Tuesday, November 30, 2010

Aku Bakal Miliki KLCC Melalui Amanah Hartanah Bumiputera

Sekaranglah peluang Bumiputera memiliki hartanah komersil di lokasi yang strategik. Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak telah melancarkan dana pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bersaiz RM1 bilion pada 29 November 2010 di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.

Apa itu Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)? AHB lahir daripada hasrat kerajaan supaya ekonomi/ kekayaan rakyat Malaysia tidak tertumpu kepada golongan atasan semata-mata. Dengan adanya AHB, pelabur Bumiputera dapat menyertai pemilikan aset hartanah terutama bagi hartanah komersil. Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak telah menyebut tentang AHB semasa pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober 2010.

Hasil daripada sedikit bacaan yang Bonda buat, Amanah Hartanah Bumiputera ni ....
  1. berlandaskan syariah/Islam;
  2. Harga seunit adalah RM1 dan harganya tetap;
  3. pelaburan minimum adalah RM500, tambahan RM100 dan had maksimum adalah RM200,000;
  4. Jangkaan pulangan tidak kurang daripada 6%;
  5. Terbuka kepada Bumiputera yang berumur 3 bulan ke atas;
  6. Jika nak tahu lebih lanjut, kunjungilah ke mana-mana cawangan Maybank atau lawati Maybank.
Jadi apa tunggu dan lihat lagi. Ayuh kita sama-sama pergi Maybank, tambah-tambah lagi duit bonus RM500 (untuk orang gomen aje) dah nak keluar. Jom Jom

Monday, November 29, 2010

Kereta Hibrid Keluaran Malaysia

Tajuk akhbar yang menarik perhatian Bonda pada hari ini, 29 November 2010 adalah "PROTON keluar 200 kereta hibrid Januari depan" di Berita Harian.

Apa tu kereta hibrid (hybrid car)? Bonda belum buat study betul-betul lagi. Berdasarkan ilmu Bonda yang panjang sejengkal ni, kereta hibrid tu adalah kereta mesra alam yang mana asapnya tidak mencemarkan alam sekitar contohnya macam kereta yang guna kuasa bateri sebagai power nya.
Berbalik kepada topik kita kali ini, kereta hibrid buatan Malaysia ni belum boleh dibeli lagi. Kereta ini akan digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan mulai Januari 2011. Kenderaan ini menjadi tikus putih iaitu bahan kajian PROTON Holding Bhd (PROTON) sebelum ianya dijual di pasaran domestik dan antarabangsa.

Setiap unit kereta hibrid itu akan dipantau oleh pihak PROTON dari aspek teknikal dan prestasinya. Bila dah puas hati (penambahbaikan pun dah dibuat), barulah PROTON akan keluarkan secara komersial.
Haaa... ni baru betul dan Bonda suka, buat kajian betul-betul dulu, barulah pasarkan.

Bonda memang berminat dengan hal yang berkaitan mesra alam. Bolehlah Bonda mula menabung untuk memiliki sebuah kereta hibrid buatan Malaysia apabila ia dilancarkan kelak. Harganya mungkin di bawah RM100k seunit.

Bonda beri tabik spring kepada Pengarah Urusan PROTON, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan krewnya atas usahanya merealisasikan idea bernas ini.
Semoga PROTON terus maju dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.
Malaysia Boleh!

Sunday, November 28, 2010

Pembantu Rumah Perlu Ada Insuran Kesihatan

Mulai 1 Januari 2011, pembantu rumah juga perlu ada insuran kesihatan. Hari ini dalam akhbar (Bonda baca Kosmo, Ahad 28 November 2010 dan juga dengar berita dalam tv) Kerajaan akan mewajibkan pekerja asing memiliki insuran kesihatan.
Bagus tu tapi yang kurang bagusnya majikan yang perlu membayarnya bagi pembantu rumah dan sektor perladangan. Walaupun hanya RM120 setahun (itu yang surat khabar cakap), ianya akan membebankan majikan pembantu rumah (pada pandangan Bonda) kerana ...
  1. tiada jaminan yang pembantu rumah itu akan bekerja dengan majikan yang sama sekurang-kurangnya 1 tahun;
  2. majikan adalah kakitangan kerajaan yang berpendapatan sederhana sahaja;
  3. majikan itu adalah single parent;
Nampak gaya, para majikan perlu membuat SWOT analysis bagi menangani isu ini. Tanya pakcik Google jika tak tahu apa itu SWOT analysis. Apa-apa pun, mengadu pada Allah semoga Dia memudahkan segala urusan kita.

