Showing posts with label Cuti-Cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Cuti-Cuti Malaysia. Show all posts

Saturday, November 19, 2011

Tempat Menarik Di Sarawak : Dewan Undangan Negeri


Selamat bertemu kembali buat rakan-rakan dan anak-anak Bonda, setelah sekian lama menyepi. Maaf ya jika ada yang tertunggu dengan kehadiran Bonda. Sebenarnya tugasan Bonda bertambah secara mendadak (kena cover tugasan kawan yang over date due). Arahan ini selaras dengan kenaikan pangkat Bonda ke gred 48 baru-baru ini. 25 tahun berkhidmat selepas keluar daripada universiti, baru dapat mencecah gred 48. Apa-apa pun syukur, dapat juga merasanya.

Kali ini Bonda nak berkongsi pengalaman pertama kali Bonda di Kuching, Sarawak. Akhirnya dapat juga Bonda tiba di Kuching, Sarawak pada 25 Oktober 2011. Maka lengkaplah pengembaraan Bonda ke semua ibu negeri di Malaysia. Bonda dapat sampai ke Kuching kerana melaksanakan penggumpulan data untuk projek rintis PROSPEK KPM. 
Salah satu tempat yang menarik adalah Dewan Undangan Negeri Sarawak. Ia adalah dewan perundangan tertua di Malaysia. Nak tau sejarahnya, klik lah kat sini. Bonda sekadar pandang daripada jauh aje.


  Inilah Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Kenangan Bonda bersama Dewan Undangan Negeri Sarawak daripada Kuching Waterfront.

Pada suatu petang tu, Bonda duduk melepak di Kuching Waterfront, mengadap Dewan Undangan Negeri (DUN). Hajat hati nak tenguk sunset kat situ tapi tak nampak pun, salah tempat agaknya. Jadi banyaklah shoot DUN yang dapat diambil.

 
 Kapal Sarawak Cruise sedang melepasi DUN. Jika dah sampai kat Kuching Waterfront tu, jangan lepas peluang naik cruise ni. Dia bawa jalan-jalan menyusuri Sungai Sarawak. Bonda survey aje dulu.
 

 Yang ini, Sampan Sarawak Cruise yang melintasi DUN.
Itulah serba sedikit kenangan di DUN. Cantik bangunannya. Okaylah, lain kali Bonda shared gambar yang lain pulak. Kita rehat seketika.

Sunday, September 18, 2011

Laluan Alternatif Batu Pahat, Johor Ke Kuala Terengganu

Sambutan hari raya Bonda pada tahun ini, 2011 yang agak berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini menyebabkan Bonda mencari-cari maklumat jalan pintas (mungkin) daripada Batu Pahat ke Kuala Terengganu tanpa melalui Kuala Lumpur (itu kebiasaannya) dan juga Segamat. Tahun ini Bonda berada di Parit Sulong, Batu Pahat Johor pada hari raya pertama dan perlu berada di Kuala Terengganu pada hari raya kedua. Itu planning Bonda dengan anak-anak. Suami Bonda ok aje. Laluan ini diberi oleh anak saudara Bonda, suami Liza. Keluarganya tinggal di Temerloh Pahang. Jadi dia biasalah guna laluan ini.

Meredah laluan alternatif iaitu jalan-jalan kampung, pekan dan bandar daripada Parit Sulong, Batu Pahat Johor ke Kuala Terengganu, telah membuatkan Bonda amat menghargai kehadiran lebuhraya. Perasaan itu wujud kerana Bonda nak cepat-cepat sampai ke kampung Bonda. Jika perjalanan itu berlaku dalam suasana yang lebih santai, pastinya ia satu pengalaman yang menyeronokkan. Ya lah dapat tenguk dan tinjau permandangan setempat.

