Sunday, January 30, 2011

Tips Menulis Tajuk Entri Blog

Bagaimana nak tarik pengunjung atau pembaca ke blog kita? Bonda tak adalah pandai sangat tapi tau jugaklah sikit-sikit, hasil daripada blog walking di dalam negeri dan di luar negara. Sebenarnya pengunjung dan pembaca adalah dua (2) golongan yang berbeza. Dia boleh jadi pengunjung kita tapi belum tentu lagi dia adalah pembaca entri kita. Pada Bonda, pembaca lebih penting daripada pengunjung. Apabila dia seronok dengan entri kita, dia akan datang lagi. Tapi sebelum dia jadi pembaca, dia perlu jadi pengunjung. Jadi kita mulakan dengan bagaimana nak menarik pengunjung ke blog kita dan selepas itu menukarkan dia menjadi pembaca.

Apa yang menarik pengunjung adalah tajuk entri. Dengan membaca tajuk, pengunjung akan buat keputusan sama ada dia nak pergi ke blog kita atau sebaliknya. Di mana pengunjung baca tajuk kita? (ini soalan basic bagi blogger baru yang celit IC sikit-sikit). Jawapannya, di search engine contohnya google. Ini membawa kita kepada tips bagaimana menulis tajuk entri supaya dapat menarik orang ke blog dan seterusnya membaca blog kita.

Tips 1: Simplify atau Mudahkan atau Ringkaskan
Kajian menunjukkan pembaca blog lebih gemar kepada tajuk yang ringkas, padat dan straightforward (tepat kepada tujuan).

Tips 2: Communicate atau Menggambarkan
Tajuk seharusnya dapat menyatakan entri kita berkaitan dengan apa. Kebanyakan orang tidak akan meluangkan masa mereka untuk membaca entri kita kecualilah jika mereka mendapat gambaran awal. Gambaran awal diberi oleh tajuk entri.

Tips 3: Key Words
Pastikan perkataan yang diguna dalam tajuk adalah perkataan yang sering digunakan dalam search engine. Letak diri kita dalam diri pembaca. Apakah perkataan yang akan kita gunakan untuk dapatkan informasi berkaitan apa yang kita tulis dalam entri kita? Jika kita ada menyebut tentang Siti Nurhaliza, letakkan namanya dalam tajuk entri. Pastinya ranking kita akan meningkat dalam search engine.

Tips 4: Grab Attention atau Menarik Perhatian
Tajuk yang baik atau menyerlah akan membawa pengunjung kepada pembaca. Entri kita ada kalanya lebih kurang serupa dengan cerita-cerita orang lain. Tonjolkan kelainan entri kita pada tajuknya. Bayangkan kita sedang membuat pencarian dengan menggunakan search engine. Apakah yang membuatkan kita nak klik pada link itu? Cetuskan hasrat pembaca, bawa mereka ke entri kita, buatkan mereka mahu meneruskan pembacaan.

Kesimpulannya, pilihlah tajuk yang kita rasakan akan dicari oleh manusia di luar sana. Secara tidak langsung tajuk itu menjadi mesra search engine. Tajuk bukanlah segala-galanya. Kita masih perlu menulis sesuatu yang berbaloi-baloi apabila dibaca. Tajuk bukan permulaan entri kita. Ia adalah jemputan kepada pembaca untuk membaca dan mengetahui idea kita.

Saturday, January 29, 2011

Tips Beri Penghargaan yang Mudah dan Murah

Entri ini ditujukan khas buat kaki bodek. Tapi kali ini bukan bodek Bos tapi Bos bodek orang bawahannya. Perlukah Bos bodek anak buahnya? Tanpa dibodek, orang bawahan akan menjalankan apa yang diarah oleh Bos. Betul. Tapi, jika orang bawahan dapat melaksanakan tugas dengan perasaan yang seronok, ceria, gembira dan ikhlas, bukankah itu lebih baik?

Jadi Bos yang disenangi dan dapat diterima baik adalah satu cabaran. Bonda sendiri merasa takut dan seram dengan cabarannya untuk menyandang jawatan Bos. Walau bagaimanapun, ada caranya jika kita ada kemahuan. Bonda dapat tips ini semasa blog walking ke luar negara.

Pekerja seharusnya mendapat lebih banyak maklum balas tentang apa yang mereka lakukan dengan betul dan bagus berbanding dengan apa yang mereka buat silap. Penekanan ke atas kelakuan-kelakuan positif akan memberi pengukuhan kepada mereka. Dengan cara ini, corak perbuatan yang negatif dapat dikurangkan. Pekerja sering diminta buat lebih dengan kos yang kurang.