Saturday, November 27, 2010

Majlis Pertunangan Kali Pertamaku

Semua perkara atau peristiwa bermula dengan pertama kali. Saat pertama kali tulah yang paling banyak kenangan dan pengajarannya. Jadi sangat elok sekiranya kita dapat merakamnya kerana ianya menjadi suatu sejarah yang kukuh dengan bahan bukti. Oleh itu Bonda mencatat setiap perkara dan peristiwa dengan agak terperinci supaya mudah bagi Bonda untuk merujuknya pada masa depan.
Kali ni Bonda mahu berkongsi pengalaman dan merakam memori kali pertama Bonda menjadi host di majlis pertunangan. Host ni bermaksud tuan rumah. Peristiwa ini berlaku pada 6 November 2010, bersamaan 29 Zulkaedah 1431H, hari Sabtu. Anak ke-2 Bonda, Izzah bertunang pada tarikh tersebut.
Cerita majlis pertunangan ni panjang. Oleh itu Bonda terpaksa menceritakan dalam beberapa siri supaya tidak sempat jemu apabila membaca ceritanya. Fokus kali ini lebih kepada rakaman detik manis sesi perkenalan antara dua keluarga.
Ini abang kepada tunang Izzah yang mana dia juga merupakan spoke person bagi pihak keluarga lelaki. Bakal menantu Bonda ni adalah anak bongsu. Dia mempunyai 1 orang abang (sulong) dan 5 orang kakak.
Ini pulak spoke person bagi pihak keluarga Bonda, adik Bonda.
Inilah gelanggang perbincangan dan sesi berkenalan. Di sebelah kanan adalah abang Bonda. Pada awalnya Bonda mahu dia menjadi spoke person tapi Bonda lewat maklumkan. Dia tak bawa persalinan yang sesuai sebagai spoke person. Pengajaran yang Bonda dapat adalah seorang spoke person perlu memakai baju yang bersesuaian. So next time, maklum lebih awal. Abang Bonda tu tinggal kat Dungun.
Back drop kat belakang tu adalah hasil ilham Deliya, anak saudara Bonda. Bonda memang nak simple aje, supaya ada serinya gambar.
Tension jugak ayah Izzah ni.
Emak Izzah pun tidak kurang juga tensionnya. Maklumlah first time menjadi host majlis pertunangan.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh ayah Bonda yang dibawa khas dari Kuala Terengganu. Nasib baiklah abang Bonda dapat cuti, jadi dapatlah ayah Bonda datang.
Izzah diapit oleh bakal emak mertua dan Bonda
Dari kiri: Bonda, Izzah, Iffah dan Ilya
Izzah dengan tunangnya, Zaky
Jadi cukuplah setakat ini. Insya Allah Bonda akan sambung di lain entri.

Monday, November 22, 2010

Jemputan Khas Buat Tetamu VIP

Bonda ada satu projek baru yang perlukan kerjasama anda selaku sahabat atau famili atau e-student atau kenalan Bonda untuk menjayakannya.
Projeknya adalah membina address book secara online.
Menarik kan?
Kecanggihan teknologi sekarang telah memudahkan Bonda untuk membina dan mengemaskini "Address Book" Bonda.
Projek ni sangat penting dan bermakna buat Bonda.
Please beri kerjasama ya.
Nanti Bonda akan beri form untuk diisi secara online.
Mudah dan cuma ambil masa 5 minit aje untuk mengisinya.
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda.

