Saturday, July 23, 2011

Memori Kursus Audit Dalam MS ISO 9001:2008

Gambar menceritakannya. Itulah yang Bonda mahu sampaikan dalam entri ini.
Gambar-gambar ini Bonda ambil semasa kursus Audit Dalam MS ISO 9001:2008 di INTAN Bukit Kiara.
Kualiti gambarnya mungkin kurang baik kerana Bonda rakamkan menggunakan iPhone aje.

Inilah cikgunya, Ms Sivanesuvary.
Cara pengajarannya telah membuatkan Bonda lebih faham tentang Audit Dalam MS ISO 9001:2008. Best class nya, full mark.
Ini pulak, Puan Maureena Mokhtar.
Unik namanya. Awal-awal lagi dia dah beritahu kami yang dia orang Melayu Semenanjung Malaysia, bukan Sabah atau Sarawak.
Dia Ketua Audit Dalam INTAN Bukit Kiara. Lucu orangnya. Slot dia memang tidak menjemukan, kelasnya lively. Full mark Bonda beri padanya semasa isi borang penilaian kursus.

Ini kumpulan Bonda di sepanjang kursus itu, empat orang ahlinya. Dua orang daripada hospital, dan seorang lagi daripada sekolah. Peserta lelaki tu namanya Encik Sharif bin Baharin, Penolong Pegawai Perubatan daripada Hospital Jempul. Di belakang Encik Sharif adalah Puan Nor Liyana Muhammed Kurnain, guru Bahasa Inggeris daripada Darul Quran Jakim Kuala Kubu Bharu, Selangor. Berada di belakang Bonda adalah Puan Rahizah Manap, Penolong Pegawai Tadbir daripada Hospital Pontian, Johor.
Puan Rahizah daripada Hospital Pontian. Happy go lucky, orangnya.

Selain daripada belajar teori, kami juga menjalani latih amal audit dalam. Kami pergi ke Hospital Tampin, Negeri Sembilan untuk latih amal itu.
Ini Siti Aisyah Nordin, rakan sepejabat Bonda. Daripada pejabat Bonda, tiga (3) orang pegawai yang sama-sama mengikuti kursus ini, iaitu Bonda, Siti Aisyah Nordin dan Tan Kim Sze.
Sampai di Hospital Tampin, ada majlis atau mesyuarat pembukaan audit. Bilik mesyuarat yang kami gunakan ini adalah bangunan warisan yang diwartakan.
Hospital Tampin ini telah dibuka pada 1920, zaman penjajahan British. Hospital ini dikategorikan sebagai hospital tanpa pakar. Walau bagaimanapun ia mempunyai 10 kepakaran, lawatan daripada luar. Kami dimaklumkan ada 340 jawatan, tetapi yang diisi cuma 301. Jika ada sesiapa yang berminat bertugas di Hospital Tampin, bolehlah dapatkan maklumat lanjut.
Selepas kami buat auditing, kami juga mengadakan majlis penutup audit. Setiap kumpulan melaporkan secara ringkas penemuan-penemuannya.
Di akhir majlis, acara terima cenderahati diadakan.
Selesailah latih amal kami di Hospital Tampin. Pada keesokannya, kami diajar menulis dan melaporkan NCR.
Setiap kumpulan membentangkan laporan audit.
Lelaki itu namanya Encik Mohamad Andrei Tan bin Bibit, Pegawai Penilaian daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). MPKj dah 10 tahun mendapat pensijilan MS ISO 9001:2008.
Kami diingatkan supaya tidak membuat cerita panglipurlara semasa membuat laporan audit. Laporan audit mestilah tepat dan padat. Ceritanya cuma ada tiga (3) perkara aje iaitu
1) Bukti ada?
2) Perkara/ aktiviti apa dan buktinya/ eviden?
3) Keadaannya/ isunya?

Mereka adalah pengurusan tertinggi Hospital Tampin. Yang duduk menulis tu adalah Pengarah Hospital Tampin. Mereka hadir semasa kami membentangkan pelaporan hasil audit dalam di INTAN Bukit Kiara. Bonda tak sangka Pengarahnya sanggup datang untuk mendengar sendiri hasil penemuan kami kerana peserta kursus daripada Hospital Tampin juga ada bersama iaitu seramai lima (5) orang.
Di akhir kursus, Pengarah Hospital Tampin telah sudi menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta kursus.
Inilah bukti kehadiran Bonda.

Topik berikut juga berkaitan:
1) Bengkel Audit Dalam MS ISO 9001:2008;
2) Kursus Audit Dalam MS ISO 9001:2008;
2) Pengenalan MS ISO 9001:2008;

Friday, July 22, 2011

Bagaimana Memupuk Pemikiran Kreatif

Adakah anda seorang yang kreatif?
Adakah anda faham maksud kreatif?
Kenapa anda perlu kreatif?