Ini bermakna suasana kerja perlulah positif dan menggalakkan jika matlamatnya untuk mencapai objektif organisasi. Pengurus (bos kecil) hendaklah memberi perhatian yang lebih kepada pekerja barisan hadapan dan lakukan sebaik mungkin sebagai motivator dan penyokong.

Kajian menunjukkan bahawa personal recognition dapat memberi lebih motivasi daripada duit. Pekerja lebih menghargai personal touch - thoughfulness dan pengiktirafan menggambarkan penghargaan yang ikhlas atas usaha baik yang telah dilaksanakan. Hanya dengan berbual-bual dengan pekerja, dapat memotivasi dan menimbulkan keseronokan bekerja.

Berikut adalah beberapa contoh yang mudah dan murah untuk menunjukkan penghargaan:

If someone tells you something positive about an employee, follow up and thank the employee for it.
Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh Bos atau Penyelia. Kebiasaannya, jika dapat aje laporan atau cakap-cakap yang kurang baik, Bos akan cepat-cepat panggil atau mungkin ambil tindakan tanpa usul periksa. Bonda telah mengalaminya dan meninggalkan kesan yang begitu mendalam. Hanya masa yang dapat menyembuhnya. Hilang panas sepetang dek hujan di tengah hari.

Schedule time to have coffee with an employee and just chat - ask them questions about their personal life. Employees like to know that someone genuinely cares about them.
Kebiasaannya, jika Bos tu lelaki, pekerja lelakilah yang lebih berpeluang chatting dengan Bos. Masa inilah berlaku cucuk-cucuk jarum sekiranya Bos kurang berhati-hati dan teliti. Tapi kali ini, Bos perlulah berusaha untuk mengenali semua stafnya secara informal tapi tersusun dan terancang supaya adil dan mengurangkan penganiayaan.

Acknowledge personal events in an employee's life - wedding, birth of a child, death of a loved one.

Have a special parking spot closed to the door for an employee who performs well.
Bagus idea ni. Bonda suka. Nak parking tempat yang best-best memanglah tiada peluang jika kita hanya sekadar pekerja bawahan. Mungkin keistimewaan ni diberi kepada The Best Employee of the Month. Seronok. Ada makna sikit pengiktirafan yang diberi. Sebulan dapat merasa parking di sebelah parking Bos.

Offer a day, or half day, off with pay for a job well done.
Bagi diri Bonda, tak adalah best sangat tawaran ini sebabnya cuti tahunan Bonda berlambak tak habis. Tak sempat nak ambil kerana tuntutan tugas. Tapi bagi staf bawahan yang cuti mereka agak terhad, tawaran ini amat menarik. Kita yang buat sistem kita. Jadi, buatlah sesuatu yang dapat menggembirakan pekerja kita.

Have a special page on the company website and share personal stories about employees.
Ini serampang dua mata iaitu memberi penghargaan buat pekerja dan juga membuatkan pelanggan kita tahu siapakah jantung hati organisasi kita. Popularkan staf kita dengan cerita-cerita yang baik-baik tentang mereka.

Allow a good performing employee to take a long lunch hour to shop or run errands.
Ini Bonda setuju. Give a break lah. Tapi kaedah untuk menentukan a good performing employee perlulah diterima ramai.

Use an employee's picture on the company website.
Ini asyik keluar muka Bos aje kat laman web organisasi kita. Kalau ada cerita-cerita bergambar, asyik-asyik keluar muka Bos aje.

Reward an employee by asking them to help create a training video.

Send a high performing employee to a training that would interest them.

Send a gift home for a child's birthday.

Don't forget the magic that comes with using someones first name - "Thank you Vicki. That was awesome how you handle that angry customer."

Say hello to employee as you pass them in the hall or lunchroom. Don't forget to use their first name.

Acknowledge an employee's good idea at a public meeting with other employees.

Involve employees in planning meetings and as a part of decision making.

Write a personal thank you note to an employee - use a note card. An email is better than nothing but a personal hand written note is something that employees keep.

Publicly acknowledge an employee's personal accomplishment at a staff meeting or other gathering of emplyoees.

Itulah sebahagian daripada tips yang mudah dan murah untuk dilakukan. Usahalah menjadi Bos yang terbaik walaupun kita tidak pernah mendapat Bos yang terbaik.

