Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

Jawatan Kosong Di Kementerian Pelajaran Malaysia

Ni ada kerja kosong di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Kami tak adalah nak iklan dalam surat-surat khabar sebab kekosongannya tak adalah banyak sangat. Kami beritahu dari mulut ke mulut aje.

Anda mempunyai asas @ basic programmer? Jika ya, andalah yang kami cari-cari. So apa tunggu lagi? Oh, nak tahu lebih lanjut ya. Inilah perinciannya:
  1. Tugas utama - membantu membangunkan/ membina sistem @ aplikasi yang dapat digunakan secara on line (bukan stand alone).
  2. Kelayakan minima - mempunyai asas @ basic programmer.
  3. Gaji yang ditawarkan - RM100 sehari jika anda mempunyai sekurang-kurangnya diploma.
  4. Status jawatan - kontrak selama tiga (3) bulan.
  5. Nama jawatan - Pegawai Sambilan Harian.
  6. Office hour - 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
  7. Tempat bertugas - Kementerian Pelajaran Malaysia di Cyberjaya, Selangor.
  8. Bila mula - secepat mungkin selepas terima tawaran.
  9. Apa yang perlu dilakukan jika berminat - hantar resume / curriculum vitae (CV) ke sabariah.abd@moe.gov.my dengan kadar segera.
Anda berminat?
Bonda rasa kerjaya programmer ni ada potensi yang besar. Permintaan supaya sistem / aplikasi dibangunkan memang banyak. Jika dapat, banyak perkara nak dijadikan on line tapi tak ramai programmer yang ada. Apa asas Bonda kata begitu? Sebabnya, sebelum Bonda tulis entri ini, Bonda dah letak notis kekosongan jawatan ini dalam group Facebook yang jumlah ahlinya melebihi 1,000 orang. Tapi tiada satu pun borang permohonan yang Bonda terima.

Okaylah dulu. Semoga anda dapat membantu kami. Jika anda tidak berminat atau tidak layak, panjang-panjangkanlah tawaran ini. Jumpa lagi.

Thursday, December 9, 2010

Tugas Pertama Talent Corporation

"Talent Corporation" Tergambar satu company yang mengambil dan menguruskan bakat-bakat muda dalam bidang hiburan. Itu kefahaman majoriti orang muda, belia dan remaja Malaysia yang biasa-biasa. Tapi Talent Corporation yang akan Bonda bincangkan adalah perkara lain. Talent Corporation ada disebutkan dalam Rancangan Malaysia ke-10. Talent Corporation (TC) ni adalah satu organisasi/badan yang diberi mandat untuk menarik, memotivasi dan mengekalkan modal insan berkemahiran yang diperlukan bagi mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi. TC akan ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Dengar-dengar cerita, TC dah ada calon yang paling layak sebagai tugasan pertamanya. Calon yang Bonda maksudkan adalah Tan Sri Hassan Merican, bekas Presiden dan CEO Pertonas.
Disebabkan nak penuhi permintaan/ kepentingan seorang atau beberapa kerat rakyat Malaysia, kita kehilangan dia ke tangan Singapura. Tan Sri Hassan Merican tidak rugi apa-apa apabila dia dikeluarkan daripada Petronas, malah rezekinya bertambah lagi. Dia sekarang dilantik sebagai non executive director of SembCorp Singapore yang dikawal oleh Temasik Holding. Dengar khabar, dia jadi orang ke-2 dalam company tu dan gajinya ..... dia boleh tulis berapa yang dia nak sebab dia diberi cek kosong yang bertandatangan.

Kenapa boleh jadi begitu ya? Maksud Bonda, kita kehilangan Tan Sri Hassan Merican. Jika dia tak pandai buat kerja pastinya Singapura tak akan ambil dia. Lu fikirlah sendiri. Anyway, baguslah jika kerajaan nak ambil dia kembali berkhidmat di Malaysia.

Mengikut sumber bacaan Bonda yang boleh dipercayai, ceritanya berlaku lebih kurang 10 tahun yang lalu. Ada seorang boss (orang atasanlah) membuat komen iaitu Petronas tidak banyak membantu kontraktor Melayu. Jadi dia mintalah Tan Sri Hassan Merican tolong kontraktor Melayu ni. Jawapan yang diberi oleh Tan Sri Hassan Merican, "Please talk to our procurement guys. Just follow our procedures." Dengan kata mudah, tiada sebarang keistimewaan. Jika menepati semua syarat, dapatlah projek tu. Petronas mempunyai syarat yang ketat dan tapisan yang mantap dalam meluluskan sebarang kontrak Petronas. Ini tidak bermakna tiada syarikat/kontraktor Melayu yang dapat projek Petronas. Akibat daripada ketegasan Tan Sri Hassan Merican dalam menjaga amanah rakyat Malaysia, faham-fahamlah sendiri.

