Showing posts with label Gerbang Mak Mertua. Show all posts
Showing posts with label Gerbang Mak Mertua. Show all posts

Saturday, November 27, 2010

Majlis Pertunangan Kali Pertamaku

Semua perkara atau peristiwa bermula dengan pertama kali. Saat pertama kali tulah yang paling banyak kenangan dan pengajarannya. Jadi sangat elok sekiranya kita dapat merakamnya kerana ianya menjadi suatu sejarah yang kukuh dengan bahan bukti. Oleh itu Bonda mencatat setiap perkara dan peristiwa dengan agak terperinci supaya mudah bagi Bonda untuk merujuknya pada masa depan.
Kali ni Bonda mahu berkongsi pengalaman dan merakam memori kali pertama Bonda menjadi host di majlis pertunangan. Host ni bermaksud tuan rumah. Peristiwa ini berlaku pada 6 November 2010, bersamaan 29 Zulkaedah 1431H, hari Sabtu. Anak ke-2 Bonda, Izzah bertunang pada tarikh tersebut.
Cerita majlis pertunangan ni panjang. Oleh itu Bonda terpaksa menceritakan dalam beberapa siri supaya tidak sempat jemu apabila membaca ceritanya. Fokus kali ini lebih kepada rakaman detik manis sesi perkenalan antara dua keluarga.
Ini abang kepada tunang Izzah yang mana dia juga merupakan spoke person bagi pihak keluarga lelaki. Bakal menantu Bonda ni adalah anak bongsu. Dia mempunyai 1 orang abang (sulong) dan 5 orang kakak.
Ini pulak spoke person bagi pihak keluarga Bonda, adik Bonda.
Inilah gelanggang perbincangan dan sesi berkenalan. Di sebelah kanan adalah abang Bonda. Pada awalnya Bonda mahu dia menjadi spoke person tapi Bonda lewat maklumkan. Dia tak bawa persalinan yang sesuai sebagai spoke person. Pengajaran yang Bonda dapat adalah seorang spoke person perlu memakai baju yang bersesuaian. So next time, maklum lebih awal. Abang Bonda tu tinggal kat Dungun.
Back drop kat belakang tu adalah hasil ilham Deliya, anak saudara Bonda. Bonda memang nak simple aje, supaya ada serinya gambar.
Tension jugak ayah Izzah ni.
Emak Izzah pun tidak kurang juga tensionnya. Maklumlah first time menjadi host majlis pertunangan.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh ayah Bonda yang dibawa khas dari Kuala Terengganu. Nasib baiklah abang Bonda dapat cuti, jadi dapatlah ayah Bonda datang.
Izzah diapit oleh bakal emak mertua dan Bonda
Dari kiri: Bonda, Izzah, Iffah dan Ilya
Izzah dengan tunangnya, Zaky
Jadi cukuplah setakat ini. Insya Allah Bonda akan sambung di lain entri.

Tuesday, November 23, 2010

Monday, November 22, 2010

Jemputan Khas Buat Tetamu VIP

Bonda ada satu projek baru yang perlukan kerjasama anda selaku sahabat atau famili atau e-student atau kenalan Bonda untuk menjayakannya.
Projeknya adalah membina address book secara online.
Menarik kan?
Kecanggihan teknologi sekarang telah memudahkan Bonda untuk membina dan mengemaskini "Address Book" Bonda.
Projek ni sangat penting dan bermakna buat Bonda.
Please beri kerjasama ya.
Nanti Bonda akan beri form untuk diisi secara online.
Mudah dan cuma ambil masa 5 minit aje untuk mengisinya.
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda.

Monday, May 24, 2010

Selesakah Rumahku Untuk Anak Menantuku?

Apabila puteri Bonda menyatakan hasratnya untuk berkahwin pada tahun depan, membuatkan Bonda tersentak seketika. Bonda berhasrat mempunyai rumah yang ada 4 bilik tidur buat puteri-puteri Bonda (seorang satu bilik) sebelum mereka berkahwin. Kenapa? Bonda nak anak menantu Bonda merasa selesa dan boleh bersantai dengan selesa bila balik/datang ke rumah Bonda. Jadi puteri-puteri Bonda akan kerap dan duduk lama sikit apabila mereka datang melawat Bonda.

Bonda nak buat renovation rumah (jadikan 5 bilik tidur). Tapi sayangnya RM menjadi cabaran utama. Bonda tinggal di rumah dua tingkat (3 + 1 bilik tidur). Bilakah impian Bonda tercapai? Adakah melampaui tahun depan? Bonda tidak mahu jadikan isu bilik tidur untuk menangguhkan perkahwinan puteri Bonda. Pilihan yang Bonda ada, terima seadanya Rumahku Syurgaku.

Bonda mempunyai 4 orang puteri. Apa corak/kemeriahan majlis itu akan menentukan standard bagi yang lain. Maksud Bonda, adakah nak buat majlis perkahwinan tu di dewan atau di rumah? Bonda sedaya-upaya berusaha agar tiada perbezaan yang ketara antara puteri-puteri Bonda supaya hati dan perasaan mereka tidak terguris. Tu baru 4 orang.

