Friday, September 17, 2010

Pelajar Sekolah Alam Shah

Bertemu kembali dengan bekas anak murid, bertukar-tukar cerita dan berita, menjadi suatu kenangan manis buat Bonda. Sebab itulah Bonda akan berusaha mencipta kenangan manis itu.

30 Ramadan 1431H, tarikh pertemuan kembali Bonda dengan Engku Mohd. Hairulnizam setelah 18 tahun berpisah. Rasanya dia pelajar batch 1988 - 1992. Dia dah habis belajar tingkatan 5 di Sekolah Alam Shah Cheras, Kuala Lumpur, jadi berpisahlah kami. Pertemuan kami diatur awal bulan Ramadan lagi. Kebetulan dia tinggal di Kuala Terengganu dan Bonda pulang beraya.Kenangan manis tak kan dilepaskan tanpa bukti gambarnya. Tak kisahlah jika gambar tu kurang seri sebab tak pakai baju raya.
Last time bergambar dengan Engku semasa di majlis perpisahan pelajar tingkatan 5 di Kelab Darul Ehsan, Ampang Selangor. Dulu bergambar dua aje, tapi sekarang ... kira sendiri.Engku ni sama batch dengan adik Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, namanya Bonda keliru sikit, sama kacak seperti abangnya. Sayangnya dia dah pergi dulu.
Banyak betul kotak-kotak inai di rumah Engku. Rupanya ayah dia adalah stokis tunggal inai jenama tu kat Malaysia ni, sebab tu banyak stoknya.
Ayahnya masih ingat kat Bonda walaupun jumpa sekejap (mungkin pada hari terbuka sekolah) dan dah lama berlalu. Apa keslah yang membuatkan dia ingat kat Bonda tu, suspend nya.
Isteri Engku, Hasbe Zuraini, usahawan coklat (homemade coklat). Kat Terengganu dah terkenal, menjadi supplier untuk Taman Tamadun Islam. Anak-anak Bonda rancak jugalah bersembang dengan isterinya, mencari-cari peluang dan cara untuk sama-sama jadi usahawan.

Terengganu dah ada kedai serbaneka (macam 7eleven) nya yang tersendiri. Dah mula pada tahun 2009 lagi. Namanya T'Shoppe. Hanya anak kelahiran Terengganu aje yang boleh jadi taukehnya. Bagus tu. Bonda ada satu lagi pilihan kerjaya bila Bonda pencen nanti. Dulu cuma jadi guru koperasi sekolah, mudah-mudahan suatu hari jadi taukeh kedai pulak. T'Shoppe ni di bawah seliaan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu. Kan best jadi rakyat Terengganu sebab kerajaannya sentiasa mencari ruang dan memberi peluang kepada rakyatnya meningkatkan taraf hidup.Ni sedang dok korek-korek duit raya buat mangsa pertama, anak Engku.
Bila dah beri duit raya tu, kiranya penutuplah pertemuan itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...