Pernah tengok "Counter" pada blog? Contohnya pada blog ini (yang ada kat atas, pepenjuru kanan). Nombor yang tertera menunjukkan sudah berapa banyak blog/ web site itu dibuka/dilihat/view. Daripada bacaan itu, kita taulah betapa popularnya blog kita itu. Tak kiralah siapa yang membuka/melihat/view nya. Adakah anda mahu meletakkan Counter pada blog anda? Mudah saja caranya.
- Buka mana-mana laman web yang beri free counter. Laman web yang Bonda gunakan adalah http://www.free-counters.co.uk
- Pilih style yang anda suka/berkenan dengan klik pada style itu.
- Lengkapkan maklumat yang diminta.
- Tandakan 'tik' pada petak "I have read and I understand the terms above"
- Klik 'Create-My-Counter'
- Copy semua code yang diberi.
- Buka /Sign in pada blog anda.
- Klik 'Layout' dan seterusnya klik 'Page Elements'
- Klik 'Add a Gadget'. Sekarang anda berada pada skrin 'Add a Gadget'. Scroll ke bawah hingga jumpa 'HTML/Java Script'.
- Klik pada tanda (+).
- Paste code yang telah anda copy pada ruangan yang diberi.
- Klik 'Save'.
Tahniah. Anda telah berjaya.
Rajin-rajinlah view blog anda supaya populariti bertambah (bacaan Counter meningkat).
No comments:
Post a Comment