Kali ini Bonda mahu berkongsi catatan Bonda bagaimana pemikiran kreatif dapat dipupuk dalam diri kita dan juga orang lain. Bonda telah menghadiri sesi pengilmuan yang bertajuk Memahami Peralatan Kreativiti. Sesi ini disampaikan oleh Encik Hussein Mohd Ariff daripada Malaysian Association of Creativity and Innovation (MACRI). MACRI ditubuhkan pada 3 April 2007 yang bertujuan untuk membudayakan inovasi di kalangan rakyat.

Kreativiti diperlukan dalam mencari penyelesaian-penyelesaian kepada sesuatu isu.
Kenapa nak selesaikan isu?
Untuk kepuasan pelanggan lah jawabnya.

Kreativiti melibatkan proses hasilkan idea, kemukakan idea, keluarkan idea, dapatkan idea, rumuskan idea, dan iktirafkan idea. Secara ringkasnya, creativity - coming up with ideas. Inovasi pula bermaksud idea yang dilaksanakan. Dengan kata mudah, innovation - bringing ideas to life.

Encik Hussein Mohd Ariff menceritakan serba sedikit tentang sistemM3IQRA. Sistem ini dibincangkan secara terperinci dalam buku Purple Beach.

M3IQRA adalah akronim bagi
M - Minda reset
M - Motivasi
M - Method
I - Ingin tahu
Q - Questioning
R - Reasoning
A - Action

SistemM3IQRA dalam kreativiti

Minda reset @ Mind reset
Minda perlu di'reset' dalam mencari penyelesaian-penyelesaian kepada sesuatu isu. Bagaimana kita melakukan mind reset? Untuk melakukan mind reset, ia bergantung kepada tabiat/ sikap kita. Tujuh (7) tabiat yang menyumbang kepada mind reset adalah ...
1) Jangan cepat menolak sesuatu idea sebagai kurang bijak;
2) Kurangkan bercakap dan banyakkan mendengar;
3) Bertanya berbagai soalan;
4) Tinjau segala kemungkinan;
5) Cenderung untuk mengatakan YA atau MUNGKIN, bukan tidak;
6) Membaca untuk menambah pengetahuan;
7) Melancung untuk melihat 'dunia' - keluar daripada persekitaran sedia ada, lihat kehidupan di sesuatu tempat, kaji/ lihat/ amati apakah kebiasaan-kebiasaan dalam masyarakat di situ. Tanam/ pupuk tabiat mengamati (observation), lihat dengan pemikiran.

Motivasi

Motivasi ibarat petrol kepada kenderaan. Orang melakukan sesuatu untuk berbagai motif. Encik Hussein mencadangkan beberapa cara untuk memotivasikan orang dalam mengeluarkan idea-idea. Cara-caranya adalah ...
1) Tunjukkan minat bersungguh-sungguh;
2) Mengenali dan mengakui;
3) Kurangkan formaliti, lebihkan kelakar;
4) Anjurkan pertandingan menjana idea;
5) Sediakan latihan.

Dalam proses kreativiti, apa yang diperlukan adalah idea, bukannya complaint, aduan, atau maklum balas. Kita mesti dapat bezakan antara idea dengan complaint, aduan, atau maklum balas. Pada pandangan Bonda, untuk dapatkan idea, kita perlu kenal pasti isu. Isu datang daripada complaint, aduan, atau maklum balas pelanggan. Harus diingat, pelanggan tidak hanya fokus kepada orang luar sahaja, orang dalam dan juga stakeholder juga dikategorikan sebagai pelanggan.

Method
Apakah kaedah-kaedah yang dapat digunakan untuk menghasilkan idea, mengemukakan idea, mengeluarkan idea, mendapatkan idea, merumuskan idea, dan pelbagai tentang menjana idea.

Kaedah 1: Sentiasa bertanya "kenapa tidak?"
Konsep lain yang menghampiri "kenapa tidak" adalah "bagaimana kalau". Soalan "kenapa tidak" membawa kita untuk mencabar status quo.
Contoh,
Kenapa buah tembikai mesti bulat?
Kenapa tidak buah tembikai bersegi empat?
Jika buah tembikai bersegi empat, ruang penyimpanannya dapat dijimatkan. Buah tembikai lebih mudah disusun, tidak mudah bergolek, bergerak atau jatuh.