Sunday, November 14, 2010

Taman Tasik Semenyih

Rumah oh rumah, di mana kau?
Bonda buat window shopping rumah walaupun dah ada rumah. Nak upgrade rumah jika dapat.
Tujuan utama nak upgrade rumah adalah Bonda mahu mempunyai rumah yang ada 5 bilik tidur sekurang-kurangnya. Sebab Bonda ada 4 orang anak dan Bonda nak semua anak dan menantu Bonda merasa selesa bila balik atau datang ziarah Bonda kat rumah. Bonda tak harapkan mereka tinggal serumah dengan Bonda bila mereka dah berkeluarga.
Plan pertama Bonda adalah membuat pengubahsuaian rumah yang sedia ada. Bonda tinggal di rumah teres 2 tingkat. Rumah tu standardlah mempunyai 3 + 1 bilik tidur. Yang + 1 tu adalah bilik pembantu rumah. Jadi Bonda nak ubah master bedroom kepada 2 bilik dan bilik pembantu rumah dibesarkan. So dapatlah Bonda rumah yang ada 5 bilik tidur.
Draf pelan pengubahsuaian rumah mengikut impian Bonda dah siap, tapi terbantut dengan kosnya. Mengikut pandangan adik Bonda yang ada kepakaran dalam quantity survey, it's not worth doing that renovation because it involve bumbung rumah dan kosnya akan tinggi. Bonda akan rugi because value rumah tak mengambil sangat kos renovation tu. Nasihat dia, better cari rumah lain.
Jadi bermula daripada saat itu membuatkan Bonda menjadi house haunter. Bonda mencari rumah yang ada 5 bilik tidur, tak perlu buat renovation sangat, dan harganya dalam kelayakan loan perumahan Bonda iaitu lebih kurang RM36k. Itulah hasrat, impian dan kriteria rumah yang dicari. 13 November 2010, bermulalah pencarian Bonda secara lebih serious.
Mencari rumah yang mahu dimilik merupakan suatu yang phobia buat Bonda kerana pernah ada pengalaman pahit. Sebelum kita membuat sebarang komitmen atau pembayaran dalam pembelian rumah, kita kena buat homework dulu.
Pencarian Bonda bermula dengan broucer Bandar Akademia, Lenggeng (sempadan Selangor dan Negeri Sembilan). Semua anak dan suami Bonda tak sokong Bandar Akademia. Jauh dari Kuala Lumpur. Maklumlah dah 24 tahun tinggal di Kuala Lumpur dan semuanya ada, mudah dicapai dan tau kat mana. Bonda bertanya jugalah kat pakcik google tentang Bandar Akademia. Melalui forum perkongsian pandangan, Bonda batalkan hasrat ke Bandar Akademia kerana pembangunannya lambat. Rupanya Bandar Akademia dah 8 tahun bermula tapi masih belum nampak pembangunan dan kemajuannya.
Bonda pilih tempat luar dari Kuala Lumpur dengan harapan dapat bertemu dengan rumah idaman dan memenuhi kriterianya. Kawasan yang hampir dengan tempat Bonda sekarang adalah Semenyih. Ia juga dekat dengan adik-beradik dan ipar Bonda dan juga dekat dengan kampung (hala ke Batu Pahat).
Surfing kat internet, jumpalah dengan Taman Tasik Semenyih. Taman Tasik Semenyih ni tak jauh dari pekan Semenyih. Jika dari Kuala Lumpur, jumpa pekan Semenyih dulu. Lepas tu ambil simpang kiri menghala ke Broga, jalan menuju Universiti of Nottingham.
Taman Tasik Semenyih ni dah 10 tahun dimajukan secara berfasa-fasa. Rumah yang Bonda nak lihat kat situ adalah Edu Square. Rumahnya ada banyak bilik tidur, 9 bilik. Ni pakcik Google lah cakap dan tunjuk. Kebetulan sales office nya dibuka pada hari tu sebab mereka sedang promosi Se7enth Persint. Mengikut sales person, Edu Square tu bagus untuk pelaburan aje. Untuk tinggal, dia tak rekomen kerana biliknya kecil-kecil. Rumah-rumah tu dah disewakan kepada student. Bonda agak dah tak adalah rumah Edu Square yang boleh dibeli lagi. Harganya RM500k. Wow!
Bonda dibawa melihat rumah contoh Se7enth Persint.
Hanya tinggal 5 unit aje lagi. Rumahnya jenis semi-D.
Dua kereta boleh park dalam pagar tanpa perlu buat apa-apa renovation.
Show house ni mempunyai kawasan yang boleh memuatkan 4 kereta, senang-senang. Kawasan luar rumah nampak luas.
Ini pandangan daripada pintu masuk utama, ruang tamu (living room) dan ruang makan (dining room).
Ini pandangan dari ruang tamu ke dapur.
Ruang dapurnya kecil. Share pagar belakang dengan rumah belakang, tiada lorong belakang rumah. Ruang belakang dah tak boleh nak extend lagi. Hanya boleh letak atap/ bumbung aje. Open air lah jawabnya. Kesimpulannya, ruang dapurnya sempit dan tak boleh buat apa-apa untuk besarkannya.

