Adakah anda seorang yang kreatif?
Adakah anda faham maksud kreatif?
Kenapa anda perlu kreatif?
Kenapa anda perlu kreatif?
Kali ini Bonda mahu berkongsi catatan Bonda bagaimana pemikiran kreatif dapat dipupuk dalam diri kita dan juga orang lain. Bonda telah menghadiri sesi pengilmuan yang bertajuk Memahami Peralatan Kreativiti. Sesi ini disampaikan oleh Encik Hussein Mohd Ariff daripada Malaysian Association of Creativity and Innovation (MACRI). MACRI ditubuhkan pada 3 April 2007 yang bertujuan untuk membudayakan inovasi di kalangan rakyat.
Kreativiti diperlukan dalam mencari penyelesaian-penyelesaian kepada sesuatu isu.
Kenapa nak selesaikan isu?
Untuk kepuasan pelanggan lah jawabnya.
Kenapa nak selesaikan isu?
Untuk kepuasan pelanggan lah jawabnya.
Kreativiti melibatkan proses hasilkan idea, kemukakan idea, keluarkan idea, dapatkan idea, rumuskan idea, dan iktirafkan idea. Secara ringkasnya, creativity - coming up with ideas. Inovasi pula bermaksud idea yang dilaksanakan. Dengan kata mudah, innovation - bringing ideas to life.
Encik Hussein Mohd Ariff menceritakan serba sedikit tentang sistemM3IQRA. Sistem ini dibincangkan secara terperinci dalam buku Purple Beach.
M3IQRA adalah akronim bagi
M - Minda reset
M - Motivasi
M - Method
I - Ingin tahu
Q - Questioning
R - Reasoning
A - Action
M - Minda reset
M - Motivasi
M - Method
I - Ingin tahu
Q - Questioning
R - Reasoning
A - Action
SistemM3IQRA dalam kreativiti
Minda reset @ Mind reset
Minda perlu di'reset' dalam mencari penyelesaian-penyelesaian kepada sesuatu isu. Bagaimana kita melakukan mind reset? Untuk melakukan mind reset, ia bergantung kepada tabiat/ sikap kita. Tujuh (7) tabiat yang menyumbang kepada mind reset adalah ...
1) Jangan cepat menolak sesuatu idea sebagai kurang bijak;2) Kurangkan bercakap dan banyakkan mendengar;
3) Bertanya berbagai soalan;
4) Tinjau segala kemungkinan;
5) Cenderung untuk mengatakan YA atau MUNGKIN, bukan tidak;
6) Membaca untuk menambah pengetahuan;
7) Melancung untuk melihat 'dunia' - keluar daripada persekitaran sedia ada, lihat kehidupan di sesuatu tempat, kaji/ lihat/ amati apakah kebiasaan-kebiasaan dalam masyarakat di situ. Tanam/ pupuk tabiat mengamati (observation), lihat dengan pemikiran.
Motivasi
Motivasi ibarat petrol kepada kenderaan. Orang melakukan sesuatu untuk berbagai motif. Encik Hussein mencadangkan beberapa cara untuk memotivasikan orang dalam mengeluarkan idea-idea. Cara-caranya adalah ...
1) Tunjukkan minat bersungguh-sungguh;2) Mengenali dan mengakui;
3) Kurangkan formaliti, lebihkan kelakar;
4) Anjurkan pertandingan menjana idea;
5) Sediakan latihan.
Dalam proses kreativiti, apa yang diperlukan adalah idea, bukannya complaint, aduan, atau maklum balas. Kita mesti dapat bezakan antara idea dengan complaint, aduan, atau maklum balas. Pada pandangan Bonda, untuk dapatkan idea, kita perlu kenal pasti isu. Isu datang daripada complaint, aduan, atau maklum balas pelanggan. Harus diingat, pelanggan tidak hanya fokus kepada orang luar sahaja, orang dalam dan juga stakeholder juga dikategorikan sebagai pelanggan.
Method
Apakah kaedah-kaedah yang dapat digunakan untuk menghasilkan idea, mengemukakan idea, mengeluarkan idea, mendapatkan idea, merumuskan idea, dan pelbagai tentang menjana idea.
Kaedah 1: Sentiasa bertanya "kenapa tidak?"
Konsep lain yang menghampiri "kenapa tidak" adalah "bagaimana kalau". Soalan "kenapa tidak" membawa kita untuk mencabar status quo.
Contoh,
Contoh,
Jika buah tembikai bersegi empat, ruang penyimpanannya dapat dijimatkan. Buah tembikai lebih mudah disusun, tidak mudah bergolek, bergerak atau jatuh.