Kaedah 2: Pencernaan minda (brainstorming)
Konsep brainstorming - banyak idea lagi baik
"Cara terbaik untuk mendapatkan idea yang baik adalah kita mesti mempunyai banyak idea." Linus Pauling (1901 - 1994)

Linus Pauling, a chemist, was awarded the Nobel Prize for Chemistry in 1954. 9 years later, he won the Noble Peace Prize for his antinuclear activism which included presenting a petition signed by eleven thousand scientists warning the public about the biological danger of radioactive fallout from nuclear weapons testing. Photo by Michael Collopy.

Panduan dalam memastikan kejayaan dalam sesi brainstorming adalah ...
1) Jangan mengkritik sebarang idea;
2) Idea yang gila-gila lagi baik;
3) Banyak idea lagi baik;
4) Gabungkan idea-idea atau ubahsuai idea;
5) Adakan sesi itu di persekitaran yang kurang atau tidak formal;
6) Kumpulan yang ideal, ahlinya seramai 4 - 5 orang;
7) Guna meja bulat;
8) Catit semua idea yang dikemukakan (guna 3M pad);
9) Pelbagaikan latar belakang ahli kumpulan seperti pelbagai bidang, pengalaman, atau jawatan.

Kaedah 3: Formula SCAMPER

SCAMPER adalah akronim bagi ...
S - Substitute
C - Combine
A - Adopt
M - Maximize or Minimize
P - Put to other use
E - Eliminate
R - Reverse

Contoh yang digunakan adalah kamera. Kaji perubahan dan perkembangan kamera.

Satu lagi kaedah yang menghampiri SCAMPER tetapi lebih ringkas adalah RICE. RICE adalah akronim bagi ...
R - Reduce (kurangkan)
I - Increase (tambah)
C - Combine (gabung)
E - Eliminate (hapuskan)

Teknik SCAMPER atau RICE dapat digunakan dalam membantu kita menjana, mengkaji atau menganalisis idea.

Kaedah 4: Hubungan dipaksa
Dalam kaedah ini, kita mencari hubungan antara dua (2) benda atau konsep untuk dapatkan benda atau konsep yang baru.
Contohnya,
Hubungan antara kerusi dengan roda. Oleh itu dapatlah kerusi roda.

Hubungan antara ayam dengan nasi. Dapatlah nasi ayam. Tapi itu bukanlah hubungan dipaksa.

Hubungan antara berus cat dengan pemadam pensil. Dapatlah liquid paper.

Untuk memupuk kreativiti, anda perlu ada sifat/sikap berikut:
I - Ingin tahu
  • ingin tahu tentang peristiwa;
  • terpesona dengan alatan;
  • selalu terdedah dengan kemungkinan;
  • berminat dengan idea-idea baru.

Q - Questioning

Suka menyoal
  • untuk dapatkan pengetahuan;
  • untuk kumpulkan fakta;
  • untuk memahami lebih jelas;
  • untuk bina keyakinan.
R - Reasoning
Mempunyai alasan munasabah/ justifikasi
  • dapat meminimakan risiko;
  • dapat mengelakkan kesilapan besar;
  • dapat jimat masa.

A - Action

Bertindak

Itulah serba sedikit panduan untuk kita menangani isu atau cabaran kehidupan dengan cara berfikiran kreatif.

Catatan ini dibuat pada 21 Julai 2011 di Aras 6 Blok E8 Parcei E, Kompleks Kerajaan Persekutuan, Putrajaya semasa sesi pengilmuan bagi semua fasilitator Kumpulan Inovasi dan Kreativiti (KIK) KPM tahun 2011. Catatan ini adalah berdasarkan pemahaman Bonda yang amat sedikit ilmunya tentang kreativiti. Bonda minta maaf jika ada kesilapan tafsiran. Harap diberi teguran sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Wednesday, July 20, 2011

Jawatan Kosong Di Kementerian Pelajaran Malaysia

Ni ada kerja kosong di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Kami tak adalah nak iklan dalam surat-surat khabar sebab kekosongannya tak adalah banyak sangat. Kami beritahu dari mulut ke mulut aje.

Anda mempunyai asas @ basic programmer? Jika ya, andalah yang kami cari-cari. So apa tunggu lagi? Oh, nak tahu lebih lanjut ya. Inilah perinciannya:
  1. Tugas utama - membantu membangunkan/ membina sistem @ aplikasi yang dapat digunakan secara on line (bukan stand alone).
  2. Kelayakan minima - mempunyai asas @ basic programmer.
  3. Gaji yang ditawarkan - RM100 sehari jika anda mempunyai sekurang-kurangnya diploma.
  4. Status jawatan - kontrak selama tiga (3) bulan.
  5. Nama jawatan - Pegawai Sambilan Harian.
  6. Office hour - 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
  7. Tempat bertugas - Kementerian Pelajaran Malaysia di Cyberjaya, Selangor.
  8. Bila mula - secepat mungkin selepas terima tawaran.
  9. Apa yang perlu dilakukan jika berminat - hantar resume / curriculum vitae (CV) ke sabariah.abd@moe.gov.my dengan kadar segera.
Anda berminat?
Bonda rasa kerjaya programmer ni ada potensi yang besar. Permintaan supaya sistem / aplikasi dibangunkan memang banyak. Jika dapat, banyak perkara nak dijadikan on line tapi tak ramai programmer yang ada. Apa asas Bonda kata begitu? Sebabnya, sebelum Bonda tulis entri ini, Bonda dah letak notis kekosongan jawatan ini dalam group Facebook yang jumlah ahlinya melebihi 1,000 orang. Tapi tiada satu pun borang permohonan yang Bonda terima.