Daripada Parit Sulong, Bonda ambil exit Pagoh, menuju ke Kuala Lumpur. Selepas tu, daripada Lebuhraya Plus Kuala Lumpur - Seremban, Bonda ambil exit Jasin. Kita berehat sekejap sambil mengenali Jasin.

Jasin
Jom kita kenali Jasin. Bonda sangkakan Jasin hanyalah pekan atau bandar biasa aje. Rupanya ada daerah yang namanya Jasin dan ada juga bandar yang namanya Jasin. Daerah Jasin terletak dalam negeri Melaka dan bersempadan dengan negeri Johor. Daerah Jasin mempunyai 20 mukim iaitu Ayer Panas, Batang Melaka, Bukit Senggeh, Chabau (Asahan), Chin-Chin, Chohong, Jasin, Jus, Kesang, Merlimau, Nyalas, Rim, Sebatu, Selander, Sempang, Semujok, Serkam, Sungai Rambai, Tedong dan Mukim Umbai.

Daerah Jasin mempunyai dua (2) buah bandar iaitu Bandar Jasin dan Bandar Merlimau, serta 10 buah pekan iaitu Sungai Rambai, Umbai, Bemban, Chin-Chin, Simpang Bekoh, Asahan, Nyalas, Selander, Batang Melaka, dan Kesang Pajak.

Selain daripada sekolah-sekolah rendah dan menengah yang biasa-biasa, Daerah Jasin mempunyai institusi pendidikan yang menarik.
Pendidikan menengah:
  • MRSM Tun Ghafar Baba
  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Selander
Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA):
  • Politeknik Merlimau
  • Universiti Teknologi MARA
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Kolej Komuniti Selander
Unit Badan Pertahanan:
  • Pusat Lagenda Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Asahan

Tempat pelancongan utama dalam Daerah Jasin adalah Gunung Ledang. Maksudnya anda dapat mendaki Gunung Ledang melalui Daerah Jasin. Maksudnya anda dapat mendaki Gunung Ledang melalui Daerah Jasin. Caranya, daripada Asahan Melaka, masuk ke sebelah kanan menuju ke Gunung Ledang. Anda boleh mula dari kolam air di Kampung Asahan. Ni pakcik Google yang bagi tau. Bonda belum pernah sampai kat Gunung Ledang. Selama ni Bonda sangka, jika nak daki Gunung Ledang, kita perlu pergi ke Johor. Naik kat mana, tak tahulah Bonda.

Sambung kembali perjalanan kita. Daripada Jasin, Bonda ikut sign board menuju Selandar.


Daripada Selandar, Bonda menuju Gemenceh. Gemenceh adalah sebuah pekan dalam Daerah Tampin, Negeri Sembilan. Penduduk asal memanggil Pekan Gemenceh sebagai "Simpang" kerana terdapat tiga simpang iaitu Tampin, Gemas dan Gemenceh Lama.
Kat sini ada Maktab Rendah Sains MARA Gemenceh, Institut Tahfiz Al-Quran Gemenceh, Kolej Komuniti Tampin, Gemenceh. Itu yang menarik perhatian Bondalah.

Daripada Gemenceh, Bonda teruskan perjalanan menuju Bahau.

Daripada Bahau, Bonda menuju Kemayan.

Daripada Kemayan, redah aje kerana matlamatnya menuju ke Temerloh.

Tak sabar rasanya nak jumpa Lebuhraya Pantai Timur untuk balik ke Kuala Terengganu.
Bila dah jumpa lebuhraya tu, seronoknya. Bonda ceritakan laluannya sehingga Lebuhraya Pantai Timur ajelah. Selepas tu dah tak mencabar lagi bagi Bonda kerana dah biasa laluannya. 

Semua laluan ni Bonda refer kepada buku ni, 
GPS manual.
So, jumpa lagi di lain entri. Dah penat cerita.