Rumahnya tak memenuhi kriteria Bonda atas sebab-sebab berikut:
  1. Hanya ada 3 + 1 bilik tidur aje.
  2. Bukaannya kecil, biliknya kecil, dapurnya kecil.
  3. Harganya tak sepadan dengan apa yang ditawarkan iaitu RM298k
So, pangkah untuk Taman Tasik Semenyih. Namanya gah, gambarnya cantik tapi suasana kurang menyeronokkan. Tinjauan Bonda ke Taman Tasik Semenyih ni ditemani oleh Iffah dan Eg. Thanks to both you for accompany me and photographs.

Thursday, November 11, 2010

Reunion Budak Spring Valley

Cerita ni dah lama Bonda simpan. Terpaksa ambil giliran untuk dicoretkan. Entri ni Bonda tujukan istimewa buat rakan-rakan seperantauan di New York, Amerika.

8 Zulkaedah 1431H (16 Oktober 2010) merupakan titik pertemuan Bonda dengan rakan-rakan sekolej dan seuniversiti. Rasanya lebih kurang 25 tahun Bonda tidak jumpa mereka. Hanya beberapa orang aje yang Bonda keep in touch. Kawan perempuan aje yang dok selalu berhubung.
Pertemuan ini diatur di rumah Dato' Baharin. Terkejut dan gembira kerana rakan sebaya dah dapat gelaran Dato'. Rumah dia di Bandar Baru Bangi. Dia juga buat kenduri doa selamat pada hari yang sama sempena keberangkatannya ke Tanah Suci, Mekah.
Bila mula-mula jumpa mereka, ramailah yang Bonda tak kenal dan tak cam. Mengaku ajelah kelemahan Bonda sebab Bonda pun bukannya rapat sangat dengan mereka. Kenal setakat hai hai bye bye aje. Sebabnya mereka tu berlainan jantina dengan Bonda. Zaman muda belia dulu, jaga pergaulan.
Berdiri dari kiri, itulah Dato' Bahrin.
Tidak semua rakan Bonda yang dapat hadir. Tapi kami tetap enjoy dan ceria walaupun miss them tetap ada.
Dari kiri: Kak Chik, Kak Yong, Bonda, Norhana
Dari kiri: Biah, Bonda, Lin
Bonda bersama Kak Chik
Suami Bonda (kanan) bersama Jeslee, suami Kak Chik
Bonda sedang bersantap dengan rakan senegeri, Biah. Disebelahnya Lin dan kak Yong.
Bila dah kenyang, barulah sedap nak bersembang-sembang.
Apalah yang seronoknya Che Hashim tu (man in the middle)
Macam dok tunggu autograph Dato' Baharin aje.
Abang Anuar (senior) dok gelak dengan siapalah tu (kat hujung kiri)