Sedar dan tahukah anda tentang kejayaan Petronas semasa di bawah kepimpinan Tan Sri Hassan Merican? Petronas banyak membuat pelaburan di luar negara. Lebih daripada 20% hasil Petronas datangnya dari pelaburan operasinya di luar negara. Hinggakan Petronas tersenarai dalam Top 10 companies yang paling menguntungkan di dunia. Bangganya rasa jadi rakyat Malaysia walaupun itu bukan usaha Bonda. Tun Dr Mahathir hanya mampu membantu memperkenalkan Petronas ke luar negara. Tindakan selanjutnya iaitu mengeluarkan minyak dari tanah diuruskan oleh Tan Sri Hassan Merican. Inilah bukti Petronas berjaya menghasilkan world class business and management skill.

Bonda bersetuju dengan pendapat kawan Bonda ni, Syed Akbar Ali, kejayaan ini hasil usaha, pengurusan dan kepimpinan Tan Sri Hassan Merican dan diikuti dengan keizinan Allah. Jika tidak, tak kanlah Singapura sambar dia begitu cepat sekali.

Bonda doakan semoga Tan Sri Hassan Merican sudi kembali berkhidmat di Malaysia.

Wednesday, December 8, 2010

Pengganti Penilaian Tahap Kecekapan

Sejak Perdana Menteri YAB Dato' Sri Najib Razak mengumumkan pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) semasa pembentangan Belanjawan 2011 pada 15 Oktober 2010, banyak pertanyaan dan tohmahan dilontarkan kepada Bonda dan organisasi Bonda. Maklumlah organisasi Bonda menguruskan pelaksanaan PTK kepada warga kementeriannya. Antara tohmahannya, "habis tu you all tak ada kerjalah sebab PTK dah dimansuhkan." Silap besar tu kerana YAB Dato' Sri Najib Razak ada mengatakan yang suatu bentuk penilaian baru akan diperkenalkan menggantikan PTK.

Sebenarnya, organisasi Bonda lah yang banyak menerima kesan daripada pemansuhan PTK ni. Sebabnya kami mesti mengubah banyak perkara, antaranya adalah ...
  • visi dan misi organisasi;
  • piagam pelanggan;
  • pelan strategik organisasi
  • skop pelaksanaan MS ISO 9001:2008;
  • Anggaran Belanja Mengurus tahun 2011;
  • manual prosedur kerja

Selagi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) belum keluarkan apa-apa pekeliling berhubung kaedah penilaian yang baru, perkara yang Bonda sebut kat atas tu tidak dapat dilaksanakan. Walau bagaimanapun, boss besar Bonda tidak amalkan prinsip "tunggu dan lihat". Dia membuatkan kami berfikir dan memberi cadangan apakah bentuk atau kaedah penilaian yang sesuai bagi warga kementerian kami. Kami juga telah menjalankan mesyuarat yang melibatkan pegawai-pegawai di peringkat negeri pada awal Disember baru-baru ini. Kami dapatkan pandangan dari akar umbi apakah bentuk penilaian yang sesuai buat mereka dan kami. Bonda sendiri akan menjalankan soal selidik secara on line untuk dapatkan pandangan staff kami (seluruh Malaysia) apakah kaedah penilaian yang sesuai buat mereka. Projek Soal selidik tu dah masuk peringkat pemurnian soalan-soalan yang dikemukakan. Bila dah dipersetujui oleh pihak pengurusan organisasi Bonda, barulah soal selidik itu dapat di up load kan. Target Bonda, by end of December 2010, soal selidik itu dapat di up load kan.

Hari ini (8 Disember 2010, Rabu), bayangan bentuk penilaian yang menggantikan PTK dah dikeluarkan oleh JPA dalam surat khabar. JPA kata ...
  • penilaian itu akan mengambil kira 'keunikan' setiap jabatan;
Mengikut firasat Bonda, ia bermaksud penilaian berasaskan job based and work place. Contohnya, penilaian bagi pentadbir gred 48 di institusi pendidikan akan berbeza dengan penilaian bagi pentadbir gred 48 di kementerian. Ini kerana bidang tugas mereka berbeza. Penilaian yang Bonda maksudkan adalah soalan atau instrumen yang digunakan untuk menilai.
  • penekanan kepada pencapaian individu dalam tugas hakikinya;
Mengikut ramalan Bonda, Sasaran Kerja Tahunan (SKT) akan dikuatkuasa sepenuhnya. Dahlah tu, sistem pemantauan status pencapaian oleh penyelia akan ada. Kami dah amalkan borang kawalan kerja dalam memastikan tiada perkara yang terlepas pandang.
  • subjek kenegaraan diteruskan;
Bonda bersetuju. Hal-hal berkaitan dengan dasar, pengetahuan am dan asas sebagai rakyat Malaysia juga perlu diambil tahu oleh penjawat awam.

