Thursday, September 23, 2010

Family Potret

Sementara event nya masih segar dalam ingatan dan Bonda nak anak cucu Bonda kenal keluarga terdekat mereka, inilah kenangan Bonda bersama famili pada raya 2010.

Raya tahun 2010 datang lagi. Fully booked bilik-bilik di rumah Haji Abdul Kadir (Toki). Bilik yang boleh didiami ada enam (6) bilik. Kiranya oklah kerana enam (6) famili aje yang merantau jauh. Tapi bila dah ada perkembangan dalam famili tu (cucu-cucu berkahwin), tu yang memeningkan Toki untuk menentukan bilik dengan penghuninya. Tahun depan kenalah ubah strategi untuk menyelesaikan isu bilik penginapan di rumah Toki.

Toki bersama dengan keluarga tiga (3) daripada lapan (8) orang anaknya.
Lokasi penggambaran: luar rumah di Pulau Kambing, Kuala Terengganu, Terengganu.
Dulu, zaman Bonda muda remaja, gambar famili diambil dalam rumah, masih muat lagi. Sekarang, ... kat luar rumah walaupun tidak lengkap semuanya.

Bonda mempunyai lapan (8) orang adik-beradik.
Dulu, nak kumpul semua adik-beradik agak sukar kerana ada yang sedang belajar di luar negara dan ada yang belayar keliling dunia (jadi kelasi kapal). Jadi bila kami berpeluang berkumpul, tak kiralah sama ada raya atau tidak, kami akan ambil gambar famili dalam studio. Kedai Gambar Tokyo jadi pilihan. Agaknya kerana studionya besar sikit.
Apabila ramai dah berkeluarga dan berkembang-kembang, sesi bergambar keluarga sudah tidak lagi jadi kemestian. Bergambar ajelah siapa-siapa yang ada pada waktu itu.

Sekarang mari kita berkenalan dengan sebahagian daripada keluarga terdekat Bonda. Mudah-mudahan anak dan cucu Bonda kenal mak @ tok saudara, ayah @ toki saudara, sepupu @ mak/ayah sepupu mereka.

Ini keluarga kakak sulong Bonda, Dr. Rohani.
Dulu dia seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sekarang dia dah jadi YB. Suaminya sudah meninggal dunia. Dia mempunyai tiga (3) orang anak iaitu Delliya, Indra dan Taufik. Dua (2) orang dah berkahwin dan mempunyai seorang cucu, Syakir namanya.

Ni keluarga abang Bonda (anak ke-2), Captain Abu Bakar.
Abang Nasir (panggilan Bonda kepadanya) berkahwin dengan Noor Hasanah (sepupu sebelah ayah Bonda). Mereka dikurniakan enam (6) orang anak, iaitu Shahrin (along), Shahidan (angah), Fatimah Zaharah, Liyana, Muhamad dan Aishah. Abang Nasir dah ada seorang cucu.

Abang Nasir pernah jadi kelasi kapal (bekerja dengan syarikat MISC). Selepas tingkatan 3, Abang Nasir dapat tawaran belajar di India sebagai kelasi. Kemudian mulalah dia menjelajah satu dunia. Kalau tak silap, enam bulan sekali baru dia balik kampung.
Apabila dia berkahwin, dia ubah kerja, kerja dengan Exxon Mobile dan menetap di Dungun, Terengganu. Sekarang dia juga dah jadi YB. Kepakaran dan pengalaman Abang Nasir dalam perkapalan memang sukar dicari ganti kerana walaupun dia dah jadi YB, dia ditawarkan tugas "parking kapal di pelabuhan". Tugasnya adalah bawa kapal masuk dan keluar pelabuhan.

Ini pulak adik bongsu Bonda, Rohaya.
Dia kahwin orang Terengganu dan menetap di Kuala Terengganu. Rumah dialah yang paling dekat dengan rumah ayah Bonda (sebelah rumah). Jadi, kalau balik kampung tu, Bonda lepak kat rumah dialah.
Adik Aya (Rohaya) bersama suaminya, Nazri dan empat (4) orang anaknya iaitu Nelly, Nana, Nuri dan Amin. Sebaik saja selesai bergambar sekeluarga, mereka dah pergi beraya kat the other part of the family (keluarga mertua). Jadi tak adalah muka mereka dalam gambar-gambar yang lain.

Ni gambar Bonda bersama dengan anak-anak semasa beraya di Terengganu.
Suami Bonda tidak ikut balik kerana kakinya bengkak sikit. Dia tak mahu menyusahkan Bonda jika sakitnya bertambah semasa di Terengganu nanti. Dia mahu berehat di rumahnya. Tapi sebelum balik kampung, Bonda dah bawa dia ke klinik.

Jadi sekarang dah kenallah keluarga Bonda (setakat yang ada pada waktu itu), nikmatilah kenangan manis bersama mereka.

p/s: Jika ada yang tersilap sikit-sikit tu, contohnya ejaan nama, Bonda minta maaf.

3 comments:

  1. wahhh..lepas mambaca,barulah tahu ade sikit-sikit part yg xpernah tahu since i was kid..hehe..tapi lg seronok bace kalau dpt ceritakan semuanya..sbb kat sini baru tiga orang..

    ReplyDelete
  2. Insya Allah, pada kesempatan yang lain, Bonda akan cerita the rest of the family.

    ReplyDelete
  3. Hello! This іѕ my 1st сommеnt herе so I
    just ωanted to give a quіcκ ѕhout out anԁ say I
    genuinely enjoy rеaԁing through your posts.
    Can уоu геcommend аny othеr blogѕ/wеbsites/fοrums
    that go over the same tοpіcs?
    Thanks a lot!

    Check οut my ωеb site :: premature ejaculation-home

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...