Sebagai latar belakang cerita, Bonda imbas kembali pertemuan dan perkenalan Bonda dengan mereka.
Bonda belajar di luar negara setelah mendapat keputusan peperiksaan Sijil Persekolahan Malaysia (SPM). Bonda bukanlah pelajar yang pintar. Dapat melanjutkan pelajaran di luar negara dengan keputusan SPM Bonda yang tidak seberapa cemerlang dan gemilang merupakan rezeki buat Bonda.
Bonda tak sangka tapi pasang juga angan-angan untuk pergi ke luar negara sebab kakak dan abang belajar di luar negara. Ni semua gara-gara dasar ekonomi baru, dapatlah Bonda merasanya. Bonda belajar di sekolah biasa-biasa di Kuala Terengganu, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah, Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Pelajar aliran melayu, tak pernah belajar kat mana-mana selain daripada Kuala Terengganu. Dapat aje peluang pergi luar negara, terus ambil tanpa fikirkan tentang bahasa Inggeris. Masa tu Bonda sedang belajar tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman. Bonda tak nak masuk tingkatan enam tapi nak masuk universiti. Masa tu Kolej Matrikulasi belum wujud lagi. Rupa-rupanya batch Bonda merupakan batch terakhir yang mana kerajaan terus hantar ke luar negara selepas SPM.
Bonda dihantar belajar di Rockland Community College, Spring Valley, New York. Kena masuk kolej dulu, belajar bahasa Inggeris. Bonda pergi atas tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Jadi cikgulah Bonda setelah selesai belajar. Itulah ceritanya, macam mana Bonda boleh terjebak dalam perguruan. Bila kat airport, dah nak berlepas ni, barulah jumpa kawan-kawan lain yang akan pergi ke tempat yang sama. Pelajar tajaan KPM ada 7 orang (Puteri Faridah - Puteri, Nureen - kak Yong, Nor Sabirin - Birin, Rabiah - Biah, Sabariah - Saba @ kak chik, Sabariah - Bee @ kak ngah, Sabariah - Ba (Bonda)). Semuanya perempuan dan ada 3 Sabariah pulak tu. Mulalah kami memberi nama gelaran. Nama panggilan Bonda dalam kalangan keluarga ialah Yah. Biasalah keluarga panggil nama hujung. Tapi bila dah keluar dari Terengganu, nama pun kena ada nilai komersial jugalah. Jadi kekallah panggilan Bonda sebagai Ba dengan kawan-kawan.
Selain pelajar tajaan KPM, ada satu kumpulan lagi pelajar iaitu tajaan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Dulu TNB dikenali sebagai Lembaga Elektrik Negara (LLN). Ada 23 orang pelajar dan semuanya lelaki. Wow! Ramainya lelaki. Malu-malu kucing jugalah. Tak biasa ada kawan lelaki seramai tu. Masa kat sekolah dulu, ada jugalah dua tiga orang kawan lelaki tapi kami berkawan dalam kumpulan, lebih kepada study group. Jadi Bonda cuma rapat dengan kawan perempuan aje.
Rakan-rakan Spring Valley (junior and senior)
Duduk dari kiri: Kak Chik, Bonda, Norhana (junior), Rabiah, Nureen, Lin (rakan seUniversiti).
Berdiri dari kiri: Jeslee, Che Hashim, Ismail, Ismail Panjang (Bonda agaklah), Dato' Baharin, Kamal, Khusairi (rasa-rasanya), abang Anuar (senior), Hisham

Sungguh seronok dapat berjumpa rakan lama. Masa muda-muda dulu, malu-malu kucing untuk berkawan tapi sekarang, bila dah banyak bergaul dan masing-masing dah mempunyai anak-anak, no problem lah untuk bersosial. Bertambahlah lagi nama-nama jemputan untuk kenduri suatu hari nanti.
Kawan-kawan lelaki dah jadi orang besar-besar TNB, pakai kereta pun yang besar-besar dan berjenama. Baguslah. Kawan-kawan perempuan termasuk Bonda masih lagi jadi orang kecik-kecik KPM. Itulah rezeki kami.
Di sini Bonda mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada suami tersayang, Encik Ab Hamed kerana sudi menemani Bonda dan berusaha mengenali rakan-rakan Bonda. Buat anak Bonda, Iffah, terima kasih kerana sudi luangkan masa menemani Bonda dan merakamkan saat manis Bonda dengan rakan-rakan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...