Monday, May 17, 2010

Pengurusan Kertas Jawapan PTK Bil. 1/2010

Hari ini, pertama kali Bonda menguruskan penyimpanan/ pengstoran kertas jawapan PTK bagi gred DG52 yang telah selesai disemak. Satu sistem penyimpanan yang sistematik perlu ada bagi memudahkan urusan pengambilan kertas jawapan sekiranya perlu.

Sistem penyimpanan yang Bonda wujudkan adalah mengumpul semua kertas jawapan calon PTK mengikut Bidang dan Pusat Peperiksaan. Bidang bermaksud sama ada Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) atau Pengurusan dan Pentadbiran (P&T). Setiap calon mempunyai maksimum 3 jenis kertas yang mana berada dalam tiga (3) kotak berlainan kerana setiap jenis kertas disemak oleh pemeriksa yang berbeza.

Proses pengumpulan kertas jawapan calon dibuat oleh kerani Bonda (itu dah sememangnya tugas dia). Arahan melaksanakan tugas tidak cukup secara lisan sahaja supaya senario communication break down dapat diminimakan dan mencapai hasrat yang diinginkan. Bonda menyediakan senarai calon yang mengandungi maklumat berikut:
  1. No. Kad Pengenalan
  2. Kod Pusat
  3. Angka Giliran
  4. Komponen-komponen yang diambil
  5. Ruangan Generik
  6. Ruangan Fungsional
  7. Ruangan Tugasan Individu

Kertas-kertas jawapan calon ditanda sama ada Ada Kertas Jawapan atau tidak. Nombor-nombor soalan yang dijawab juga ditanda.

Kertas-kertas jawapan calon diikat bersama mengikut pusat peperiksaan dan dimasukkan dalam kotak. Di luar kotak ditampalkan label yang memaparkan pusat peperiksaan yang terlibat.

Sistem ini diuji pertama kalinya oleh bos Bonda iaitu Timbalan Setiausaha Bahagian (Pembangunan Kompetensi). Beliau mahu kertas jawapan beberapa orang calon PTK yang keputusannya agak mengecewakan. Bonda tidak mengambil masa yang lama untuk melaksanakan arahan bos itu.

Moral of the story: Kita mesti mempunyai gambaran/objektif yang jelas tentang apa yang kita mahu, memikirkan cara pelaksanaannya, dan menyampaikan dengan jelas bagaimana melaksanakannya supaya objektif tercapai.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...