"Minta Tolong!" merupakan satu program TV yang disiarkan oleh salah satu stesen TV negara Indonesia. Kehadiran Bonda ke Johor Bahru, Hotel Suria City pada bulan Februari 2010 telah menyemaikan bibit-bibit cinta Bonda kepada program ini.
Bonda menonton program ini secara tidak sengaja (setelah selesai tugas mengurus bengkel penggubalan soalan PTK pada petang hari itu). Siri pertama/perkenalan, Bonda menonton di penghujungnya saja. Ia memaparkan kisah seorang Orang Kurang Upaya (tangannya cacat, tiada jari) membawa bungkusan plastik yang nampaknya berat juga. Dia berjalan kaki, bertemu orang di jalanan, bertanyakan tempat (suatu alamat) kerana dia nak hantar barang itu. Bila ada orang yang dah beri tunjuk arah, dia akan minta orang itu tolong hantarkan barang itu ke alamat tersebut kerana dia dah penat. Dia akan tunggu di tempat pertemuan itu sementara tunggu barangnya dihantar.Ramai jugalah orang yang ditemuinya. Bila minta tolong hantarkan barang, pelbagai alasan yang diberi untuk tidak memenuhi permintaannya.
Akhirnya dia bertanya kepada seorang wanita, penjual rokok (warung kecil tepi jalan). Pada mulanya wanita itu agak keberatan dan takut-takut untuk menolong pemuda itu. Pemuda itu tidak berputus asa memujuknya hingga berjaya. Wanita itu menutup warungnya lebih awal untuk membantu pemuda OKU.
Wanita itu seorang ibu tunggal. Sebelum dia pergi hantar barang tu, dia balik ke rumahnya dahulu. Rupa-rupanya dia bawa anak lelakinya menemaninya. Anak lelakinya dah dewasa/ remaja. Puas jugalah dia bertanya ke sana-sini tempat yang nak dituju.
Akhirnya wanita itu berjaya jumpa rumah dan orang yang dicari. Dia menyerahkan barang itu dan menerima sejumlah wang untuk diserahkan kepada pemuda OKU. Dia kembali semula ke warungnya dan menyerahkan wang itu tanpa ambil/minta apa-apa upah. Selepas itu pemuda OKU terus berlalu.
Wanita dan anaknya buka kembali warungnya dengan tujuan mengemas-ngemas. Datang seorang pemuda yang bertanya arah suatu tempat. Wanita itu memberi tunjuk arah sehingga pemuda itu faham. Sebelum pemuda itu beredar, dia beri segengam duit kepada wanita itu dengan kata-kata "Ni rezeki ibu." Wanita tu tergaman.
Anak lelaki wanita itu mengejar pemuda itu dan bertanya kenapa beri duit kepada ibunya? "Tu rezeki ibu mu." "Kami tidak ditipu?" tanya anak lelaki tu untuk kepastian. Anak lelaki tu amat terharu dengan pemberian itu. Dia bersalaman dan memelok pemuda itu. Selepas itu dia cepat-cepat kembali kepada ibunya. Apabila ibunya dengar ceritanya, jelas terpancar betapa terharu, gembira dan bersyukurnya mereka dengan rezeki yang mereka dapat. Linangan dan pelokan kegembiraan ibu-anak jelas menggambarkan perasaan yang dialami.
Bagi Bonda, program sebegini (sejauh mana nilai murni dihayati oleh masyarakat) perlu banyak dan kerap dipaparkan daripada program yang mengenakan orang.
Moral of the story: Sukarnya mencari orang yang jujur dan ikhlas membantu orang yang dalam kesusahan. Buruk sangka, tidak percaya kepada orang, tidak sanggup berkorban, pentingkan diri sendiri masih menebal dalam masyarakat. Mungkin ada pengalaman ditipu orang.
Walaupun miskin, wanita itu tidak gelap mata dengan duit yang diamanahkan kerana dia ikhlas menolong. Allah beri ujian untuk meningkatkan tahap keimanan dan ketakwaan hambaNya.
huhu~
ReplyDeleteterharu...
:)