Friday, January 28, 2011

Lewat ke pejabat

Sepanjang ingatan Bonda, inilah kali pertama Bonda diarahkan menulis surat tunjuk sebab dan kali ke-2 menandatangani Surat Aku Janji. Kesnya adalah lewat hadir ke pejabat sebanyak 13 kali sepanjang tahun 2010. Arahan mesti dipatuhi walaupun jiwa memberontak. Kadang-kala terasa seolah-olah tiada pertimbangan daripada pihak pengurusan atas komitmen pegawainya membereskan tugas.
Bos sering melihat siapa yang lewat tiba di pejabat. Siapa pekerjanya yang selalu pulang lewat kerana menyiapkan tugasan atas rasa tanggungjawab sendiri, tidak ditonjolkan pula. Sedikit sebanyak semangat Bonda tergugat juga.
Ada seorang teman Bonda ni juga mendapat surat arahan. Bonda kasihan pada teman Bonda ni. Dia seorang yang komited dengan tugas, sering pulang lewat kerana mencari penyelesaian kepada tugasnya. Tugasnya berkaitan dengan sistem aplikasi. Tak ramai yang dapat membantu menyelesaikan masalah berkaitan IT. Bos pun tak dapat tolong kerana bos buta programmer.

Jadi bila nama dia juga tersenarai, Bonda rasa agak kurang wajarlah. Sekiranya bos nak senaraikan juga, Bonda cadangkan, senaraikan juga jumlah hari di mana kami semua (yang lewat datang ni) balik lewat. Lagi cantik sekiranya bos dapat menyatakan secara purata, berapa jam kami terlebih masa berada di pejabat. Kebanyakan kami yang lewat ni tak dapat claim elaun lebih masa. Jika senarai seumpama ni dikeluarkan, tak adalah semangat jatuh sangat. Adalah juga penawarnya.
Mendapat surat arahan minta diberikan surat tunjuk sebab bukanlah sesuatu yang tidak memberi kesan kepada seseorang. Oleh kerana kali pertama perlu buat surat tunjuk sebab, Bonda tanya bos sama ada surat rasmi atau surat tidak rasmi yang perlu Bonda buat. Jika surat rasmi, ia mestilah mempunyai nombor rujukan fail dan disimpan dalam fail. Jawapannya, format surat tidak rasmi digunakan bagi surat tunjuk sebab.

Memanglah silap kami kerana melanggar peraturan iaitu datang lewat. Satu perkara yang menarik perhatian Bonda adalah janji Bonda dalam Surat Aku Janji. Templet nya sudah disediakan, kami menandatangani saja. Tiga perkara yang Bonda berjanji dalam surat itu adalah
Janji Bonda pada tahun 2011 ...
  1. tidak akan lewat ke pejabat kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan;
  2. akan mengurangkan bilangan ketikan merah pada kad perakam waktu saya bagi tahun 2011 pada tahap yang paling minima;
  3. redha dikenakan tindakan tatatertib jika saya mengulangi perbuatan datang lambat pada tahun 2011.
Bonda sokong niat bos Bonda yang mahukan anak buahnya bekerja mengikut peraturan. Isu ini berlaku pada 25 Januari 2011. Nampak gaya, tak perlulah Bonda fikir dan tuliskan matlamat Bonda bagi tahun 2011. Dalam Surat Aku Janji Bonda dah tersenarai janji-janji Bonda bagi tahun 2011.

Sunday, January 23, 2011

Cerita Inspirasi: Beristeri Empat

Seronok juga membaca cerita orang beristeri empat. Cerita ini berlaku pada suatu masa di suatu daerah, ada seorang saudagar yang kaya-raya. Dia mempunyai empat (4) orang isteri. Dia paling sayang dan cinta kepada isteri ke-4 nya. Saudagar itu akan belikan pakaian yang cantik-cantik dan hiasi isterinya dengan perhiasan yang lawa-lawa. Pendek kata, apa yang terbaik dan menarik adalah buat isteri ke-4 nya.

Saudagar itu juga menyayangi isteri ke-3 nya. Dia sungguh bangga dengan isteri ke-3 nya itu. Selalulah dia menunjuk-nunjuk kepada rakan-rakannya tentang kebanggaannya mempunyai isteri ke-3 itu. Walau bagaimanapun dia sering dalam ketakutan. Takut-takut isterinya itu akan lari, ikut lelaki lain.

Saudagar itu juga kasih pada isteri ke-2 nya. Isteri ke-2 nya seorang yang sangat bertimbang rasa, memahami dan penyabar. Sebenarnya itulah sumber kekuatan dan semangat buat saudagar itu. Setiap kali saudagar menghadapi masalah, kepada isteri ke-2 lah tempat dia mengadu. Isterinya itu akan sentiasa membantu suaminya melalui saat-saat genting.

Sekarang, kita berkenalan pula dengan isteri pertama saudagar itu. Isteri pertamanya paling setia dengan saudagar. Dia akan menjaga kesihatan dan urusan perniagaan saudagar itu dengan baik sekali seperti mana dia menguruskan rumah tangga. Akan tetapi saudagar itu tidak menyayangi isteri pertamanya itu. Puas sudah isterinya itu menunjukkan rasa kasih sayang yang begitu mendalam tetapi suaminya tidak ambil peduli dan tidak menyedarinya.