Okaylah dulu. Semoga anda dapat membantu kami. Jika anda tidak berminat atau tidak layak, panjang-panjangkanlah tawaran ini. Jumpa lagi.

Thursday, July 14, 2011

Pengenalan MS ISO 9001:2008

Kali ini Bonda masih lagi memperkatakan tentang MS ISO 9001:2008. Bonda perlu mencatat dan menyimpannya supaya ia mudah diakses. Catatan semasa kelas dijalankan amat berharga dan akan menjadi rujukan Bonda dan sesiapa aje yang memerlukannya.

Kenapa organisasi perlu melaksanakan MS ISO 9001:2008?
Ini kerana senario penyampaian perkhidmatan pada masa kini, iaitu ekspektasi pelanggan yang tiada had. Oleh itu menjadi suatu keperluan kepada organisasi untuk memberi perkhidmatan berorientasikan pelanggan.

Apa yang dapat organisasi lakukan untuk mencapai hasrat ini, iaitu memberi perkhidmatan berorientasikan pelanggan?
Jawapannya:
  1. menambahbaik sistem dan prosedur kerja.
  2. mengurangkan birokrasi.
  3. pastikan staf berpengetahuan, kompeten dan komited dalam melaksanakan tugas.
Ini semua dapat dicapai dengan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 di organisasi.

Apa maksud MS ISO 9001:2008?
MS adalah singkatan bagi Malaysia Standard.

ISO, cara menyebutnya adalah sebut bunyi suku katanya. Bukan disebut setiap huruf 'I', 'S', 'O'. Ini dapat mengelakkan salah tafsir maksud ISO. ISO bermaksud equal to. Ia berasal daripada perkataan Greek. Bonda masih belum dapat jawapan mengapa ia menggunakan huruf besar kerana kebiasaannya huruf besar digunakan untuk akronim.

9001 adalah nombor terdekat semasa pendaftaran standard bagi pengurusan kualiti dibuat pada tahun 1987.

2008 adalah merujuk kepada tahun pindaan dibuat.

9001:1987 --- keluaran pertama
9001:1994 --- pindaan pertama
9001:2000 --- pindaan kedua
9001:2008 --- pindaan ketiga

