh dan mahu tahu cerita mengenainya walaupun dah terlewat. Buku itu ditulis oleh Sheikh untuk abangnya, Dr SMS. Dia menceritakan siapa abangnya, apa sikapnya dan berkongsi pengalaman tentang persediaan abangnya naik ke angkasa lepas sebagai angkasawan Malaysia. Dia mengakhiri tulisannya dengan persoalan-persoalan yang perlu jawapan daripada abangnya apabila abangnya balik dari angkasa lepas.

Ikatan kasih sayang dan kemesraan adik-beradik sungguh kuat antara mereka. Mereka bersatu dan bersama atas nama adik-beradik dan keluarga. Bonda dapat rasakannya. Bonda berdoa semoga semangat, ikatan dan kasih sayang adik-beradik sebegitu juga wujud dalam jiwa anak-anak Bonda.
Sheikh amat rapat dengan Dr SMS walaupun beza umur mereka adalah tiga (3) tahun.
Rupa-rupanya Sheikh mempunyai 5 beradik dan semuanya lelaki.
Daripada kiri ke kanan:
Sheikh Mustapha Shukor Al-Masrie (Ajil), Sheikh Taufik Shukor Al-Masrie (Opik), Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie (Amus), Sheikh Ahmad Shukor Al-Masrie (Abang), Sheikh Arwiz Shukor Al-Masrie (Arwiz)

Membaca buku ini dengan kesedaran bahawa penulisnya telah tiada lagi, menambahkan lagi kesayuan Bonda. Dia meninggal dunia pada 27 Oktober 2007 pada pukul 6.18 petang. Dia pergi dengan pertanyaan-pertanyaan yang tidak sempat dijawab oleh abangnya, Dr SMS.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Friday, September 17, 2010

Pelajar Sekolah Alam Shah

Bertemu kembali dengan bekas anak murid, bertukar-tukar cerita dan berita, menjadi suatu kenangan manis buat Bonda. Sebab itulah Bonda akan berusaha mencipta kenangan manis itu.

30 Ramadan 1431H, tarikh pertemuan kembali Bonda dengan Engku Mohd. Hairulnizam setelah 18 tahun berpisah. Rasanya dia pelajar batch 1988 - 1992. Dia dah habis belajar tingkatan 5 di Sekolah Alam Shah Cheras, Kuala Lumpur, jadi berpisahlah kami. Pertemuan kami diatur awal bulan Ramadan lagi. Kebetulan dia tinggal di Kuala Terengganu dan Bonda pulang beraya.Kenangan manis tak kan dilepaskan tanpa bukti gambarnya. Tak kisahlah jika gambar tu kurang seri sebab tak pakai baju raya.
Last time bergambar dengan Engku semasa di majlis perpisahan pelajar tingkatan 5 di Kelab Darul Ehsan, Ampang Selangor. Dulu bergambar dua aje, tapi sekarang ... kira sendiri.Engku ni sama batch dengan adik Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, namanya Bonda keliru sikit, sama kacak seperti abangnya. Sayangnya dia dah pergi dulu.
Banyak betul kotak-kotak inai di rumah Engku. Rupanya ayah dia adalah stokis tunggal inai jenama tu kat Malaysia ni, sebab tu banyak stoknya.
Ayahnya masih ingat kat Bonda walaupun jumpa sekejap (mungkin pada hari terbuka sekolah) dan dah lama berlalu. Apa keslah yang membuatkan dia ingat kat Bonda tu, suspend nya.
Isteri Engku, Hasbe Zuraini, usahawan coklat (homemade coklat). Kat Terengganu dah terkenal, menjadi supplier untuk Taman Tamadun Islam. Anak-anak Bonda rancak jugalah bersembang dengan isterinya, mencari-cari peluang dan cara untuk sama-sama jadi usahawan.

Terengganu dah ada kedai serbaneka (macam 7eleven) nya yang tersendiri. Dah mula pada tahun 2009 lagi. Namanya T'Shoppe. Hanya anak kelahiran Terengganu aje yang boleh jadi taukehnya. Bagus tu. Bonda ada satu lagi pilihan kerjaya bila Bonda pencen nanti. Dulu cuma jadi guru koperasi sekolah, mudah-mudahan suatu hari jadi taukeh kedai pulak. T'Shoppe ni di bawah seliaan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu. Kan best jadi rakyat Terengganu sebab kerajaannya sentiasa mencari ruang dan memberi peluang kepada rakyatnya meningkatkan taraf hidup.Ni sedang dok korek-korek duit raya buat mangsa pertama, anak Engku.
Bila dah beri duit raya tu, kiranya penutuplah pertemuan itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...