Suatu hari saudagar jatuh sakit. Dia sedar, dia akan meninggal dunia tidak lama lagi. Dia terfikir tentang kemewahan dan kehidupannya. Dia berkata pada dirinya, "Sekarang aku ada 4 orang isteri bersamaku. Tapi apabila aku mati, aku akan keseorangan. Betapa sunyinya aku nanti."

Jadi saudagar itupun bertanyalah kepada isteri ke-4 nya, "Darlinglah isteri abang yang paling abang cintai. Abang belikan pakaian dan perhiasan diri yang cantik-cantik buat Darling. Abang jaga Darling baik-baik. Sekarang abang dah nak mati, bolehkah Darling ikut abang? Menemani abang?" "Oh! Tidak sama sekali." Jawab isteri ke-4 nya lantas meninggalkan saudagar itu.

Jawapan isteri ke-4 nya begitu tajam, menusuk kalbu. Saudagar itu merasa sungguh sedih dan kecewa. Dia bertanya pula kepada isteri ke-3 nya, "abang menyayangi Sayang seluruh jiwa raga abang. Sekarang abang dah nak mati, sanggupkah Sayang ikut abang? Menemani abang?" "Tidak sanggup!" "Hidup di sini ni sangat bagus. Nanti, bila abang dah meninggal, Sayang akan kahwin lain!" Jantung saudagar bagai terhenti sejenak apabila mendengar jawapan isteri ke-3 nya itu.

Saudagar itu bertanya pula kepada isteri ke-2 nya, "Manjalah tempat abang bergantung harap. Manja sentiasa menolong abang. Tidak pernah mengecewakan abang. Kali ini abang perlukan pertolongan Manja buat kali terakhir. Apabila abang mati, sudikah Manja ikut abang? Menemani abang?" "Maafkan saya, abang. Saya tidak dapat menolong abang kali ini." Jawab isteri ke-2 nya. "Yang Manja dapat tolong cuma mengiringi abang ke kubur sahaja." Kata-kata itu bagai halilintar yang menyambar diri saudagar. Dia merasa begitu perit untuk menerima hakikat.

Kemudian, saudagar itu terdengar suara, "saya akan menemani abang. Saya akan ikut abang walau ke mana abang pergi." Saudagar itu memandang ke arah suara itu. Dia melihat isteri pertamanya. Begitu kecil dan kurus sekali isteri pertamanya. Dalam kesedihan dan kekesalan, saudagar itu berkata, " Sepatutnya abang menjagamu sebaik mungkin semasa abang berpeluang. Abang telah mensia-siakan dirimu."

Pengajarannya:
Sebenarnya kita semua mempunyai 4 isteri.

Isteri ke-4 adalah badan atau jasad kita. Tak kiralah berapa banyak duit kita habiskan untuk mencantikkannya, bila tiba masanya, dia akan pergi meninggalkan kita.

Isteri ke-3 adalah jawatan, status dan kekayaan kita. Apabila kita meninggal dunia, mereka akan bertukar tangan, jadi milik orang lain pula.

Isteri ke-2 adalah keluarga dan sahabat karib kita. Tak kira berapa rapat dan mesranya kita dengan mereka, paling jauh mereka dapat pergi bersama kita hanya setakat perkuburan sahaja.

Isteri pertama adalah roh kita. Kita sering mengabaikannya kerana kita sibuk mengejar kemewahan, kekayaan dan keseronokan. "Sihatkan" roh kita dengan amalan baik kita sementara kita masih berpeluang.

Cerita ini tidak dapat dikenal pasti siapa pengarang asalnya. Walau bagaimanapun, Bonda terbaca cerita ini dalam blog Hassan Ali daripada Hyderabad, Andhra Pradesh, India.

Saturday, January 22, 2011

Panduan Asas Bina Blog

Kali ini Bonda nak share sedikit panduan asas dalam mulakan langkah membina blog sendiri. Walaupun kita dah ada blog tapi tidak terlewat untuk membaca tips ini kerana penambahbaikan dan peningkatan kualiti penulisan kita amat penting dan perlu.
Tips ini adalah hasil pembacaan (blog walking) Bonda pada beberapa blog blogger yang berjaya dan mempunyai trafik yang memberangsangkan. Bonda pernah juga menyentuh perkara yang lebih kurang sama dalam entri yang terdahulu. Mungkin sama tapi tak serupa. So selamat membaca dan mengaplikasikannya.
Perkara yang perlu diambil perhatian adalah ...
Nama atau Tajuk blog
  • pilih nama atau tajuk blog yang ringkas tapi menarik.
  • elakkan ada simbol atau nombor.
  • sesuaikan nama blog dengan isi kandungan blog.