Menurut akhbar itu lagi, JPA diberi masa sehingga Jun 2011 untuk mengemukakan sistem penilaian baru kepada kerajaan. Nama sistem belum ada lagi. Tapi apalah ada sangat dengan nama, yang pentingnya objektif penilaian itu. Pada pandangan Bonda, suatu bentuk penilaian perlu ada untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan penjawat awam.

Di sini Bonda mahu mengimbau kembali objektif PTK. Antaranya adalah ...
  • menggalakkan pembangunan diri penjawat awam melalui pembelajaran berterusan;
  • meningkatkan budaya organisasi pembelajaran;
  • melaksanakan pengurusan sumber berasaskan kompetensi

Bonda sangat bersetuju dengan objektif PTK tu. Yang silapnya PTK dulu tu (pada pandangan Bonda) adalah ganjaran kewangan diberikan kepada yang cemerlang. Bagi Bonda, penilaian merupakan satu cara ...
  • untuk memastikan penjawat awam sentiasa berusaha meningkatkan kualiti diri,
  • supaya penjawat awam tidak berada dalam zon selesa,
  • dapat membezakan penjawat awam yang berkualiti dengan yang kurang berkualiti supaya pengiktirafan boleh diberi kepada yang berkualiti.
Ganjaran berbentuk kewangan perlu dielakkan. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan kita kerana Allah mahu kita sentisa lebih baik daripada semalam.

Saturday, December 4, 2010

Guru Sandaran Tidak Terlatih Mesti Tahu

Dalam akhbar Berita Harian pada 3 Disember 2010 melaporkan, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi menyampaikan berita baik buat semua Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) iaitu:
  1. Guru GSTT akan diserap ke jawatan tetap secara berperingkat. Keutamaan diberi kepada guru GSTT yang sudah berkhidmat lebih daripada tiga (3) tahun.
  2. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menyelaras latihan kepada guru GSTT dengan lebih sistematik. Oleh itu Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) tidak dibenarkan melatih guru GSTT lagi.
  3. Kontrak guru GSTT yang berakhir pada tahun ini tidak akan diberhentikan. Malah kontrak guru GSTT yang telah tamat tempoh perkhidmatan mungkin akan ditarik balik.

Inilah yang dinanti-nanti oleh guru GSTT. Siapa guru GSTT ni?
Guru GSTT adalah guru yang belum pernah menjalani perguruan secara formal. Dengan kata lain, mereka tidak mempunyai sijil/ diploma/ ijazah pendidikan tetapi diberi tanggungjawab untuk mengajar/ mendidik. Kebiasaannya mereka berkhidmat sebagai guru ganti di sekolah atau institusi pendidikan.
Guru ganti terpaksa diambil untuk mengatasi masalah kekurangan guru dalam bidang-bidang tertentu. Mereka terikat dengan kontrak.

Jika ada guru GSTT, pastinya ada juga guru GST iaitu Guru Sandaran Terlatih. Guru GST adalah guru yang baru menamatkan pengajian, mempunyai sijil/ diploma/ ijazah pendidikan, sedang berkhidmat di sekolah/ institusi pengajian, dan sedang dalam proses untuk disahkan kepada jawatan sebenar.

Menurut Dr Mohd Puad Zarkashi, terdapat ramai guru GSTT yang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah. Pengambilan guru GSTT dibuat oleh JPN. Jika anda berminat nak jadi guru, dah pergi interview/ ujian nak jadi cikgu beberapa kali tetapi gagal, mohonlah untuk jadi guru GSTT. Borang permohonannya ada di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang berhampiran.
Jika anda mempunyai ijazah dalam kejuteraan seperti elektrik, mekanikal, anda boleh memohon untuk mengajar di politeknik. Bonda kurang arif di mana boleh dapatkan borang permohonan kerana politeknik di bawah Kementerian Pengajian Tinngi.
Mudah-mudahan bahan ini memberi sedikit manfaat yang berguna buat anda.

