Sunday, August 8, 2010

Sikit-Sikit Lama-Lama Tak Juga Jadi Bukit!

Ramai dalam kalangan kita menabung sikit-sikit tapi setelah sekian lama tak juga jadi bukit. Yang membukit malah menggunung harta orang lain. Kenapa agaknya? Mungkinkah kurang barakah rezeki yang kita cari?
Macam manalah nak jadi bukit kerana baru busut jantan dah kena tarah. Bondalah tu. Bonda ada lebih kurang 10 tahun lagi, insya Allah, untuk bergelar YB (Yang Bersara). Tak taulah apa gred terakhir Bonda sebelum bersara. Rasa-rasa gred 48 dalam tangan. Kerja sebagai penjawat awam (kakitangan awam) ni ada gred-grednya dan gaji mengikut gred. Naik pangkat bermaksud bertukar gred, gaji juga bertambah. Bila keluar universiti, mula kerja, grednya bermula dengan 41, lepas tu 44, kemudian 48, naik lagi jadi 52, lepas tu 54, Jusa C, Jusa B, Jusa A dan Turus III. Itu yang Bonda taulah sikit-sikit.


Okay, berbalik kepada topik perbincangan. Objektif entri ini adalah untuk memberi sedikit kefahaman tentang bagaimana mahu menjalani persaraan yang tenang. Dengan kata mudah, bersara sebagai seorang jutawan (OKB - Orang Kaya Bertakwa). Jika anda nak tau lebih-lebih, baca sendirilah majalah SOLUSI isu no. 21.


Persaraan menjadi tidak tenang jika
  • hutang masih lagi belum langsai sepenuhnya;
  • kos sara hidup meningkat, pendapatan dah kurang, dan anak-anak tidak dapat membantu menampung kos sara hidup.

Menurut statistik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP / EPF):
  • 72% pencarum KWSP menghabiskan semua simpanan dalam masa tiga (3) tahun;
  • 90% pencarum KWSP mempunyai tabungan kurang RM100k apabila mencapai umur 55 tahun;
  • Purata tabungan KWSP ialah RM114k apabila bersara;
  • Purata pendapatan bulanan daripada simpanan KWSP hanya RM475 sebulan sekiranya jangka hayat hingga 75 tahun.
Menurut kajian dan kenyataan Encik Sasitharan Krishnan, Pengarah Kanan Hubungan Pelanggan ReMark Malaysia (laporan akhbar Utusan Malaysia, 22 April 2010), kita memerlukan simpanan RM1 juta untuk hidup selesa selepas bersara.

Selain daripada kita semak dan pastikan barakah rezeki yang kita perolehi, kita perlu ambil berat tentang ilmu pengurusan kewangan peribadi dan benar-benar menerapkannya dalam kehidupan seharian. Ambil iktibar daripada kisah Nabi Yusuf a.s. dalam al-Quran. Nabi Yusuf a.s. mencadangkan supaya kita tidak menghabiskan semua sumber ekonomi pada zaman mewah, sebaliknya menyimpan untuk menghadapi zaman kemelesetan.


Untuk mencapai simpanan RM1 juta, bagaimana? Mulakan tabungan seawal gaji pertama. Contoh pengiraan yang agak realistik dengan pulangan pelaburan sebanyak 10% setahun, anda hanya perlu konsisten melabur sebanyak RM385 sebulan selama 30 tahun untuk mendapat tabungan menggunung RM800k. Jumlah tersebut apabila dicampur dengan KWSP boleh mencapai sasaran RM1 juta tersebut.


Bagi anak muda yang baru mulakan kerjaya, pupuk dan amalkan tabiat menabung untuk menghadapi era persaraan dengan istiqamah sepanjang 30 tahun. Bagi yang bukan lagi baru mula kerjaya, usaha-usahakanlah untuk catch up yang miss tu. Haaaa... barulah dapat bersara dengan tenang dan bergaya.


2 comments:

  1. Sama-sama. Acik doakan semoga suatu hari nanti you jadi jutawan OKB.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...