Bahasa yang digunakan
  • guna bahasa Malaysia yang penuh. Daripada tajuk (title) hinggalah isi kandungan (content) entri itu.
  • elak guna bahasa rojak yang melampau dan bahasa sms. Sebabnya pertama: blog kita di scan atau dilihat oleh pakcik Google. Kebiasaannya, apabila searching dibuat di enjin carian google, mereka akan menaipnya dalam bahasa Malaysia yang lengkap ejaannya. Kadang kala, kalau silap eja (terutama dalam bahasa Inggeris), pakcik Google akan berikan ejaan yang betul. Jadi, jika ada perkataan yang kita gunakan dalam blog kita match dengan perkataan yang dicari, pakcik Google akan tunjukkan blog kita kepada orang yang mencari. Sebab kedua: mudahkan pembaca kita membaca blog kita. Pembaca kita terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan tahap kematangan.

Interface atau rupa atau design blog
  • Saiz tulisan biarlah normal, tidak kecil atau sekejap besar, sekejap kecil.
  • Warna tulisan tak perlulah terlalu fancy hingga setiap perkataan diwarnakan.
  • Jangan selitkan banyak smiley dalam entri.
  • pilih templet yang best dan simple.

Widget
  • pilih widget yang penting sahaja, contohnya Shoutmix - penting bagi orang yang suka buat blog walking, nak tinggalkan jejak atau bertanya khabar.
  • Letakkan "Read More" untuk entri yang panjang. Untuk ini, Bonda masih gagal lagi. Dah cuba tapi belum berjaya.
  • Elakkan video atau audio yang auto play. Maksudnya jangan paksa pembaca kita.

Rasa-rasanya cukuplah setakat ini dulu. Bonda ucapkan terima kasih kepada dua (2) blogger ini yang sudi kongsi tips ciri-ciri blog yang popular dan ramai pengunjung. Blogger yang Bonda maksudkan adalah Aizuddin dan Khai. Macam mana? Adakah entri ini memberi sedikit input buat anda?

Friday, January 21, 2011

Senarai Semak Temuduga

Temuduga tidak dapat dielakkan sekiranya kita nak kerja kat tempat baru. Anggapkan yang sesi temuduga tu macam sesi berkenalan dengan lebih rapat tetapi agak berstruktur. Bakal majikan akan bertanya soalan untuk menentukan sama ada kita menepati atau tidak ciri-ciri yang mereka cari. Sebenarnya bakal majikan juga berdebar dan takut-takut dalam proses nak ambil pekerja baru ni. Yalah masing-masing belum kenal dan mempunyai pelbagai tanggapan. Pada Bonda, jika kita tahu siapa diri kita, apa kelebihan kita, usahlah dibimbang sangat. Kelulusan pada sijil jangan diambil kira kerana semua yang datang menghadiri temuduga sudah layak dari segi akademik. Jadi kita kena ada strategi untuk menghadiri temuduga. Cuba kita buat check list dalam menghadapi temuduga ni.

Sebelum sesi temuduga:
  1. Kenal pasti kekuatan, kelemahan, matlamat (goal), kemahiran dan sebagainya.
  2. Buat kajian tentang syarikat/organisasi yang bakal kita bekerja.
  3. Berlatih apa yang kita rancang nak cakapkan.
  4. Berlatih menjawab soalan-soalan yang sering ditanya.
  5. Bersedia dengan soalan yang mahu ditanya kepada bakal majikan kita. Dalam sesi temuduga, kita nak tahu jugalah tentang kerja yang akan kita buat supaya senanglah kita nak buat keputusan sama ada kita terima atau tidak tawaran itu.

Semasa sesi temuduga:
  1. Pastikan kita sampai beberapa minit awal.
  2. Hati-hati dengan komunikasi bukan lisan (body language). Duduk tegak, kelihatan sentiasa bersedia atau peka, bercakap dengan jelas dan tegas tetapi kekal relax.
  3. Pastikan ada eye contact yang baik, elakkan atau kawal rasa gemuruh, gementar atau cemas, jadilah pendengar yang baik, pembicara yang baik. Senyum.
  4. Hayati dan ikuti sesi itu. Seboleh-bolehnya usahakan supaya penemuduga itu menerangkan apa jawatan dan tugas yang akan diberi. Jadi dapatlah kita mengaitkan latar belakang, pengalaman dan kemahiran kita dengan tugas yang ditawarkan.
  5. Jawapan kita mestilah spesifik, konkrit dan terperinci. Lebih banyak maklumat yang kita berikan, lebih baik gambaran yang bakal majikan dapat tentang kita.
  6. Kongsikan pengalaman kerja dan rujukan yang menunjukkan kualiti terbaik kita.
  7. Jawab setiap soalan secara ikhlas dan jujur. Jawab setakat yang diperlukan sahaja.