Sistem Pengurusan Kualiti menekankan aspek berikut:
  1. Keperluan dan kehendak pelanggan dikenal pasti;
  2. Sumber 5M (Money, Man, Material, Machine & Method) disediakan;
  3. Perkhidmatan diberi/ produk dihasilkan;
  4. Maklum balas pelanggan didapatkan;
  5. Penambahbaikan dijalankan.
Semua ini terpapar dalam gambar di bawah.
Pembelajaran Bonda di INTAN Bukit Kiara telah menjelaskan kepada Bonda beberapa perkara, iaitu:
  1. Manual Prosedur Kualiti (MPK) disediakan untuk pelanggan. MPK adalah janji organisasi kepada pelanggan.
  2. MPK wajar diberi kepada pelanggan, iaitu pelanggan luar, pelanggan dalam, dan juga stakeholder.
  3. Petikan-petikan dalam MPK seperti Dasar Kualiti dipaparkan kepada pelanggan. Pelanggan berhak mengetahui janji-janji organisasi kepadanya.
  4. MPK diibaratkan seperti kad/buku menu yang diserahkan kepada pelanggan untuk mengetahui apakah pihak restoran tawarkan untuk mereka.
  5. MPK adalah janji organisasi kepada pelanggan selaras dengan standard yang ditetapkan iaitu MS ISO 9001:2008. Ia bukannya terjemahan standard itu. Ianya berlaku di beberapa klausa.
  6. Prosedur Kualiti (PK), Prosedur Sokongan, Arahan Kerja dan lain-lain dokumen yang digunakan oleh warga organisasi sebagai pemberi perkhidmatan hendaklah diletakkan di tempat yang diguna (point of use).
  7. Semua staf yang terlibat sebagai pemberi perkhidmatan dalam setiap Prosedur Kualiti perlu mempunyai aksesibiliti/ kebolehcapaian kepada dokumen itu. Dengan kata lain, mereka (pemberi perkhidmatan mestilah tahu apa kandungan Prosedur Kualiti mereka).
  8. Semua staf mestilah dapat baca dan mengetahui isi kandungan MPK dan PK.
  9. Organisasi mesti kenal pasti siapa pelanggan luar, pelanggan dalam, dan stakeholder.
  10. Organisasi mesti kenal pasti keperluan pelanggan.
  11. Organisasi mesti kenal pasti kehendak pelanggan dan dapat membezakan antara keperluan dengan kehendak pelanggan.
  12. Keperluan pelanggan mesti dipenuhi 100% oleh organisasi.
  13. Kehendak pelanggan dipenuhi mengikut kemampuan organisasi.
  14. Klausa 4, 5, 6 dan 8 dalam MS ISO 9001:2008 mesti dipatuhi oleh organisasi.
  15. Sekiranya organisasi mahu mengecualikan mana-mana perkara, ianya mesti dinyatakan dalam MPK.
  16. Catatan tidak dibenarkan dibuat dalam mana-mana dokumen kualiti.
  17. Dokumen kualiti yang dah dilupuskan/ dibatalkan perlu ditanda dan dilabel BATAL.
  18. Rekod adalah bukti kerja telah dibuat. Ia disimpan selepas buat kerja.
  19. Dokumen adalah live record dan masih ada catitan yang dibuat, contohnya fail. Fail yang belum ditutup dikategori sebagai dokumen, manakala fail yang telah ditutup dikategori sebagai rekod.
  20. Proses kerja dalam Prosedur Kualiti (PK) tidak semestinya sama dengan proses kerja dalam Fail Meja.
  21. Proses kerja dalam PK adalah interaksi proses kerja iaitu hubungkait proses kerja dengan orang lain juga. Ia mempunyai ruangan tanggungjawab siapa untuk setiap proses kerja itu.
  22. Fail Meja adalah proses kerja yang dilakukan oleh seorang aje yang ditugaskan. Dengan kata mudah, Fail Meja adalah cara-cara saya laksanakan tugas, manakala Prosedur Kualiti adalah cara-cara kami melaksanakan tugas itu.
Rasa-rasanya cukuplah dulu buat kali ini sebagai rumusan pengenalan kepada MS ISO 9001:2008.
Topik-topik di bawah ini juga berkaitan:
  1. Bengkel Audit Dalam MS ISO 9001:2008 di INTAN Bukit Kiara
  2. Kursus Audit Dalam MS ISO 9001:2008

Kursus Audit Dalaman MS ISO 9001:2008

Catatan Bonda pada kali ini berkaitan dengan kursus Audit Dalam MS ISO 9001:2008 yang Bonda hadiri di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 12 hingga 15 Julai 2011. Catatan Bonda lebih menjurus kepada pengisian kursus tersebut. Kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar INTAN Bukit Kiara.

Objektif bengkel:
Pada akhir kursus ini peserta-peserta akan dapat:
  1. Mengaitkan piawaian MS ISO 9001:2008 kepada keperluan di agensi sendiri;
  2. Menyediakan Senarai Semak berasaskan dokumen MS ISO 9001:2008;
  3. Menjalankan Audit Dalam berasaskan proses audit dan menyediakan Non-Conformance Report (NCR); dan
  4. Menetapkan klausa kepada ketidakpatuhan yang dikenal pasti dan kenal pasti tindakan pembetulan yang perlu diambil.
Ringkasan bengkel:
Menerusi bengkel ini, peserta akan didedahkan secara teori tentang pengurusan dan keperluan sesuatu audit mengikut standard MS ISO 9001:2008 yang telah ditetapkan dan latih amal audit ke atas dokumen sebenar. Penekanan diberikan kepada prinsip audit kualiti, penyediaan senarai semak yang tepat, melaksanakan audit, mengeluarkan laporan ketidakpatuhan dan menguruskan program audit dalam organisasi.

