Thursday, July 7, 2011

Melabur Ikut Cara Irfan Khairi

Nak tahu pelaburan yang bijak? Di sinilah jawapannya.
Melabur sedikit berbeza dengan menyimpan. Tujuan melabur adalah untuk:
  1. tambah simpanan
  2. tambah pendapatan
Manakala tujuan menyimpan adalah untuk tambah simpanan aje. Itulah secara kasar perbezaan antara melabur dengan menyimpan (fahaman orang kampung macam Bonda).

Supaya pelaburan anda mencapai kedua-dua objektif itu, anda harus faham konsep pelaburan yang bijak. Konsep pelaburan yang diamalkan oleh jutawan terkenal, Irfan Khairi adalah melabur untuk dilupakan. Maksudnya anda tidak mengusik duit dan hasil pelaburan untuk satu tempoh masa. Jika anda dapat melakukannya, duit anda akan bertambah sekali ganda. Itulah yang dinamakan kuasa compounding. Irfan Khairi dalam bukunya Nota Jutawan, Nota Kewangan mendefinisikan compounding sebagai "wang yang kita laburkan akan menghasilkan pulangan di mana pulangan tersebut bersamaan dengan wang pelaburan akan menghasilkan lebih banyak pulangan." Jika sukar sikit nak faham dalam Bahasa Malaysia, kita lihat maksudnya dalam Bahasa Inggeris.
What Does Compounding Mean?
The ability of an asset to generate earnings, which are then reinvested in order to generate their own earnings. In other words, compounding refers to generating earnings from previous earnings.

Untuk lebih memahaminya, jom lihat kaji contoh yang diberi.
Katakan anda melabur RM1,000 pada pulangan 10%.

Tahun pertama: Nilai pelaburan anda adalah RM1,100 iaitu RM1,000 + RM100
Tahun kedua: Nilai pelaburan anda adalah RM1,210 iaitu RM1,100 + RM110
Tahun ketiga: Nilai pelaburan anda adalah RM1,331 iaitu RM1,210 + RM121
Tahun keempat: Nilai pelaburan anda adalah RM1,464.10 iaitu RM1,331 + RM133.10
Tahun kelima: Nilai pelaburan anda adalah RM1,610.51 iaitu RM1,464.10 + RM146.41
Tahun keenam: Nilai pelaburan anda adalah RM1,771.56 iaitu RM1,610.51 + RM161.05
Tahun ketujuh: Nilai pelaburan anda adalah RM1,948.72 iaitu RM1,771.56 + RM177.16
Tahun kelapan: Nilai pelaburan anda adalah RM2,143.59 iaitu RM1,948.72 + RM194.87

Lihat tu, pada tahun kelapan, duit anda dah menjadi RM2 ribu plus plus.
Selain daripada compounding, Irfan Khairi juga menggunakan dollar cost average dalam pelaburan. Dia menyatakan dollar cost average bermaksud anda melabur pada jumlah yang tetap setiap bulan tanpa menghiraukan kadar turun naik pulangan. Bonda tak berapa pandai nak jelaskan, tapi apa yang Bonda faham adalah setiap bulan kita melabur dalam satu amaun yang tetap tanpa mengira berapa % pulangannya dan tidak diusik selama beberapa tahun, eloknya 7 atau 8 tahun. Inilah yang dimaksudkan dollar cost average bergabung dengan compounding.

Bagi merealisasikan hasrat untuk melabur, Irfan Khairi mencadangkan pelaburan dilakukan secara automatik. Caranya dengan membuat auto debit. Dengan kata mudah, pindahkan sejumlah wang tertentu secara auto debit ke akaun berasingan iaitu akaun simpanan anda. Dan akaun ini jangan disentuh. Ini akan mendisiplinkan kita untuk melabur dengan menggunakan dollar cost average.

Apabila Bonda baca buku yang ditulis oleh Irfan Khairi, berkobar-kobar semangat nak pergi mulakan pelaburan. Irfan Khairi mencadangkan kita melabur melalui mutual funds. Dia kata mutual funds adalah satu pilihan pelaburan yang mudah dan bijak untuk sesiapa sahaja. Mutual funds diuruskan oleh pengurus profesional mutual funds institusi kewangan. Dialah yang menguruskan pelaburan kita dan mempermudah urusan jual beli. Tapi kita masih perlu bertanggungjawab atas wang pelaburan kita.

Satu lagi nasihat Irfan Khairi, pelbagaikan pelaburan. Pesanannya; "Jangan letakkan semua telur dalam sebuah bakul. Sekiranya bakul jatuh, maka terpecahlah kesemua telur dalam bakul tersebut."

Itulah sedikit sebanyak yang dapat Bonda ulas daripada buku Nota Jutawan, Nota Kewangan karangan Irfan Khairi berkaitan pelaburan. Kesimpulannya, pelaburan yang bijak adalah pelaburan yang tetap jumlahnya setiap bulan dan tidak diusik untuk satu tempoh masa, contohnya tujuh atau lapan tahun (tempoh matangnya). Irfan Khairi nasihatkan supaya dipelbagaikan pelaburan dan mutual funds juga satu bentuk pelaburan yang mudah dan bijak. Contoh mutual funds adalah Amanah Mutual Berhad.

Rujukan:
  1. Maksud compounding

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...