Penutup sesi temuduga:
  1. Jangan berputus asa jika tiada perincian tawaran atau gaji yang dibincangkan.
  2. Jika kita merasakan yang sesi temuduga itu tidak berjalan lancar dan kita telah ditolak, jangan tunjukkan kekesalan. Kadang-kala ada penemuduga yang sengaja mahu melihat reaksi kita dalam menerima penolakan.
  3. Kebiasaannya di akhir sesi, penemuduga akan bertanya sekiranya kita mempunyai apa-apa soalan. Gunakan soalan-soalan yang telah kita sediakan sebelum sesi.
  4. Sebagai penutup sesi temuduga, tanya bilakah keputusan temuduga itu akan diketahui. Kemudian ucapkan terima kasih atas masa yang diberikan. Sekali lagi nyatakan minat kita ke atas tawaran itu.

Selepas sesi temuduga:
  1. Buat refleksi. Catatkan apa yang kita patut perbaiki bagi sesi temuduga yang akan datang.
  2. Tulis dan hantar nota Terima Kasih kepada penemuduga dalam tempoh 24 jam selepas sesi. Nyatakan minat dan harapan kita terhadap sesi itu.
  3. Jika pekerjaan itu ditawarkan kepada kita, tempoh bagi kita untuk membuat keputusan kebiasaannya antara 1 hingga 2 minggu. Seharusnya kita menjawab secara bertulis sama ada kita menerima atau tidak.
Itulah serba sedikit yang dapat Bonda pesan dan kongsi bersama. Macam mana? Rasa-rasa dapat membantu anda sedikit sebanyak?

Thursday, January 20, 2011

Cara letak Read More pada blog

Meletakkan label Read More bagi entri yang panjang adalah perkara yang diamalkan oleh blogger profesional dan terkenal. Nak jadi terkenal, ikutlah cara orang professional. Jadi Bonda buatlah sedikit study dan amali bagaimana cara nak letak Read More pada entri Bonda. Entri Bonda kebiasaannya panjang-panjang.

Bonda jumpa dengan satu tutorial yang jelas penerangannya.
Bila kita dah buat langkah tersebut, setiap kali nak buat taip new entri, buka kat Edit Html, bukannya Compose. Walau bagaimanapun buatlah percubaan-percubaannya supaya kita lebih faham. Bonda masih tergolong dalam kategori tadika dalam bab-bab blogging ni.

Apa-apa pun klik pada tutorial ini untuk maklumat lanjut.

Panduan Asas Penterjemahan

Penterjemahan adalah kerjaya yang menukarkan perkataan kepada wang. Amat menarik. Tetapi di sini Bonda tak adalah nak ulas lebih lanjut, sekadar berkongsi sedikit panduan asas bagaimana kita nak menterjemahkan sesuatu artikel. Walaupun penterjemahan bukan tugas kita tetapi dalam kerjaya, adakalanya kita perlu menterjemahkan artikel secara tidak langsung.
Peraturan 1: Baca keseluruhan teks dengan teliti. Pastikan teks yang diberi lengkap. Kita akan mendapat keseluruhan idea tentang apa yang dibincangkan dengan membaca keseluruhan teks.

Peraturan 2: Buat penyelidikan tentang istilah-istilah dan konsep yang dikemukakan dalam teks itu. Sesetengah istilah mempunyai maksud yang berbeza. Lihat dalam konteks mana ia digunakan. Contohnya, "table" dalam bahasa Inggeris dapat memberi maksud sama ada "meja" atau "jadual" dalam bahasa Malaysia.
Jangan mula menterjemah sehingga kita telah mengetahui kesemua istilah yang serupa dalam bahasa yang kita akan terjemahkan.

Peraturan 3: Pastikan tatabahasa dan gaya bahasa yang kita gunakan adalah serupa dengan gaya bahasa yang dituturkan oleh seseorang yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa ibunda.

Peraturan 4: Gunakan gaya dan turutan bahasa yang berbeza bagi teks yang berbeza kategori. Contohnya, dokumen kewangan berbeza dengan dokumen pemasaran atau spesifikasi teknikal dari segi gaya dan turutan bahasa.