Jadual bengkel:
12/7/2011 (Selasa)
8.00 pagi -8.30 pagi: Pendaftaran dan Taklimat Kursus
  • pendaftarannya dibuat secara online.
  • taklimat disampaikan oleh Encik Fakhrul Alam (03-2084 7275)
  • kehadiran kursus mestilah sekurang-kurangnya 80% contact hour untuk diberikan sijil penyertaan kursus).
  • 44 peserta hadir. Kebanyakannya daripada Kementerian Kesihatan seperti Hospital Tampin, Hospital Kluang, Hospital Jempol, Hospital Slim River, hospital di Kelantan, hospital di Labuan, Kementerian Pertahanan, Karang kraf, Majlis Perbandaran Kajang, Jabatan Bomba Putrajaya, Kementerian Pelajaran dan beberapa lagilah yang Bonda tak berapa ingat.
  • Minum pagi pukul 10.30 pagi. Rezeki kami kerana mulai Julai 2011, pihak INTAN menyediakan 2 jenis kuih dan air tea O dan kopi. Pada bulan-bulan lepas, tiada kuih yang disediakan. Label "2 ketul kuih untuk setiap orang" diletakkan. Okaylah tu supaya semua orang dapat kuih.
8.30 pagi - 10.30 pagi: Pengenalan kepada Sistem Pengurusan Kualiti
  • sesi dikendalikan oleh Ms Sivanesuvary, tenaga pengajar INTAN Bukit Kiara (03-2084 7675)
11.00 pagi - 4.45 petang: Keperluan MS ISO 9001:2008
  • sesi dikendalikan oleh Ms Sivanesuvary, tenaga pengajar INTAN Bukit Kiara
12.45 tengah hari - 2.30 petang
  • Makanan tengah hari disediakan di dewan makan. Daripada bilik kuliah ke dewan makan, kami naik bas (INTAN sediakan bas). Tapi apabila kembali semula, kami kenalah pandai-pandai sendiri cari jalan. Waktu inilah nak explore bangunan-bangunan di INTAN Bukit Kiara.
13/7/2011 (Rabu)
8.00 pagi - 12.45 tengah hari: Ciri-ciri Audit dan Penyediaan Senarai Semak
  • Topik Ciri-ciri Audit dikendalikan oleh Puan Maureena Mokhtar (03-2084 7278). Dia adalah Ketua Audit Dalam INTAN Bukit Kiara.
  • Topik Penyediaan Senarai Semak dikendalikan oleh Encik Fakhrul Alam.
14/7/2011 (Khamis)
8.00 pagi - 4.45 petang: Pelaksanaan Audit (Live Audit)
  • Aktiviti ini dijalankan di Hospital Tampin, Negeri Sembilan. Kami naik bas INTAN ke sana.
15/7/2011 (Jumaat)
8.30 pagi - 10.30 pagi: Persembahan NCR

11.00 pagi - 12.45 tengah hari: Penilaian kursus dan Penyampaian sijil

Aktiviti pada hari Jumaat akan diberi komen di lain waktu. Jumpa lagi.

Entri yang ini pun ada jugalah kena-mengena.

Tuesday, July 12, 2011

Bengkel Audit Dalam MS ISO 9001:2008 Di INTAN Bukit Kiara

Pernah dengar nama INTAN Bukit Kiara? Jika Bonda tanya pada anak-anak Bonda, meloponglah jawapannya. INTAN adalah singkatan bagi Institut Tadbiran Awam Negara. Ia di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam. Dalam kata mudah, INTAN mengurus atau mengendalikan latihan bagi penjawat awam. Sesuailah dengan visi INTAN iaitu "Untuk Menjadi Institusi Pembelajaran Sektor Awam Yang Unggul." Misi INTAN adalah "Untuk membangunkan modal insan sektor awam yang kompeten melalui pembelajaran berkualiti." [catatan: visi bermaksud apa impian/ hasrat (what), misi bermaksud sebab kewujudan/ core bisness (why)]

INTAN bukan sahaja ada di Bukit Kiara, kat negeri lain pun ada juga seperti di Terengganu, Sabah, Sarawak, Sungai Petani dan lain-lain.
Itulah pengenalan tentang lokasi tempat pembelajaran Bonda bagi topik Audit Dalam MS ISO 9001:2008.
  • Nama kursus: Bengkel Audit Dalam MS ISO 9001:2008
  • Tempoh dan tarikh: 4 hari (12 hingga 15 Julai 2011)
  • Anjuran: INTAN
  • Yuran kursus: RM30 sahaja.
Amaun ini sangatlah murah. Jika anda menghadiri bengkel sebegini anjuran SIRIM, charge paling minima RM500. Itupun rasanya hanya dua hari saja.

Sekarang Bonda nak share my feeling about this course walaupun baru sehari selesai. Bonda merasa sangat seronok sepanjang sesi pembelajaran. Alangkah bagusnya jika bos kita ada pengetahuan dan pengalaman berkaitan Audit Dalam bagi Sistem Pengurusan Kualiti. Ini dapat memudah dan melancarkan pelaksanaan pensijilan MS ISO 9001:2008 organisasi kita. Jika Bonda berada di kerusi bos (mempunyai kuasa), akan Bonda pastikan semua staf Bonda mengikuti bengkel/ kursus audit MS ISO 9001:2008. Lepas tu barulah dilaksanakan MS ISO 9001:2008 di organisasi Bonda.

