Susahnya nak cari sesuap nasi di Ipoh ni. Itulah pengalaman Bonda semasa berada di Ipoh. Kedatangan Bonda ke sini atas tugas rasmi iaitu menjalankan pemantauan perjalanan peperiksaan PTK bagi siri ke-2 pada 25 September 2010.
Bonda hampir give up, berpusing-pusing, ada kalanya melalui laluan yang sama sampai 3 kali ulang. Ni semua gara-gara nak cari kedai makan melayu. Hujan renyai-renyai, matahari tak ada pulak tu, susah betul nak cam jalan. Main redah ajelah.
Rasanya inilah kali ke-2 Bonda bermalam di Ipoh dan terpaksa cari dinner sendiri. Kali pertama datang, menginap di Syuen Hotel. Jalan kaki aje dah sampai shopping complex, makan fast food lah jawabnya. Kali ni Bonda ditemani "boy friend". Dia ni kurang minat dengan fast food. Jadi berpusing-pusinglah kami mencari gerai/ warung makan. Bonda ajak makan kat hotel aje sebab dah susah sangat nak jumpa kedai makan ni. Asyik jumpa gerai/ warung cina aje.
"Tak apalah kita pusing-pusing bandar Ipoh ni," kata suami Bonda. Tiba-tiba ternampak 'Medan Selera Stadium'.
Seronoknya Bonda. Bonda membayangkan banyaknya gerai makan melayu yang ada. Jadi, adalah pilihannya. Tapi bila dah sampai dekat, semuanya gerai makan cina. Geram, sedih, kecewa, bercampur-baur. Masa nilah teringat kat kampung, Kuala Terengganu, mana-mana pergi kebanyakannya gerai makan melayu.
Tiba-tiba suami Bonda menuju ke salah sebuah gerai. Alamak, dia ni dah kelaparan sangat ke hinggakan dah tak kisah gerai bangsa apa? Terdetik dalam hati Bonda. Tapi Bonda silap. Rupa-rupanya ada sebuah gerai makan melayu di celah-celah gerai makan cina.
Syukur, jumpa juga nasi. Jimat duit. Jika makan kat hotel, sekurang-kurangnya RM26 untuk dua orang makan. Tapi makan kat D'Serambi ni cuma RM10.40 aje. Itupun siap beli bungkus lagi selain makan kat gerai.
Sekarang dah tahu kat mana nak cari gerai makan melayu yang sedap. Jadi Bonda tak adalah nak risau-risau lagi jika sekiranya datang ke Ipoh dan mencari sesuap nasi. Tapi masalahnya, jalan nak pergi ke Medan Selera Stadium tu yang tak berapa tahu. Redah ajelah.
heheee..bonda pergi honeymoon sambil makan angin dgn boyfriend yer...^_^
ReplyDelete