Kali ini Bonda nak share sedikit panduan asas dalam mulakan langkah membina blog sendiri. Walaupun kita dah ada blog tapi tidak terlewat untuk membaca tips ini kerana penambahbaikan dan peningkatan kualiti penulisan kita amat penting dan perlu.
Tips ini adalah hasil pembacaan (blog walking) Bonda pada beberapa blog blogger yang berjaya dan mempunyai trafik yang memberangsangkan. Bonda pernah juga menyentuh perkara yang lebih kurang sama dalam entri yang terdahulu. Mungkin sama tapi tak serupa. So selamat membaca dan mengaplikasikannya.
Perkara yang perlu diambil perhatian adalah ...
Nama atau Tajuk blog
- pilih nama atau tajuk blog yang ringkas tapi menarik.
- elakkan ada simbol atau nombor.
- sesuaikan nama blog dengan isi kandungan blog.
Bahasa yang digunakan
- guna bahasa Malaysia yang penuh. Daripada tajuk (title) hinggalah isi kandungan (content) entri itu.
- elak guna bahasa rojak yang melampau dan bahasa sms. Sebabnya pertama: blog kita di scan atau dilihat oleh pakcik Google. Kebiasaannya, apabila searching dibuat di enjin carian google, mereka akan menaipnya dalam bahasa Malaysia yang lengkap ejaannya. Kadang kala, kalau silap eja (terutama dalam bahasa Inggeris), pakcik Google akan berikan ejaan yang betul. Jadi, jika ada perkataan yang kita gunakan dalam blog kita match dengan perkataan yang dicari, pakcik Google akan tunjukkan blog kita kepada orang yang mencari. Sebab kedua: mudahkan pembaca kita membaca blog kita. Pembaca kita terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan tahap kematangan.
Interface atau rupa atau design blog
- Saiz tulisan biarlah normal, tidak kecil atau sekejap besar, sekejap kecil.
- Warna tulisan tak perlulah terlalu fancy hingga setiap perkataan diwarnakan.
- Jangan selitkan banyak smiley dalam entri.
- pilih templet yang best dan simple.
Widget
- pilih widget yang penting sahaja, contohnya Shoutmix - penting bagi orang yang suka buat blog walking, nak tinggalkan jejak atau bertanya khabar.
- Letakkan "Read More" untuk entri yang panjang. Untuk ini, Bonda masih gagal lagi. Dah cuba tapi belum berjaya.
- Elakkan video atau audio yang auto play. Maksudnya jangan paksa pembaca kita.
TQS...MMG BERGUNA SANGAT
ReplyDeletet/kasih bonda....tip benar2 berguna bagi saya yg baru menceburi...
ReplyDelete