Showing posts with label Rumahku Syurga anak cucuku. Show all posts
Showing posts with label Rumahku Syurga anak cucuku. Show all posts

Sunday, November 14, 2010

Taman Tasik Semenyih

Rumah oh rumah, di mana kau?
Bonda buat window shopping rumah walaupun dah ada rumah. Nak upgrade rumah jika dapat.
Tujuan utama nak upgrade rumah adalah Bonda mahu mempunyai rumah yang ada 5 bilik tidur sekurang-kurangnya. Sebab Bonda ada 4 orang anak dan Bonda nak semua anak dan menantu Bonda merasa selesa bila balik atau datang ziarah Bonda kat rumah. Bonda tak harapkan mereka tinggal serumah dengan Bonda bila mereka dah berkeluarga.
Plan pertama Bonda adalah membuat pengubahsuaian rumah yang sedia ada. Bonda tinggal di rumah teres 2 tingkat. Rumah tu standardlah mempunyai 3 + 1 bilik tidur. Yang + 1 tu adalah bilik pembantu rumah. Jadi Bonda nak ubah master bedroom kepada 2 bilik dan bilik pembantu rumah dibesarkan. So dapatlah Bonda rumah yang ada 5 bilik tidur.
Draf pelan pengubahsuaian rumah mengikut impian Bonda dah siap, tapi terbantut dengan kosnya. Mengikut pandangan adik Bonda yang ada kepakaran dalam quantity survey, it's not worth doing that renovation because it involve bumbung rumah dan kosnya akan tinggi. Bonda akan rugi because value rumah tak mengambil sangat kos renovation tu. Nasihat dia, better cari rumah lain.
Jadi bermula daripada saat itu membuatkan Bonda menjadi house haunter. Bonda mencari rumah yang ada 5 bilik tidur, tak perlu buat renovation sangat, dan harganya dalam kelayakan loan perumahan Bonda iaitu lebih kurang RM36k. Itulah hasrat, impian dan kriteria rumah yang dicari. 13 November 2010, bermulalah pencarian Bonda secara lebih serious.
Mencari rumah yang mahu dimilik merupakan suatu yang phobia buat Bonda kerana pernah ada pengalaman pahit. Sebelum kita membuat sebarang komitmen atau pembayaran dalam pembelian rumah, kita kena buat homework dulu.
Pencarian Bonda bermula dengan broucer Bandar Akademia, Lenggeng (sempadan Selangor dan Negeri Sembilan). Semua anak dan suami Bonda tak sokong Bandar Akademia. Jauh dari Kuala Lumpur. Maklumlah dah 24 tahun tinggal di Kuala Lumpur dan semuanya ada, mudah dicapai dan tau kat mana. Bonda bertanya jugalah kat pakcik google tentang Bandar Akademia. Melalui forum perkongsian pandangan, Bonda batalkan hasrat ke Bandar Akademia kerana pembangunannya lambat. Rupanya Bandar Akademia dah 8 tahun bermula tapi masih belum nampak pembangunan dan kemajuannya.
Bonda pilih tempat luar dari Kuala Lumpur dengan harapan dapat bertemu dengan rumah idaman dan memenuhi kriterianya. Kawasan yang hampir dengan tempat Bonda sekarang adalah Semenyih. Ia juga dekat dengan adik-beradik dan ipar Bonda dan juga dekat dengan kampung (hala ke Batu Pahat).
Surfing kat internet, jumpalah dengan Taman Tasik Semenyih. Taman Tasik Semenyih ni tak jauh dari pekan Semenyih. Jika dari Kuala Lumpur, jumpa pekan Semenyih dulu. Lepas tu ambil simpang kiri menghala ke Broga, jalan menuju Universiti of Nottingham.
Taman Tasik Semenyih ni dah 10 tahun dimajukan secara berfasa-fasa. Rumah yang Bonda nak lihat kat situ adalah Edu Square. Rumahnya ada banyak bilik tidur, 9 bilik. Ni pakcik Google lah cakap dan tunjuk. Kebetulan sales office nya dibuka pada hari tu sebab mereka sedang promosi Se7enth Persint. Mengikut sales person, Edu Square tu bagus untuk pelaburan aje. Untuk tinggal, dia tak rekomen kerana biliknya kecil-kecil. Rumah-rumah tu dah disewakan kepada student. Bonda agak dah tak adalah rumah Edu Square yang boleh dibeli lagi. Harganya RM500k. Wow!
Bonda dibawa melihat rumah contoh Se7enth Persint.
Hanya tinggal 5 unit aje lagi. Rumahnya jenis semi-D.
Dua kereta boleh park dalam pagar tanpa perlu buat apa-apa renovation.
Show house ni mempunyai kawasan yang boleh memuatkan 4 kereta, senang-senang. Kawasan luar rumah nampak luas.
Ini pandangan daripada pintu masuk utama, ruang tamu (living room) dan ruang makan (dining room).
Ini pandangan dari ruang tamu ke dapur.
Ruang dapurnya kecil. Share pagar belakang dengan rumah belakang, tiada lorong belakang rumah. Ruang belakang dah tak boleh nak extend lagi. Hanya boleh letak atap/ bumbung aje. Open air lah jawabnya. Kesimpulannya, ruang dapurnya sempit dan tak boleh buat apa-apa untuk besarkannya.