Tuesday, September 6, 2011

Shopping Time Di Kuala Lumpur


Pernah sampai kat sungai yang banyak duit kat Kuala Lumpur? Itulah Sungei Wang Plaza. Memang banyak duit, lubuk emas kerana kat situ banyak kedai kegemaran wanita. Pelanggannya ramai berbangsa Cina dan orang muda-muda sebabnya pakaian yang dijual adalah fesyen anak muda.

Dulu, akhir tahun 2010, Bonda kerap datang kemari, menemani anak-anak. Harga pakaiannya dalam bajet Bonda, cantik juga dan mudah di dapati di sini. Tapi lengguh lutut jugalah, masuk kedai keluar kedai, mencari yang sesuai, sepadan dan menarik.

Kat Sungei Wang Plaza ni boleh dapat sehelai blaus atau baju yang cantik dengan harga RM25. Jika datang shopping kat sini, tak perlu risau tentang tempat solat atau surau. Suraunya dah cantik, ada kat tingkat lima (5).

Lokasi

Ini peta lokasinya. Anda boleh juga dapatkan direction daripada pakcik Google Map.
Kebiasaannya Bonda ambil highway Kuala Lumpur - Seremban (menghala ke Kuala Lumpur) daripada rumah Bonda. Selepas bayar tol di Sungai Besi Tol, Bonda akan ambil SMART Tunnel. Ada tol lagi (RM2.00). SMART Tunnel akan mengakhiri laluannya pada dua (2) lokasi iaitu Jalan Sultan Ismail @ Bukit Bintang dan Jalan Tun Razak @ KLCC. Ambil lorong Jalan Sultan Ismail untuk pergi ke Sungei Wang Plaza. Keluar di penghujung SMART Tunnel, ada traffic light, sebelah kiri ke Times Square dan ke depan sikit, dah sampai ke kawasan Bukit Bintang dan Sungei Wang. Ini sebagai panduan ringkas bagi yang kali pertama nak pergi ke Sungei Wang Plaza daripada tol Sungai Besi.

Jika nak naik monorail pun boleh jugak. Stesyen monorail yang paling hampir adalah Bukit Bintang. Bonda belum pernah guna monorail untuk sampai ke sini, dapat informasi daripada pemerhatian aje. Jika anda guna LRT daripada Seri Petaling atau Ampang, anda perlu turun di stesyen Hang Tuah untuk tukar guna monorail. Itu ajelah yang Bonda tahu kerana itulah laluan Bonda.

Shopping Raya
Pengalaman shopping raya di Sungei Wang Plaza pada tahun ini, 2011 telah memberitahu Bonda sesuatu tentang tempat ini. Walaupun pelanggannya ramai yang bukan muslim, tempat ini sesak, nak masuk dan nak keluar pun sangkut dalam kesesakan trafic. Serik rasanya. Dua kali Bonda kena, kali pertama pada 21 Ramadan dan kali kedua pada 27 Ramadan.


21 Ramadan 1432H (21 Ogos 2011), Bonda pergi shopping raya bersama dengan anak bongsu, Insyirah di Sungei Wang Plaza. Kami bergerak lebih kurang pukul 11.00 pagi Ahad untuk elakkan kesesakan lalulintas dan mudah sikit dapat parking. Kenapa pilih Sungei Wang Plaza? Anak Bonda tu nak cari baju raya moden seperti blaus. Jadi kat Sungei Wang lah banyak pilihannya dan yang penting, dalam bajet Bonda.

Pengalaman yang tak dapat dilupakan adalah pergerakan kereta macam kura-kura daripada parking atas bumbung Sungei Wang Plaza ke bawah.yang mengambil masa 45 minit. Itupun Bonda keluar parking dalam pukul 3.30 petang. Bila sampai ke bawah, sesak lagi dan berebut-rebut lagi untuk sampai ke persimpangan Penjara Pudu atau Balai Polis Jalan Hang Tuah. Serik rasanya.