Di mana nak diadakan majlis perkahwinan itu? Di dewan atau di rumah? Tu keputusan pertama yang mesti dibuat sebelum langkah lain diambil. Jika diadakan di dewan, mudah aje persiapannya, survey tempat, lokasi dan bayarannya. Puteri Bonda buat survey jugalah tempat yang agak-agak dekat dengan rumah dan sesuai dari segi dewan dan parking. Harga yang ditawarkan merupakan pakej iaitu termasuk dewan, kerusi meja dan makanan. Paling rendah harganya RM17 satu kepala dan minimum 1,000 orang. Wah! Untuk makan dan tempat aje dah RM17k.

Kenapa tak adakan kat rumah aje? Bonda memikirkan keselesaan tetamu Bonda, tempat parking kereta mereka. Rumah Bonda berada dijalan mati. Tapi berhampiran dengan shopping lots and surau. So ada jugalah parking yang agak berdekatan. Bonda agak mungkin ada penjimatan dalam RM1k or RM2k (duit sewa dewan) jika majlis itu dibuat kat rumah. So duit tu bolehlah dibuat repair-repair rumah. So, untuk second kenduri kahwin mungkin boleh jimat lagi.

Jauh di sudut hati, Bonda nak buat kenduri kahwin di rumah kerana rasanya lebih meriah, lapang dan kenangan di rumah itu akan tetap bersama. Bonda akan minta pendapat anak saudara Bonda (seorang arkitek) tentang pengubahsuaian ruang rumah yang perlu dibuat berdasarkan bajet yang terhad.

Last two weekend, Bonda menemani puteri-puteri Bonda ke Pameran Pengantin di Ampang Point K.L Kami survey harga dari segi fotography, baju, make up, dan pelamin.
Ni baju pengantin yang berkenan di hati puteri Bonda.

Cantiknya kek-kek yang dipamerkan, pelbagai design yang menarik.

Moral of the story: Hati-hati dengan langkah pertama kerana ia penentu langkah-langkah seterusnya.


Monday, May 17, 2010

Dilema Kes Langkah Bendul

Bonda merasa bersyukur kerana masih ada anak-anak yang mahu berkongsi luahan rasa dengan Bonda terutama isu yang amat berat untuk diperkatakan.

Pada ketika ini Bonda sedang menyiapkan persediaan majlis pertunangan puteri kedua Bonda (langkah bendul). Apabila cerita-cerita majlis pertunangan dan pernikahan puteri kedua Bonda dibincangkan secara serious dan terbuka antara ahli keluarga dalam sehari dua ni, hati puteri sulong Bonda terusik. Dia merasa agak tertekan kerana bukan dia yang pertama berkahwin. Calonnya dah ada cuma persiapan/persediaan untuk majlis itu dan kehidupan selepas itu yang agak merisaukannya. Nasihat Bonda kepadanya, redha dan zahirkan rasa gembira bersama kegembiraan famili. "Sabarlah, setidak-tidaknya sayang dah ada calonnya. Cuba bayangkan perasaan gadis yang tiada calon suami dan adiknya kahwin dulu daripadanya."

Bonda tak mahu melihat dia tidak segembira adik-adiknya. Susah hati dan sukar untuk Bonda menzahirkan rasa gembira jika puteri sulong tidak happy sama. Jika Bonda gembira (bercerita yang best-best tentang persiapan majlis), Bonda menguris hati puteri sulong. Jika Bonda tak tunjukkan rasa excited, Bonda pula mungkin menguris hati puteri kedua Bonda (bakal pengantin). Apabila giliran puteri sulong berkahwin dan Bonda tunjukkan excitement nya, Bonda akan dikata pilih kasih, sayang puteri sulong lebih. Ini akan menguris hati ramai puteri Bonda. Dilema.

Moral of the story: Komunikasi dua hala dan terima dengan terbuka untuk elakkan sebarang prasangka. Pancarkan rasa kegembiraan agar dunia bersinar dan hidup lebih bermakna.

Sunday, May 16, 2010

Mencari kekuatan dalam menempuh gerbang Ibu Mertua



Peristiwa pernikahan anak saudara Bonda pada Mac 2010 telah menyedarkan bahawa Bonda juga hampir gerbang Kelab Ibu Mertua. Bonda mesti mempelajari dan membuat catatan Apa yang perlu ada, Bagaimana menguruskan setiap majlis sebelum, semasa dan selepas menerima menantu. Inilah adalah pengalaman Bonda yang pertama, insya Allah 3 orang menantu lagi akan menyusul selepas yang satu ni.

Selepas puteri Bonda menyatakan hasrat keluarga teman lelakinya untuk datang bertemu keluarga, Bonda telah mula berbincang secara serious dengan kakak-kakak Bonda yang terdekat. Apa yang patut dan perlu dibuat. Sebelum tarikh pertemuan antara kedua-dua keluarga dapat diberikan, persiapan fizikal rumah, terutamanya ruang tamu perlu dibuat. Sebelum ni Bonda tak berapa kisah sangat kerana jarang sekali menerima tetamu dan perkara lain menjadi keperluan duit.

Seterusnya (dalam siri-siri yang akan datang), Bonda akan berkongi cerita bagaimana Bonda mengubah penampilan ruang tamu dengan bajet yang berpatutan sebagai persediaan menerima rombongan meminang puteri Bonda.

Moral of the story: Berbincang dengan keluarga, belajar daripada pengalaman orang terutama yang pernah mengalami apa yang akan kita alami.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...