Seelok-eloknya latihan/kursus/bengkel tentang MS ISO 9001:2008 dihadiri oleh semua pegawai yang baru dilantik. Suatu masa nanti, bila dia memegang jawatan bos, pensijilan MS ISO 9001:2008 akan menjadi lebih mudah dilaksanakan.

Okaylah, jumpa lagi di lain entri.

Thursday, July 7, 2011

Melabur Ikut Cara Irfan Khairi

Nak tahu pelaburan yang bijak? Di sinilah jawapannya.
Melabur sedikit berbeza dengan menyimpan. Tujuan melabur adalah untuk:
  1. tambah simpanan
  2. tambah pendapatan
Manakala tujuan menyimpan adalah untuk tambah simpanan aje. Itulah secara kasar perbezaan antara melabur dengan menyimpan (fahaman orang kampung macam Bonda).

Supaya pelaburan anda mencapai kedua-dua objektif itu, anda harus faham konsep pelaburan yang bijak. Konsep pelaburan yang diamalkan oleh jutawan terkenal, Irfan Khairi adalah melabur untuk dilupakan. Maksudnya anda tidak mengusik duit dan hasil pelaburan untuk satu tempoh masa. Jika anda dapat melakukannya, duit anda akan bertambah sekali ganda. Itulah yang dinamakan kuasa compounding. Irfan Khairi dalam bukunya Nota Jutawan, Nota Kewangan mendefinisikan compounding sebagai "wang yang kita laburkan akan menghasilkan pulangan di mana pulangan tersebut bersamaan dengan wang pelaburan akan menghasilkan lebih banyak pulangan." Jika sukar sikit nak faham dalam Bahasa Malaysia, kita lihat maksudnya dalam Bahasa Inggeris.
What Does Compounding Mean?
The ability of an asset to generate earnings, which are then reinvested in order to generate their own earnings. In other words, compounding refers to generating earnings from previous earnings.

Untuk lebih memahaminya, jom lihat kaji contoh yang diberi.
Katakan anda melabur RM1,000 pada pulangan 10%.

Tahun pertama: Nilai pelaburan anda adalah RM1,100 iaitu RM1,000 + RM100
Tahun kedua: Nilai pelaburan anda adalah RM1,210 iaitu RM1,100 + RM110
Tahun ketiga: Nilai pelaburan anda adalah RM1,331 iaitu RM1,210 + RM121
Tahun keempat: Nilai pelaburan anda adalah RM1,464.10 iaitu RM1,331 + RM133.10
Tahun kelima: Nilai pelaburan anda adalah RM1,610.51 iaitu RM1,464.10 + RM146.41
Tahun keenam: Nilai pelaburan anda adalah RM1,771.56 iaitu RM1,610.51 + RM161.05
Tahun ketujuh: Nilai pelaburan anda adalah RM1,948.72 iaitu RM1,771.56 + RM177.16
Tahun kelapan: Nilai pelaburan anda adalah RM2,143.59 iaitu RM1,948.72 + RM194.87

Lihat tu, pada tahun kelapan, duit anda dah menjadi RM2 ribu plus plus.
Selain daripada compounding, Irfan Khairi juga menggunakan dollar cost average dalam pelaburan. Dia menyatakan dollar cost average bermaksud anda melabur pada jumlah yang tetap setiap bulan tanpa menghiraukan kadar turun naik pulangan. Bonda tak berapa pandai nak jelaskan, tapi apa yang Bonda faham adalah setiap bulan kita melabur dalam satu amaun yang tetap tanpa mengira berapa % pulangannya dan tidak diusik selama beberapa tahun, eloknya 7 atau 8 tahun. Inilah yang dimaksudkan dollar cost average bergabung dengan compounding.

Bagi merealisasikan hasrat untuk melabur, Irfan Khairi mencadangkan pelaburan dilakukan secara automatik. Caranya dengan membuat auto debit. Dengan kata mudah, pindahkan sejumlah wang tertentu secara auto debit ke akaun berasingan iaitu akaun simpanan anda. Dan akaun ini jangan disentuh. Ini akan mendisiplinkan kita untuk melabur dengan menggunakan dollar cost average.

Apabila Bonda baca buku yang ditulis oleh Irfan Khairi, berkobar-kobar semangat nak pergi mulakan pelaburan. Irfan Khairi mencadangkan kita melabur melalui mutual funds. Dia kata mutual funds adalah satu pilihan pelaburan yang mudah dan bijak untuk sesiapa sahaja. Mutual funds diuruskan oleh pengurus profesional mutual funds institusi kewangan. Dialah yang menguruskan pelaburan kita dan mempermudah urusan jual beli. Tapi kita masih perlu bertanggungjawab atas wang pelaburan kita.