Peraturan 5: Kita mesti semak kerja kita sendiri sebelum diberi kepada orang lain untuk menyemaknya. Menyemak bermaksud membaca semula keseluruhan teks, pastikan tiada kesilapan formal seperti ayat atau perkataan tertinggal, tiada kesilapan ejaan dan sebagainya. Diringkaskan cerita, semak dari segi teknikalnya.
Bos Bonda pernah memberi amaran kepada semua pegawainya. Pastikan tiada kesilapan ejaan bagi setiap dokumen yang akan diserah kepadanya untuk pandangan, kelulusan atau tandatangannya. Jika dia jumpa kesilapan ejaan, mood dia nak baca keseluruhan teks itu terjejas.
Jika kita berpuas hati, barulah minta orang lain membacanya sebagai third eyes.

Peraturan 6: Buat semakan kedua. Kali ini semak isi kandungannya (content). Adakah kesemuanya telah difahami dan diterjemah dengan betul dan tepat? Adakah istilah yang digunakan betul penggunaannya? Adakah gaya bahasa dan struktur ayat sesuai dengan isi kandungan teks?

Pengarang asal artikel ini ada mencadangkan kamus yang sesuai digunakan dalam penterjemahan bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia iaitu
  1. English - Malay Translation Dictionary, susunan Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, terbitan Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.
  2. Kamus Padanan Kata oleh penulis yang sama, terbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Tidak kira sekecil mana penterjemahan yang kita lakukan, laksanakan seperti penterjemah profesional iaitu bekerja mengikut pendekatan konseptual - fikir dahulu, lakukan kemudian.

So apa komen anda? Adakah ia memadai sebagai panduan asas dalam membuat penterjemahan?

Wednesday, January 19, 2011

Cerita Inspirasi: Paku Di Pagar Kayu

Suatu masa di satu daerah, ada seorang remaja yang cepat naik angin atau pemarah. Ayahnya memberi sebungkus paku dan sebatang pemukul serta berbekalkan satu pesanan. Pesanan ayahnya, setiap kali dia merasa marah (lost his temper), ketukkan paku-paku itu pada pagar.

Pada hari pertama, remaja itu telah mengetuk 50 batang paku pada pagar. Selang beberapa minggu, remaja itu sudah pandai atau dapat mengawal kemarahannya. Oleh itu bilangan paku yang diketuknya juga berkurangan.

Dia mendapati lebih mudah baginya mengawal kemarahannya daripada mengetuk paku ke dalam pagar. Akhirnya sampailah harinya di mana remaja itu tidak lagi menjadi pemarah. Dia telah memberitahu ayahnya dan ayahnya mencadangkan supaya dia mencabut keluar paku-paku itu untuk setiap hari yang dia boleh mengawal kemarahannya.

Hari-hari berlalu, dan suatu hari remaja itu memberitahu ayahnya yang semua paku dah habis dicabutnya. Ayahnya membawa dia ke pagar. Ayahnya berkata, "Lihat lubang pada pagar itu. Pagar itu tidak akan kelihatan sama seperti asalnya".

Pengajaran
Apabila kita berkata-kata dalam kemarahan, ianya meninggalkan luka yang sama seperti lubang paku pada pagar itu. Tak kiralah berapa kali kita memohon kemaafan dan menyatakan kekesalan, parut tetap ada.

Luka daripada kata-kata sama parahnya dengan luka daripada senjata.

Rakan, keluarga dan orang yang pernah kita sayang sangat jarang. Merekalah yang membuatkan kita gembira, memberi semangat, sedia mendengar dan selalu membuka pintu hati buat kita. Oleh itu kawal kemarahan kita agar hubungan siratulrahim tidak terjejas.

Islam memuji umatnya yang dapat mengawal perasaan marah. Sikap marah adalah antara pintu syaitan datang masuk ke hati manusia.

Salah seorang rakan Bonda menceritakan bagaimana cara dia mengeluarkan kemarahannya. Apabila dia merasa marah, dia akan masuk bilik air dan menyental dinding dan lantai bilik airnya. Hasilnya, bilik airnya bersih dan kemarahannya pun hilang.

Jadi pilihlah cara yang memberi manfaat kepada anda dalam menyalurkan tenaga daripada kemarahan anda.

Tuesday, January 18, 2011

Pelan Perniagaan satu pra syarat

9/10 daripada pintu rezeki datangnya daripada perniagaan. Berniaga adalah sunnah Nabi Muhammad s.w.a. Buat perkara sunnah dapat pahala. Tapi nak niaga apa? Macam mana nak mula? Di sini ada jawapannya.

Kita perlu buat pelan perniagaan (business plan) terlebih dahulu sebelum mula berniaga. Pelan perniagaan bermula dengan ...
1. mempunyai sebab yang kukuh kenapa kita mahu berniaga.

