Monday, May 24, 2010

Selesakah Rumahku Untuk Anak Menantuku?

Apabila puteri Bonda menyatakan hasratnya untuk berkahwin pada tahun depan, membuatkan Bonda tersentak seketika. Bonda berhasrat mempunyai rumah yang ada 4 bilik tidur buat puteri-puteri Bonda (seorang satu bilik) sebelum mereka berkahwin. Kenapa? Bonda nak anak menantu Bonda merasa selesa dan boleh bersantai dengan selesa bila balik/datang ke rumah Bonda. Jadi puteri-puteri Bonda akan kerap dan duduk lama sikit apabila mereka datang melawat Bonda.

Bonda nak buat renovation rumah (jadikan 5 bilik tidur). Tapi sayangnya RM menjadi cabaran utama. Bonda tinggal di rumah dua tingkat (3 + 1 bilik tidur). Bilakah impian Bonda tercapai? Adakah melampaui tahun depan? Bonda tidak mahu jadikan isu bilik tidur untuk menangguhkan perkahwinan puteri Bonda. Pilihan yang Bonda ada, terima seadanya Rumahku Syurgaku.

Bonda mempunyai 4 orang puteri. Apa corak/kemeriahan majlis itu akan menentukan standard bagi yang lain. Maksud Bonda, adakah nak buat majlis perkahwinan tu di dewan atau di rumah? Bonda sedaya-upaya berusaha agar tiada perbezaan yang ketara antara puteri-puteri Bonda supaya hati dan perasaan mereka tidak terguris. Tu baru 4 orang.

Di mana nak diadakan majlis perkahwinan itu? Di dewan atau di rumah? Tu keputusan pertama yang mesti dibuat sebelum langkah lain diambil. Jika diadakan di dewan, mudah aje persiapannya, survey tempat, lokasi dan bayarannya. Puteri Bonda buat survey jugalah tempat yang agak-agak dekat dengan rumah dan sesuai dari segi dewan dan parking. Harga yang ditawarkan merupakan pakej iaitu termasuk dewan, kerusi meja dan makanan. Paling rendah harganya RM17 satu kepala dan minimum 1,000 orang. Wah! Untuk makan dan tempat aje dah RM17k.

Kenapa tak adakan kat rumah aje? Bonda memikirkan keselesaan tetamu Bonda, tempat parking kereta mereka. Rumah Bonda berada dijalan mati. Tapi berhampiran dengan shopping lots and surau. So ada jugalah parking yang agak berdekatan. Bonda agak mungkin ada penjimatan dalam RM1k or RM2k (duit sewa dewan) jika majlis itu dibuat kat rumah. So duit tu bolehlah dibuat repair-repair rumah. So, untuk second kenduri kahwin mungkin boleh jimat lagi.

Jauh di sudut hati, Bonda nak buat kenduri kahwin di rumah kerana rasanya lebih meriah, lapang dan kenangan di rumah itu akan tetap bersama. Bonda akan minta pendapat anak saudara Bonda (seorang arkitek) tentang pengubahsuaian ruang rumah yang perlu dibuat berdasarkan bajet yang terhad.

Last two weekend, Bonda menemani puteri-puteri Bonda ke Pameran Pengantin di Ampang Point K.L Kami survey harga dari segi fotography, baju, make up, dan pelamin.
Ni baju pengantin yang berkenan di hati puteri Bonda.

Cantiknya kek-kek yang dipamerkan, pelbagai design yang menarik.

Moral of the story: Hati-hati dengan langkah pertama kerana ia penentu langkah-langkah seterusnya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...