Tahun 2011. Satu permulaan yang amat berlainan dengan yang lepas-lepas. Apa taknya, 30 Disember 2010, belum pun masuk tahun 2011, Bonda sudah mendapat "surat cinta" daripada boss besar (Setiausaha Bahagian) Bonda.
"Surat cinta" tu bermaksud surat amaran/ peringatan/ aku janji bahawa Bonda berjanji akan menunaikan segala tugas yang diamanahkan dengan cemerlang seperti menyiapkan sesuatu tugasan mengikut tarikh yang ditetapkan. Dah 24 tahun Bonda berkhidmat, belum pernah dapat surat macam ni. Bonda juga dah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak 2 kali sepanjang tempoh itu.
Bonda diberi tempoh 3 bulan iaitu Mac 2011 untuk membuktikan prestasi kerja Bonda. Jika gagal, Bonda boleh dikenakan tindakan seperti dipindahkan ke tempat lain. Sebenarnya bukan Bonda seorang aje yang terima "surat cinta". Semua pegawai dan staf sokongan hinggakan pegawai kontrak pun dapat surat ini. Unit Bonda tak ramai ahlinya. Ada seorang ketua unit (gred 52), 3 orang pegawai (gred 44 dan 41), 2 orang staf sokongan dan 1 orang pegawai kontrak. Dengan kata mudah, ketua unit Bonda cuma perlu mengawal, menyelia dan membimbing 6 orang sahaja staf dalam unitnya. Lu fikirlah sendiri. Itulah dugaan Bonda.
Kerana seekor lembu membawa lumpur, semua terpalit sama. Ini semua gara-gara sikap seorang pegawai gred 48 (time based - cukup masa 10 tahun naik pangkat) yang ambil mudah, tidak mahu berfikir/merancang kerja, tau arahkan orang aje, tidak memberi bimbingan kepada orang bawahan, tak membuat pemantauan, mahu kerja siap dengan cemerlang, pandai bercakap hingga dapat mengubah kesalahan dia kepada orang lain (seolah-olah orang lain yang silap, dia menjadi mangsa apabila tugasan tidak dapat disiapkan).
Boss besar naik angin kerana tugasan yang diberi mengambil masa melebihi 3 bulan untuk disiapkan. Itupun tak siap juga. Tugasnya simple aje, iaitu membuat gap analisis pegawai.
Boss besar Bonda charged kami atas tuduhan tiada kerjasama atau kerja sepasukan. Kami bukannya tak tolong "kawan tu" siapkan tugasan. Tolong. Tapi sakit hati jugalah apabila lihat tiada komitmen dan kesungguhan daripada "kawan tu" dalam menyiapkan tugasan dia. Akhirnya kami juga kena marah bila tugasan tidak siap. Geram betul Bonda.
Okay Bonda terima cabaran ini. Bonda pasti boss besar tau siapa buat kerja, siapa yang pandai cakap aje. Dia mungkin sedang mengumpul bahan bukti sebelum sesuatu tindakan itu dapat diambil ke atas pegawainya yang tidak menjalankan tugasan.
Sebagai persediaan pertahanan diri, maruah dan bukti bahawa Bonda seorang pekerja yang cemerlang, dedikasi dan komited, Bonda akan menggunakan 3 bahan bukti iaitu
- Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2011
- Borang Kawalan Kerja Bulanan
- Buku catatan harian
Itulah azam/matlamat Bonda untuk merekod/ mencatat dan mendokumenkan apa aktiviti/ tugasan/ arahan yang diterima. Bonda bukannya risau sangat sekiranya dipindahkan. Atas sebab apa Bonda ditukarkan, itu yang tak bestnya. Rekod prestasi tercemar.
Selesai satu episod dalam laluan kerjaya.
No comments:
Post a Comment