2. tentukan apa perniagaan yang sesuai buat diri kita. Dapatkan jawapannya dengan tanya pada diri ...
  • apa yang saya buat di masa lapang
  • apakah kemahiran teknikal yang telah saya pelajari atau peroleh
  • apa pendapat orang lain tentang kebolehan saya
  • bolehkah saya mendapat sokongan keluarga
  • berapa banyak masa yang saya ada untuk mengusahakan perniagaan saya
  • adakah saya mempunyai hobi atau minat yang boleh dipasarkan
3. Kenal pasti "niche" (something that there is a need for ... i.e your potential customer is going to want) perniagaan kita. Jalankan kajian dengan menjawab soalan-soalan ini ...
  • apakah jenis perniagaan yang saya minati
  • apakah khidmat atau produk yang saya akan pasarkan
  • adakah idea saya praktikal dan bolehkah ia menepati kehendak atau keperluan
  • siapakah pesaing saya
  • bolehkah saya memberikan khidmat yang berkualiti tinggi
  • bolehkah saya mengwujudkan permintaan terhadap perniagaan saya
4. Buat senarai 'pra-perniagaan' dengan menjawab soalan-soalan ini ...
  • apakah kemahiran dan pengalaman yang boleh saya sumbangkan kepada perniagaan ini
  • bagaimana kedudukan saya di sisi undang-undang
  • bagaimana rekod perniagaan akan dikendalikan
  • apakah jenis perlindungan insuran yang diperlukan
  • apakah peralatan atau bekalan yang diperlukan
  • apakah imbuhan untuk diri saya
  • di manakah premis perniagaan saya
  • apakah nama perniagaan saya
Ingat ya! Kita perlu tulis jawapan kepada persoalan-persoalan itu supaya rancangan kita jelas dan terperinci. Pelan perniagaan adalah dokumen fleksibel dan perlu berubah apabila perniagaan dah berkembang.

Nasihat ini Bonda dapat daripada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad.

Monday, January 17, 2011

Rakan Seperantauan Zaman Muda Belia

Setelah berpisah lebih kurang 24 tahun, Bonda bertemu kembali dengan rakan seperjuangan yang sama-sama berada di perantauan. Kami sama-sama belajar di Rockland Community College, Suffern, New York, Amerika. Bonda berada di sana di awal tahun 80'an.


Bonda dan rakan-rakan tinggal di Spring Valley, New York.

Kali ini kami buat gathering khusus untuk kaum wanita sahaja. Kami tak ramai berbanding dengan kaum lelaki. Ada satu entri terdahulu yang Bonda ceritakan serba sedikit pengalaman Bonda semasa mula pergi belajar di luar negara. Please check under label "Rakan Di Perjalanan" if you like to have some background.

Perjumpaan ini kami adakan di rumah Puteri Faridah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Kuala Lumpur pada 18 Disember 2010 (Sabtu). Ianya melibatkan tiga (3) generasi/batch iaitu batch Bonda, senior dan junior Bonda.

Inilah senior Bonda, Kak Ros (berbaju biru) dan Kak Em (bertudung merah)
Bonda bersama Kak Ros, saudara senegeri, Terengganu.
Suami Kak Ros, Abang Sufian (senior Bonda juga), dah meninggal dunia. Kak Ros tidak boleh memandu kereta mungkin kerana arwah Abang Sufian sangat sayang pada Kak Ros, hinggakan dia settle semua perkara buat Kak Ros. Syukur, mulai tahun 2011, Kak Ros dapat mengajar di SMK Perempuan Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Sekolah tu cukup dekat dengan rumahnya.

Rupanya dah ada yang dapat title nenek di kalangan kami, iaitu Wan Fatimah (junior Bonda). Bonda sangkakan Bondalah yang pertama akan mendapat title mak mertua.
Satu perkara lagi yang Bonda kagum dengan Wan ni, anaknya 9 orang, tak pernah ada orang gaji/pembantu rumah walaupun dia sendiri bekerja sebagai guru di salah sebuah sekolah di Johor Bahru. Most of the time dia sorang yang menguruskan anak-anak kerana suaminya bertugas di luar kawasan. Wan ni adalah contoh pasangan PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh).
Wan Fatimah bersama anak bongsunya.
Berdiri dari kiri: Wan Fatimah, Bonda, Kak Em dan Puteri Faridah
Duduk: Kak Ros
Berdiri dari kiri: Fatimah, Kak Em, Puteri Faridah dan Rabiah
Duduk dari kiri: Azlin, Bonda dan Wan Fatimah
Asmah dengan anak-anaknya

Kak Em, Penyelia Petang di salah sebuah sekolah di Ipoh, Perak
Begitu khusyuk Cikgu Rabiah mendengar taklimat Penyelia Petang kami, Kak Em.


Inilah sajian yang disediakan oleh tuan rumah untuk kami semua.
Terima kasih Puteri Faridah kerana sudi menjadi host.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...