Showing posts with label Latihan Dihadiri. Show all posts
Showing posts with label Latihan Dihadiri. Show all posts

Saturday, July 23, 2011

Memori Kursus Audit Dalam MS ISO 9001:2008

Gambar menceritakannya. Itulah yang Bonda mahu sampaikan dalam entri ini.
Gambar-gambar ini Bonda ambil semasa kursus Audit Dalam MS ISO 9001:2008 di INTAN Bukit Kiara.
Kualiti gambarnya mungkin kurang baik kerana Bonda rakamkan menggunakan iPhone aje.

Inilah cikgunya, Ms Sivanesuvary.
Cara pengajarannya telah membuatkan Bonda lebih faham tentang Audit Dalam MS ISO 9001:2008. Best class nya, full mark.
Ini pulak, Puan Maureena Mokhtar.
Unik namanya. Awal-awal lagi dia dah beritahu kami yang dia orang Melayu Semenanjung Malaysia, bukan Sabah atau Sarawak.
Dia Ketua Audit Dalam INTAN Bukit Kiara. Lucu orangnya. Slot dia memang tidak menjemukan, kelasnya lively. Full mark Bonda beri padanya semasa isi borang penilaian kursus.

Ini kumpulan Bonda di sepanjang kursus itu, empat orang ahlinya. Dua orang daripada hospital, dan seorang lagi daripada sekolah. Peserta lelaki tu namanya Encik Sharif bin Baharin, Penolong Pegawai Perubatan daripada Hospital Jempul. Di belakang Encik Sharif adalah Puan Nor Liyana Muhammed Kurnain, guru Bahasa Inggeris daripada Darul Quran Jakim Kuala Kubu Bharu, Selangor. Berada di belakang Bonda adalah Puan Rahizah Manap, Penolong Pegawai Tadbir daripada Hospital Pontian, Johor.
Puan Rahizah daripada Hospital Pontian. Happy go lucky, orangnya.

Selain daripada belajar teori, kami juga menjalani latih amal audit dalam. Kami pergi ke Hospital Tampin, Negeri Sembilan untuk latih amal itu.
Ini Siti Aisyah Nordin, rakan sepejabat Bonda. Daripada pejabat Bonda, tiga (3) orang pegawai yang sama-sama mengikuti kursus ini, iaitu Bonda, Siti Aisyah Nordin dan Tan Kim Sze.
Sampai di Hospital Tampin, ada majlis atau mesyuarat pembukaan audit. Bilik mesyuarat yang kami gunakan ini adalah bangunan warisan yang diwartakan.
Hospital Tampin ini telah dibuka pada 1920, zaman penjajahan British. Hospital ini dikategorikan sebagai hospital tanpa pakar. Walau bagaimanapun ia mempunyai 10 kepakaran, lawatan daripada luar. Kami dimaklumkan ada 340 jawatan, tetapi yang diisi cuma 301. Jika ada sesiapa yang berminat bertugas di Hospital Tampin, bolehlah dapatkan maklumat lanjut.
Selepas kami buat auditing, kami juga mengadakan majlis penutup audit. Setiap kumpulan melaporkan secara ringkas penemuan-penemuannya.
Di akhir majlis, acara terima cenderahati diadakan.
Selesailah latih amal kami di Hospital Tampin. Pada keesokannya, kami diajar menulis dan melaporkan NCR.
Setiap kumpulan membentangkan laporan audit.
Lelaki itu namanya Encik Mohamad Andrei Tan bin Bibit, Pegawai Penilaian daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). MPKj dah 10 tahun mendapat pensijilan MS ISO 9001:2008.
Kami diingatkan supaya tidak membuat cerita panglipurlara semasa membuat laporan audit. Laporan audit mestilah tepat dan padat. Ceritanya cuma ada tiga (3) perkara aje iaitu
1) Bukti ada?
2) Perkara/ aktiviti apa dan buktinya/ eviden?
3) Keadaannya/ isunya?

Mereka adalah pengurusan tertinggi Hospital Tampin. Yang duduk menulis tu adalah Pengarah Hospital Tampin. Mereka hadir semasa kami membentangkan pelaporan hasil audit dalam di INTAN Bukit Kiara. Bonda tak sangka Pengarahnya sanggup datang untuk mendengar sendiri hasil penemuan kami kerana peserta kursus daripada Hospital Tampin juga ada bersama iaitu seramai lima (5) orang.
Di akhir kursus, Pengarah Hospital Tampin telah sudi menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta kursus.
Inilah bukti kehadiran Bonda.

Topik berikut juga berkaitan:
1) Bengkel Audit Dalam MS ISO 9001:2008;
2) Kursus Audit Dalam MS ISO 9001:2008;
2) Pengenalan MS ISO 9001:2008;

Tuesday, July 12, 2011

Bengkel Audit Dalam MS ISO 9001:2008 Di INTAN Bukit Kiara

Pernah dengar nama INTAN Bukit Kiara? Jika Bonda tanya pada anak-anak Bonda, meloponglah jawapannya. INTAN adalah singkatan bagi Institut Tadbiran Awam Negara. Ia di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam. Dalam kata mudah, INTAN mengurus atau mengendalikan latihan bagi penjawat awam. Sesuailah dengan visi INTAN iaitu "Untuk Menjadi Institusi Pembelajaran Sektor Awam Yang Unggul." Misi INTAN adalah "Untuk membangunkan modal insan sektor awam yang kompeten melalui pembelajaran berkualiti." [catatan: visi bermaksud apa impian/ hasrat (what), misi bermaksud sebab kewujudan/ core bisness (why)]

INTAN bukan sahaja ada di Bukit Kiara, kat negeri lain pun ada juga seperti di Terengganu, Sabah, Sarawak, Sungai Petani dan lain-lain.
Itulah pengenalan tentang lokasi tempat pembelajaran Bonda bagi topik Audit Dalam MS ISO 9001:2008.
  • Nama kursus: Bengkel Audit Dalam MS ISO 9001:2008
  • Tempoh dan tarikh: 4 hari (12 hingga 15 Julai 2011)
  • Anjuran: INTAN
  • Yuran kursus: RM30 sahaja.
Amaun ini sangatlah murah. Jika anda menghadiri bengkel sebegini anjuran SIRIM, charge paling minima RM500. Itupun rasanya hanya dua hari saja.

Sekarang Bonda nak share my feeling about this course walaupun baru sehari selesai. Bonda merasa sangat seronok sepanjang sesi pembelajaran. Alangkah bagusnya jika bos kita ada pengetahuan dan pengalaman berkaitan Audit Dalam bagi Sistem Pengurusan Kualiti. Ini dapat memudah dan melancarkan pelaksanaan pensijilan MS ISO 9001:2008 organisasi kita. Jika Bonda berada di kerusi bos (mempunyai kuasa), akan Bonda pastikan semua staf Bonda mengikuti bengkel/ kursus audit MS ISO 9001:2008. Lepas tu barulah dilaksanakan MS ISO 9001:2008 di organisasi Bonda.

Seelok-eloknya latihan/kursus/bengkel tentang MS ISO 9001:2008 dihadiri oleh semua pegawai yang baru dilantik. Suatu masa nanti, bila dia memegang jawatan bos, pensijilan MS ISO 9001:2008 akan menjadi lebih mudah dilaksanakan.

Okaylah, jumpa lagi di lain entri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...