Tuesday, November 30, 2010

Aku Bakal Miliki KLCC Melalui Amanah Hartanah Bumiputera

Sekaranglah peluang Bumiputera memiliki hartanah komersil di lokasi yang strategik. Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak telah melancarkan dana pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bersaiz RM1 bilion pada 29 November 2010 di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.

Apa itu Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)? AHB lahir daripada hasrat kerajaan supaya ekonomi/ kekayaan rakyat Malaysia tidak tertumpu kepada golongan atasan semata-mata. Dengan adanya AHB, pelabur Bumiputera dapat menyertai pemilikan aset hartanah terutama bagi hartanah komersil. Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak telah menyebut tentang AHB semasa pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober 2010.

Hasil daripada sedikit bacaan yang Bonda buat, Amanah Hartanah Bumiputera ni ....
  1. berlandaskan syariah/Islam;
  2. Harga seunit adalah RM1 dan harganya tetap;
  3. pelaburan minimum adalah RM500, tambahan RM100 dan had maksimum adalah RM200,000;
  4. Jangkaan pulangan tidak kurang daripada 6%;
  5. Terbuka kepada Bumiputera yang berumur 3 bulan ke atas;
  6. Jika nak tahu lebih lanjut, kunjungilah ke mana-mana cawangan Maybank atau lawati Maybank.
Jadi apa tunggu dan lihat lagi. Ayuh kita sama-sama pergi Maybank, tambah-tambah lagi duit bonus RM500 (untuk orang gomen aje) dah nak keluar. Jom Jom

Monday, November 29, 2010

Kereta Hibrid Keluaran Malaysia

Tajuk akhbar yang menarik perhatian Bonda pada hari ini, 29 November 2010 adalah "PROTON keluar 200 kereta hibrid Januari depan" di Berita Harian.

Apa tu kereta hibrid (hybrid car)? Bonda belum buat study betul-betul lagi. Berdasarkan ilmu Bonda yang panjang sejengkal ni, kereta hibrid tu adalah kereta mesra alam yang mana asapnya tidak mencemarkan alam sekitar contohnya macam kereta yang guna kuasa bateri sebagai power nya.
Berbalik kepada topik kita kali ini, kereta hibrid buatan Malaysia ni belum boleh dibeli lagi. Kereta ini akan digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan mulai Januari 2011. Kenderaan ini menjadi tikus putih iaitu bahan kajian PROTON Holding Bhd (PROTON) sebelum ianya dijual di pasaran domestik dan antarabangsa.

Setiap unit kereta hibrid itu akan dipantau oleh pihak PROTON dari aspek teknikal dan prestasinya. Bila dah puas hati (penambahbaikan pun dah dibuat), barulah PROTON akan keluarkan secara komersial.
Haaa... ni baru betul dan Bonda suka, buat kajian betul-betul dulu, barulah pasarkan.

Bonda memang berminat dengan hal yang berkaitan mesra alam. Bolehlah Bonda mula menabung untuk memiliki sebuah kereta hibrid buatan Malaysia apabila ia dilancarkan kelak. Harganya mungkin di bawah RM100k seunit.

Bonda beri tabik spring kepada Pengarah Urusan PROTON, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan krewnya atas usahanya merealisasikan idea bernas ini.
Semoga PROTON terus maju dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.
Malaysia Boleh!

Sunday, November 28, 2010

Pembantu Rumah Perlu Ada Insuran Kesihatan

Mulai 1 Januari 2011, pembantu rumah juga perlu ada insuran kesihatan. Hari ini dalam akhbar (Bonda baca Kosmo, Ahad 28 November 2010 dan juga dengar berita dalam tv) Kerajaan akan mewajibkan pekerja asing memiliki insuran kesihatan.
Bagus tu tapi yang kurang bagusnya majikan yang perlu membayarnya bagi pembantu rumah dan sektor perladangan. Walaupun hanya RM120 setahun (itu yang surat khabar cakap), ianya akan membebankan majikan pembantu rumah (pada pandangan Bonda) kerana ...
  1. tiada jaminan yang pembantu rumah itu akan bekerja dengan majikan yang sama sekurang-kurangnya 1 tahun;
  2. majikan adalah kakitangan kerajaan yang berpendapatan sederhana sahaja;
  3. majikan itu adalah single parent;
Nampak gaya, para majikan perlu membuat SWOT analysis bagi menangani isu ini. Tanya pakcik Google jika tak tahu apa itu SWOT analysis. Apa-apa pun, mengadu pada Allah semoga Dia memudahkan segala urusan kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...