Saturday, September 18, 2010

Juadah Hari Raya

Syoknya raya tapi tak sama meriahnya semasa ada arwah emak Bonda. Dulu pada hari raya pertama, juadah pagi tak adalah berat sangat, sekadar nasi impit, kuah kacang dan daging rebus saja. Nasi Impit Kuah Kacang
Sebabnya pada hari raya pertama kami akan menziarahi rumah tok, toki, mak saudara dan ayah saudara. Petang baru balik rumah.
Pada hari raya ke-2, emak Bonda akan masak nasi dagang. Saudara mara dah tau trend ni. Jadi mereka akan datang beraya pada raya ke-2 lah sambil tu dapat makan nasi dagang.
Nasi Dagang Terengganu
Walaupun dah 14 tahun (1996) arwah emak pergi, Bonda masih terasa kehilangannya.
Sejak arwah emak tak ada, juadah pagi raya pun pakai yang tunjuk-tunjuk aje. Tahun ni ayah Bonda tempah nasi dagang pada raya pertama. Anak-anaknya tak berapa pandai masak nasi dagang. Nasib baiklah duit kami masih laku (ada orang sanggup masakkan untuk pagi hari raya). Harganya RM180 segantang. Kat Terengganu ni masih guna sukatan gantang dan cupak.
Itu cerita juadah pada raya pertama. Menu untuk raya ke-2 pun sama juga. Berbaloi-baloi balik Terengganu pada tahun ini sebab dapat makan nasi dagang dua (2) hari berturut-turut. Kali ni adik Bonda pula yang memesannya.Raya ke-3, menunya laksa Terengganu. Kali ni Bonda dan adik beradik bergotong royong menyediakannya. Tapi sayang tak jadi laksa Terengganu kerana laksa dah habis ditempah orang. Nasib baiklah dapat laksam, itu pun kena catu (1 batang 1 orang).
Laksam Terengganu

Menu back up adalah mee goreng yang Bonda masak.
Kuah laksam, kakak Bonda, Rusnani, ketua chef nya. Kami bila balik Terengganu mesti cari makanan atau menu Terengganu.

Menu makan malam tidak dirancang awal. Bincang dulu apa nak makan, baru pergi cari bahan mentahnya. Nasib baiklah Mydin dan Giant dekat dengan rumah. Chef diimport khas dari Bandar Baru BangiSemua orang ada peranan tersendiri dalam penyediaan makan malam.
Gara-gara masak dengan kasih sayang, terpaksa masak nasi tambahan.

Itulah kenangan Bonda adik beradik walaupun tak semua dapat berkumpul dalam masa yang sama, kemeriahannya tetap dirasai. Pesanan Bonda, sesama adik beradik janganlah bergaduh, tambah-tambah yang bilangannya kecil aje. Ruginya, ada adik beradik tapi buang mereka hidup-hidup.

2 comments:

  1. wahhh..seronok je kite semua kan bonda..^_^
    harap-harap ada lagi tahun depan..and lagi ramai lagi happening..huhu

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Sabariah,

    laksa Kelantan tak sama ke laksa tganu?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...