27 Ramadan 1432H (27 Ogos 2011), Bonda pergi sekali lagi ke Sungei Wang. Kali ni dengan anak ketiga, Ilya. Kami keluar rumah dalam pukul 2.00 petang pada hari Sabtu. Andaian, orang dah ramai balik kampung, jadi jalan kat Bukit Bintang tu tak sesaklah. Tekaan meleset. Hampir sejam sangkut (dah ada kat bawah Sungei Wang Plaza) sebelum dapat masuk parking. Akhirnya Bonda buat keputusan berpatah balik aje kerana pukul 3.00 lebih belum dapat parking kereta lagi, lepas tu pukul 4.30 petang mesti keluar dari parking pulak sebab nak pergi berbuka kat hotel.

Pengajaran yang Bonda dapat, jika nak shopping di Sungei Wang Plaza, hari terbaik adalah hari Ahad sebelum lunch time. Jika tak dapat penuhi, naiklah kenderaan awam.
So itulah pengalaman shopping raya Bonda. Jumpa lagi di lain entri.

Thursday, October 21, 2010

Culture Shock At Labuan

Inilah menu dalam flight MAS pada 23 September 2010, semasa Bonda dalam perjalanan pulang dari Labuan ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA).
Masa penerbangannya lebih kurang 2 jam 20 minit, so menu nya berat sikitlah.

Entri ni masih lagi cerita trip Bonda Ke Labuan. Sorry lah kerana asyik-asyik cerita Labuan. Sabar ajelah ya. Bonda terlalu teruja (excited) bila dapat pergi ke Labuan dan rasanya macam kali ini pertama dan terakhir, very slim chance that I will vist Labuan again. Walaupun Bonda berada 3 hari 2 malam aje di Labuan, banyak yang nak dikongsi bersama maklumlah "Sharing Is Caring".

Penginapan :
Bonda tinggal di rumah tamu Kolej Matrikulasi Labuan. Mari kita meninjau-ninjau Kolej Matrikulasi Labuan.
Ni Kolej Matrikulasi yang ke-4 yang Bonda dah sampai, semuanya berlaku dalam tahun 2010 bermula bulan Januari.
1st, Bonda sampai di Kolej Matrikulasi Pahang, 2nd, Kolej Matrikulasi Johor, 3rd, Kolej Matrikulasi Perak dan terakhir setakat ini, Kolej Matrikulasi Labuan. Hanya photos and stories Kolej Matrikulasi Perak dan Labuan aje yang sempat Bonda rakam dan abadikan.
Kolej Matrikulasi Labuan taklah seluas kolej-kolej matrikulasi yang lain. Kawasannya rata.
Ni adalah permandangan dari pintu masuk utama kolej. Bangunan yang tersergam tinggi dan indah tu adalah bangunan pentadbiran. Bilik-bilik kuliah pun kat situ juga (Bonda agaklah). Bonda tak sempat nak tour kawasan secara official, punyalah tekun melaksanakan misi.
Ini juga pandangan dari pintu masuk utama kolej tapi menghala stadium (mini stadium) dan asrama lelaki.
Ini mini stadium kolej tapi banyak menyumbang kepada komuniti setempat. Awal-awal tahun dia menjadi rebutan sekolah-sekolah untuk mengadakan hari sukan kat situ. Secara tidak langsung Kolej Matrikulasi membina hubungan dengan sekolah setempat. Mungkin juga boleh memberi satu motivasi kepada pelajar sekolah untuk menuntut di Kolej Matrikulasi. Di negara luar contohnya Kanada, kemudahan di sekolah diguna oleh komuniti setempat dah lama diamalkan (berdasarkan pengalaman lawatan singkat Bonda ke Kanada pada tahun 2008).
Ini salah satu asrama pelajarnya. Bilangan asrama tak banyak sebab pelajarnya pun tak ramai.
Student's cafeteria cuma ada 3 aje.
Students pun datang daripada Sabah dan Sarawak selain daripada Labuan sendiri.

