Monday, September 27, 2010

RM2 Yang Berbaloi-Baloi

Kedatangan Bonda ke Ipoh pada kali ini (24 September 2010) telah menemukan Bonda dengan sesuatu yang menarik. Bonda dah pernah dengar kedai RM2 di Kuala Lumpur. Kat Ipoh ni ada gerai nasi berlauk RM2! Tak percaya? Pergilah ke Medan Selera Stadium.
D'Serambi namanya. Kedai tu beroperasi daripada pukul 6.30 pagi hingga 10 malam. Berapa hari seminggu? Lupa nak tanya. Kat gerai ni ada nasi berlauk, nasi lemak, nasi dagang dan lain-lain lagi. Tapi gerai ni lebih popular dengan nasi berlauk RM2.

Menu nasi berlauk RM2 adalah seperti berikut:
nasi putih;
ayam goreng;
kari ayam;
mentimun;
sambal belacan.

Lauk-lauk pilihan lain juga disediakan bagi pelanggan yang mahu kelainan (bajet lebih sikit).

Bonda datang makan malam, selepas hujan dan kebetulan pelanggannya tak ramai. Jadi kami (Bonda dan suami) pun interview sakanlah. Taukeh gerai tak ada (keluar sekejap). Taukeh gerai ni bijak orangnya. Kenapa? Kerana ...
  1. dia sendiri yang masak makanannya. Jadi dia boleh kawal kualiti masakannya dan dia tak bergantung kepada orang lain untuk memasak bahan jualannya.
  2. tiada disediakan pinggan untuk pelanggan yang nak makan kat gerai tu. Semua bungkus. Jadi dia jimat pekerja untuk cuci pinggan mangkuk dan juga jimat air.
  3. gaji pekerja dibayar ikut hari. Ada kerja, ada gaji.

Taukeh gerai ni orang Kelantan. Suami Bonda puji masakannya. Kiranya berbaloi jugalah dengan RM2. Cara taukeh ni menguruskan gerainya telah memberikan idea kepada suami Bonda. Dia juga nak buat bisnes nasi berlauk RM2 kat gerai makannya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...