Rumahnya tak memenuhi kriteria Bonda atas sebab-sebab berikut:
  1. Hanya ada 3 + 1 bilik tidur aje.
  2. Bukaannya kecil, biliknya kecil, dapurnya kecil.
  3. Harganya tak sepadan dengan apa yang ditawarkan iaitu RM298k
So, pangkah untuk Taman Tasik Semenyih. Namanya gah, gambarnya cantik tapi suasana kurang menyeronokkan. Tinjauan Bonda ke Taman Tasik Semenyih ni ditemani oleh Iffah dan Eg. Thanks to both you for accompany me and photographs.

Tuesday, August 3, 2010

Mencari Idea Di Mid Valley

Pameran Pengubahsuaian Rumah pada 30 Julai - 1 Ogos 2010 di Mid Valley, Kuala Lumpur datang tepat pada masanya. Masa tu Bonda sedang mengumpul-ngumpul idea nak buat decoration dalam rumah. Rumah belum siap renovation lagi tapi simpan dulu ideanya.

Untuk ruang tamu, sofa ini menarik perhatian Bonda.

Tak sangka jumpa juga sofa yang sukar keluar bulunya/koyak apabila digaru-garu manja oleh kucing-kucing Bonda. Seboleh-bolehnya Bonda tak mahu letak kucing-kucing tu kat luar rumah apabila Bonda tukar sofa baru. Tak sampai hati kerana mereka dah manja dengan kami. Tapi macam mana ya, nak train mereka supaya tak cakar kat sofa? Berkenan betul Bonda kat sofa ni sebab ....
  • kainnya sukar dicakar;
  • air mengambil masa 48 jam untuk meresap masuk jika tertumpah atasnya;
  • tidak mudah terbakar jika terkena bara putung rokok;
  • tempat letak kepala boleh diubahsuai;
  • seat nya boleh dilebarkan dan dijadikan katil jika ada tetamu.

Kerusi-kerusi ni dibuat daripada batang pisang (jika tak silap), local product, handmade.
Sesuatu yang menarik untuk diketahui tapi rasanya bukan pilihan Bonda sebabnya tak ada banyak ruang untuk diletak.
Anyway, nice to sit

Yang ni pula sesuai untuk reading corner.


Ni sampel stiker yang boleh ditampal kat dinding. Macam-macam design yang ada. Tak perlulah Bonda bersusah-payah melukis dan mengecatnya (belum tentu lagi cantik dan menarik)

Dapatlah juga sedikit ilham kat pameran tu.


Friday, July 30, 2010

Menariknya Rumahku

Pernahkah anda terfikir apakah daya penarik rumah anda?
Kenapa nak ada daya penarik?
Untuk siapa?
Bagi Bonda, rumah perlu ada daya penarik untuk menarik anak cucu.
Apa yang boleh membuatkan anak cucu seronok pergi ke rumah atuk nenek mereka? Inilah persoalan yang perlu dijawab oleh Bonda sendiri. Dulu, zaman Bonda kecil, setiap kali cuti sekolah, Bonda akan menemani nenek di rumahnya. Rumahnya jauh, boleh dikatakan macam di pinggir hutan sebab dikelilingi pokok-pokok besar dan tiada keperluan asas.
Bot penambang
Mungkin keseronokan naik bot penambang untuk pergi ke rumah nenek, yang menjadi daya penariknya. Satu lagi yang best nya, mandi sungai (2 kali sehari), walaupun setiap kali pergi mandi kat sungai perlu bawa balik satu (1) baldi air kerana rumah nenek tiada paip air. Bila musim buah durian, pagi-pagi pergi cari buah durian yang gugur. Pokok durian hanya ada sebatang dua aje dekat rumah nenek tu. Bunyi buah durian gugur pun boleh dengar, betapa sunyinya kawasan sekeliling. Itu semua kenangan manis yang samar-samar dalam ingatan.

Rumah Bonda berada di kota raya, Kuala Lumpur, rumah teres dua tingkat , apalah sangat yang Bonda boleh tawarkan sebagai kenangan manis buat anak cucu.

Bonda suka juga baca dan beli buku sikit-sikit dan tercari-cari cara yang menarik untuk menyimpannya.
Bonda berhasrat untuk mewujudkan reading corner dalam rumah.
Adakah sesuai sudut bacaan digabung bersama ruang tamu?
Rasa-rasanya belum pernah dibuat orang.

Bonda mahu sudut bacaan ini 'hidup' dan menarik, bukan sekadar tempat meletak/ menyusun buku-buku saja.

Jika digabungkan ruang tamu dan sudut bacaan, rasa-rasanya perabotnya menjadi caca marba.

Perabot yang selesa dan santai

Hiasan yang sesuai
Pastinya sudut ini menjanjikan suatu kenangan manis buat anak cucu Bonda. Jadi, anda bagaimana pula?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...