Rumah tamunya besar, luas dan banyak bilik tidur.
Master bedroom
Master bedroom junior
Siap ada kipas dan penyaman udara lagi.
Rumah sebesar macam ni Bonda tidur 1 orang aje. Sebabnya Bonda datang berdua dengan boss iaitu Ketua Penolong Setiausaha Unit Penilaian PTK dan kebetulan dia pulak lelaki. Tidur malam sorang-sorang, pasang tv lah jawabnya sampai pagi dan tidur kat atas sofa.

Rumah yang sebesar dan secantik macam ni tak ada disediakan sejadah. Iron and iron board juga tak ada. Nasib baiklah bawa baju yang agak-agak tak perlu digosok. Agak kecewa jugalah. So far, rumah tamu Kolej Matrikulasi Perak yang paling best, semua ada.

Disebabkan jam di tangan menunjukkan waktu yang sama dengan semenanjung, Bonda selalu tertipu. Waktu di Labuan cepat 1 jam (mengikut jam matahari). Jadi bila datang ke Labuan, tanya penduduk setempat waktu-waktu solat sebelum terlewat.

Sesuatu yang menariknya di Labuan adalah pemandu-pemandu kenderaannya.
Pemandu-pemandu kereta di Labuan sangat berhemah semasa memandu. Kenapa Bonda kata begitu? Sebabnya mereka bawa kereta dengan kelajuan antara 50 km/j - 60 km/j. Speed ni bukan di jalan yang sesak atau jammed (jalan biasa-biasa). Bonda, yang jadi penumpangnya, yang naik tension. Bagi orang Kuala Lumpur, ni slow lah. Mereka memandu dengan kelajuan macam tu mungkin kerana pulau Labuan tu kecil aje, jalan pun tak sesak, nanti cepat pula sampainya sebelum sempat menikmati perjalanan itu. Tapi satu yang kurang best (pengalaman rakan Bonda), pemandu ni, bila dah betul-betul dekat nak masuk simpang, baru beri signal. Hoooo ni memang tension lah bagi Bonda.

Apa barang yang murah kat Labuan ni? Jawapan daripada teman Bonda yang bermastautin di Labuan, hanya tiga (3) barang aje iaitu kereta, rokok dan arak. Tak kan pula nak beli kereta sebagai souvenir. Akhirnya Bonda beli yang ini .....
Kain ela untuk dibuat sepasang baju.
Kata penjual tu, ni kain thai silk yang washable punya. Harganya RM100. Bila fikir banyak kali, banyak mahallah kain tu. Jadi jika ada sesiapa yang nak datang ke Labuan, tak payahlah kirim apa-apa. Even coklatnya tak semurah di Langkawi.

Mahallah barang kat Labuan ni. Upah jahit baju kurung biasa-biasa dah RM75. Tailor Bonda kat KL, masih boleh beri harga di bawah RM40. Dry clean baju kurung sepasang RM22 di Labuan. Betul ke yang Bonda dengar ni? Takutlah nak tinggal kat Labuan sebab cost of living (kos sara hidup) tinggi.

Makanannya? Selera kurang terbuka jika makan luar seperti di gerai makan/ warung/ restoran. Sepanjang Bonda tinggal di Labuan, Bonda makan malam kat kafeteria pelajar. Telan ajelah untuk kelangsungan hidup. Tapi ada satu malam tu, makan kat restoran tepi laut, makan seafood lah jawabnya. Lupa nama tempatnya. Kedai-kedai makan kat sini cepat tutup, pukul 9.00 malam dah tutup.

Satu lagi penemuan Bonda di Labuan ni adalah isu air bersih.
Air kurang di Labuan. Setiap hari antara 10 - 12 lori tangki air akan hantar air ke Kolej Matrikulasi Labuan.