Kaedah 2: Pencernaan minda (brainstorming)
Konsep brainstorming - banyak idea lagi baik
"Cara terbaik untuk mendapatkan idea yang baik adalah kita mesti mempunyai banyak idea." Linus Pauling (1901 - 1994)
"Cara terbaik untuk mendapatkan idea yang baik adalah kita mesti mempunyai banyak idea." Linus Pauling (1901 - 1994)
Linus Pauling, a chemist, was awarded the Nobel Prize for Chemistry in 1954. 9 years later, he won the Noble Peace Prize for his antinuclear activism which included presenting a petition signed by eleven thousand scientists warning the public about the biological danger of radioactive fallout from nuclear weapons testing. Photo by Michael Collopy.
Panduan dalam memastikan kejayaan dalam sesi brainstorming adalah ...
1) Jangan mengkritik sebarang idea;
2) Idea yang gila-gila lagi baik;
3) Banyak idea lagi baik;
4) Gabungkan idea-idea atau ubahsuai idea;
5) Adakan sesi itu di persekitaran yang kurang atau tidak formal;
6) Kumpulan yang ideal, ahlinya seramai 4 - 5 orang;
7) Guna meja bulat;
8) Catit semua idea yang dikemukakan (guna 3M pad);
9) Pelbagaikan latar belakang ahli kumpulan seperti pelbagai bidang, pengalaman, atau jawatan.
Kaedah 3: Formula SCAMPER
S - Substitute
C - Combine
A - Adopt
M - Maximize or Minimize
P - Put to other use
E - Eliminate
R - Reverse
Contoh yang digunakan adalah kamera. Kaji perubahan dan perkembangan kamera.
Satu lagi kaedah yang menghampiri SCAMPER tetapi lebih ringkas adalah RICE. RICE adalah akronim bagi ...
R - Reduce (kurangkan)
I - Increase (tambah)
C - Combine (gabung)
E - Eliminate (hapuskan)
Teknik SCAMPER atau RICE dapat digunakan dalam membantu kita menjana, mengkaji atau menganalisis idea.
Kaedah 4: Hubungan dipaksa
Dalam kaedah ini, kita mencari hubungan antara dua (2) benda atau konsep untuk dapatkan benda atau konsep yang baru.Contohnya,
Hubungan antara kerusi dengan roda. Oleh itu dapatlah kerusi roda.
Hubungan antara ayam dengan nasi. Dapatlah nasi ayam. Tapi itu bukanlah hubungan dipaksa.
Hubungan antara berus cat dengan pemadam pensil. Dapatlah liquid paper.
Untuk memupuk kreativiti, anda perlu ada sifat/sikap berikut:
I - Ingin tahu
- ingin tahu tentang peristiwa;
- terpesona dengan alatan;
- selalu terdedah dengan kemungkinan;
- berminat dengan idea-idea baru.
Q - Questioning
Suka menyoal
- untuk dapatkan pengetahuan;
- untuk kumpulkan fakta;
- untuk memahami lebih jelas;
- untuk bina keyakinan.
Mempunyai alasan munasabah/ justifikasi
- dapat meminimakan risiko;
- dapat mengelakkan kesilapan besar;
- dapat jimat masa.
A - Action
Bertindak
Itulah serba sedikit panduan untuk kita menangani isu atau cabaran kehidupan dengan cara berfikiran kreatif.
Catatan ini dibuat pada 21 Julai 2011 di Aras 6 Blok E8 Parcei E, Kompleks Kerajaan Persekutuan, Putrajaya semasa sesi pengilmuan bagi semua fasilitator Kumpulan Inovasi dan Kreativiti (KIK) KPM tahun 2011. Catatan ini adalah berdasarkan pemahaman Bonda yang amat sedikit ilmunya tentang kreativiti. Bonda minta maaf jika ada kesilapan tafsiran. Harap diberi teguran sekiranya terdapat sebarang kesilapan.
Catatan ini dibuat pada 21 Julai 2011 di Aras 6 Blok E8 Parcei E, Kompleks Kerajaan Persekutuan, Putrajaya semasa sesi pengilmuan bagi semua fasilitator Kumpulan Inovasi dan Kreativiti (KIK) KPM tahun 2011. Catatan ini adalah berdasarkan pemahaman Bonda yang amat sedikit ilmunya tentang kreativiti. Bonda minta maaf jika ada kesilapan tafsiran. Harap diberi teguran sekiranya terdapat sebarang kesilapan.
Terjumpa blog ini & saya rasa amat terharu kerana ada insan yang menghargai & sama-sama ingin berkongsi pengetahuan. Teruskan usahamu Bonda. Well done!
ReplyDeletewhosane
Terima kasih En Hussein @ whosane87 atas kunjungan, komen serta kata-kata perangsang. Saya lihat keempat-empat blog En Hussein macam dah bersawang. Sibuk ya.
ReplyDeleteHahaha. Jarang saya kunjung. Selalu sgt berFB. Take care.
ReplyDeleteinteresting.. thanks kerana memperolehi idea dari sini.. :)
ReplyDeleteBonda ..Mohon share artikel ni
ReplyDeleteBonda ..Mohon share artikel ni
ReplyDelete