Satu lagi nasihat Irfan Khairi, pelbagaikan pelaburan. Pesanannya; "Jangan letakkan semua telur dalam sebuah bakul. Sekiranya bakul jatuh, maka terpecahlah kesemua telur dalam bakul tersebut."

Itulah sedikit sebanyak yang dapat Bonda ulas daripada buku Nota Jutawan, Nota Kewangan karangan Irfan Khairi berkaitan pelaburan. Kesimpulannya, pelaburan yang bijak adalah pelaburan yang tetap jumlahnya setiap bulan dan tidak diusik untuk satu tempoh masa, contohnya tujuh atau lapan tahun (tempoh matangnya). Irfan Khairi nasihatkan supaya dipelbagaikan pelaburan dan mutual funds juga satu bentuk pelaburan yang mudah dan bijak. Contoh mutual funds adalah Amanah Mutual Berhad.

Rujukan:
  1. Maksud compounding

Saturday, July 2, 2011

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Amalan Organisasiku

Pernah dengar APC atau Anugerah Perkhidmatan Cemerlang? Kalau penjawat awam, dengan kata lain kakitangan Kerajaan, tahulah apa dia APC. Buat anda yang bukan kakitangan Kerajaan, mari sini Bonda nak bagi tau sikit.

Setiap tahun akan ada sebahagian kecil (iaitu 8%) kakitangan Kerajaan yang mendapat APC. Ini adalah satu bentuk pengiktirafan kepada staf yang telah memberi dan mempamerkan perkhidmatan yang cemerlang. Markah prestasi kerja tahunan mungkin sekurang-kurangnya 95% ke atas. Selain daripada sijil pengiktirafan, wang tunai sebanyak RM1,000.00 diberikan kepada setiap penerima APC tanpa mengira pangkat dan gred.

Enam (6) orang staf ofis Bonda menerima APC bagi tahun 2010 peringkat KPM.
Bagi menggalak dan meningkatkan motivasi kerja, organisasi Bonda juga memberi APC peringkat dalaman atau organisasi. Penerima APC peringkat organisasi terima sijil penghargaan ajelah, mana ada duit. Tapi bagus juga ya jika mereka diberi baucer buku mungkin bernilai RM50. Gunalah duit kelab organisasi. Nanti Bonda akan cadangkan dalam mesyuarat agung kelab organisasi. APC tahun 2010 peringkat organisasi merupakan APC kali kedua yang dilaksanakan di organisasi Bonda. Bos Bonda, Encik Khalid bin Abu Bakar yang memperkenalkan idea ini sejak dia berkhidmat di ofis Bonda pada tahun lepas.

Seramai 15 orang mendapat APC peringkat organisasi. Tahun lepas, 10 orang aje. Ada pertambahan, jadi bermaksud ada peningkatan kualiti kerjalah agaknya.

Tahun ni Bonda dapat APC peringkat organisasi. Syukur. APC peringkat KPM, Bonda dah dapat sebanyak dua (2) kali sepanjang tempoh perkhidmatan Bonda, 24 tahun. Bukan mudah nak dapat APC walaupun di peringkat organisasi. Bos Bonda menetapkan kriteria calon APC. Markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) hanya dikira 80% aje. Selebihnya diambil daripada disiplin kerja (rekod punch card) dan komitmen terhadap tugas contohnya deliver tugasan pada masanya.

Bonda setuju idea bos Bonda ni iaitu memberi APC peringkat organisasi. Yalah mana boleh dapat APC peringkat KPM setiap tahun kerana orang lain juga hebat. Jika organisasi mahu hebat tidak cukup dengan enam (6) aje stafnya yang hebat.

Cuma ada satu (1) aje perkara kecil yang bos Bonda terlepas pandang. Jika bos Bonda melakukannya, dia membuatkan Bonda merasa tersentuh dan terharu. Ini pandangan Bonda ajelah (bagi diri Bonda). Jika dia memanggil Bonda secara peribadi ke biliknya dan ditambah dengan kad ucapan tahniah dan terima kasih (hand writing) daripada dia sendiri, pastinya semangat dan motivasi kerja Bonda akan meningkat tanpa disuruh. Apa yang berlaku, Bonda dapat tahu berita Bonda mendapat APC peringkat organisasi daripada mulut orang lain dan dalam situasi sambil-sambil.

Insya Allah ini akan jadi peringatan buat Bonda sekiranya Bonda menjadi bos atau mempunyai anak buah, perkara seperti ini (cara beri atau tunjukkan penghargaan) tidak akan berlaku. Bonda pernah tulis entri tentang tips memberi penghargaan yang mudah dan murah. Nak tahu? Klik kat SINI.

Okay, cukup dulu buat kali ini. Belajar daripada pengalaman dan kesilapan orang lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...