Sebagai rekod, kedatangan Bonda di Labuan menggalas tugas besar iaitu memberi penerangan tentang pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) kaedah pencerapan kepada warga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Kolej Matrikulasi Labuan. Bonda datang pada 21 hingga 23 September 2010. Walau apa-apa pun, Bonda enjoyed sepanjang berada di Labuan.

Wednesday, October 20, 2010

Apa Menariknya Labuan

Labuan. Apa ada di Labuan? Apa yang menarik dan uniknya Labuan?
Itulah soalan-soalan yang Bonda ajukan kepada orang yang bermastautin di Labuan apabila Bonda sampai buat pertama kalinya di Labuan.

Jika anda berpeluang sampai di Labuan, mesti singgah kat tempat ni .......

Kampung air, tempat yang menarik dan uniknya di Labuan.
Inilah kampung air pertama bagi Bonda walaupun kat Kota Kinabalu pun ade juga, tapi tak pernah sampai pun walaupun dah sampai kat Kota Kinabalu.

Rupa-rupanya sama juga bagi "pemandu pelancong" Bonda, ni first time dia sampai kat kampung air. Inilah rakan yang bonda maksudkan....
Namanya Wan Hanisah, orang Kelantan.
Dia bermastautin kat Labuan dah lebih 10 tahun.
Dia adalah salah seorang tenaga pengajar di Kolej Matrikulasi Labuan.

Bestlah jika dapat sebuah rumah macam ni, betul-betul dekat dengan air.
Bonda memang suka tinggal di rumah yang dekat dengan pantai ke, laut ke, sungai ke, apa tah lagi rumah kat atas air.


Hmmm ..... Tuan punya rumah atas air ni kena bayar cukai tanah juga ke?
Persoalan yang tidak terfikir semasa di Labuan. So tak adalah jawapannya sehingga kini.
Piring astro memang mesti dipasang di rumah-rumah kat sini kerana saluran tv tak banyak pilihan, balik-balik channel tu jugak.

Di kampung air ni, semua ada seperti surau ....

... tadika Kemas ...

... tiang elektrik jalan pun ada ....

Jalan atau lorongnya dibuat daripada konkrit.
Kiranya kukuhlah, motosikal boleh lalu.

Rumah mereka pun ada nombor rumah juga, macam rumah ni ....

Kereta parking kat belakang rumah. Kat depan rumah parking yang ini ......
HoooYooo, bestnya. Kat semenanjung seperti KL, jika ada bot, kena parking kat Port Dickson.
Sewa parking bot aje setiap bulan dah puluh ribu ringgit.
Ni rate parking kat Hotel Avillion Admiral Cove Port Dickson lah.

Ini permandangan dari belakang rumah.
Bilik atau pondok kecik-kecik tu adalah tandas/ bilik air bagi setiap rumah.
Mereka tak perlulah banyak bilik kecik sebab jika berlaku kecemasan, boleh direct aje (agak Bonda lah). Jangan marah. Ada emergency exist.
Macam mana rupa dalam bilik kecik?
Maaflah tak dapat didedahkan kerana tidak berkesempatan.
Bonda merayau-rayau dengan Wan Hanisah aje. So pandangan luar ajelah.

Ada satu benda lagi yang Bonda "tabik spring" kepada penduduk Kampung Air Patau-Patau ni.
Semangat patriotik warga penduduknya. Lihatlah sendiri ....

Bonda sesat jugalah semasa cari jalan pulang sebab banyak sangat lorongnya.
Dahlah tu tak ada nama lorong pulak tu.
Dalam sesat-sesat tu, terjumpalah rumah ni ...
Rupa-rupanya rumah ni sedang dalam proses renovation.

Bonda sangat-sangat berpuas hatilah dapat meninjau-ninjau di kampung air.
Mungkin sekiranya Bonda berkhidmat di Labuan, Bonda akan tinggal atau menyewa di kampung air.

Kampung air boleh dijadikan salah satu daya tarikan pelancong ke Labuan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...