"Kita berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui segala sesuatu. Allah Maha Mengetahui segala apa yang kita zahirkan mahupun apa yang kita sembunyikan."
Artikel: Aktifkan Dirimu Dengan Doa, Majalah Solusi Isu no. 22.
Betul juga kata-kata tu. Jadi kenapa kita perlu berdoa? Apa sebenarnya konsep berdoa? Kenapa doa tu sangat penting hinggakan Rasullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud "Doa itu adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi." (Riwayat al-Hakim no. 1218)
Selepas membaca artikel ini, rupanya banyak yang Bonda salah faham tentang doa. Selama ini Bonda menganggap ...
- Doa itu hanya satu pemberitahuan Bonda kepada Allah tentang apa yang dihajatkan. Jadi kalau tak ada apa-apa hajat, tak payahlah berdoa.
Tetapi sebenarnya doa itu satu kewajipan. Berdoa adalah lambang kehambaan kita kepada Yang Maha Esa. Dengan berdoa kita mengakui kelemahan, kemiskinan, kehinaan, kejahilan dan lain-lain sifat kehambaan. Cuba perhatikan bacaan-bacaan doa yang disarankan, bukankah ada semua unsur ini? Kita berdoa pun dengan cara merendah diri kepada Pencipta. "Sebagai hamba, kita perlukan Allah lebih daripada segalanya dalam hidup ini." Tanamkan dalam diri, hayati sepenuh jiwa. Oleh itu berdoa mesti dilakukan setiap masa dan ketika kerana kita ialah hamba Allah selama-lamanya.
- Doa adalah sesuatu yang pasif. Bila dah habis usaha, barulah menyerah dan pasrah kepada Allah.
Silap besar tu, kerana doa itu sesuatu yang proaktif. Sebenarnya doa mesti dibuat sebelum kita melakukan sesuatu kerja, semasa dan selepasnya.
Pesanan penulis, jaga integriti dalam berdoa.
Maksudnya doa mesti selaras dengan usaha.
Contohnya bila kita memohon untuk mendapat rezeki yang halal, kita mestilah rajin berusaha atau bekerja.
Jangan kita mempermainkan doa, contohnya kita memohon dinaikkan pangkat tetapi kualiti kerja tidak dijaga atau diambil berat.
Renungi ungkapan berikut:
"Doa diperkenankan bukan semasa kita meminta tetapi semasa kita berusaha."
Betul betul betul .... Dulu semasa Bonda aktif menjalankan bisnes MLM, Bonda akan berdoa dulu sebelum pergi jumpa customer. Semasa buat marketing, Bonda tetap akan berdoa semoga dapat sale/jualan pada ketika itu. Bonda berasa sangat bersyukur sekiranya Bonda dapat close sale. Begitulah, terasa sangat Bonda yang sangat perlukan pertolongan Allah. Bila kerja makan gaji ni, terasa kurang perlukan Dia kerana gaji akan masuk setiap bulan. Kenapalah cetek sangat keyakinan dan keimanan Bonda padaNya. Agaknya sebab itulah Allah galakkan kita berniaga supaya kita hampir denganNya.
Rumusannya:- Berdoa adalah cara kita mempamerkan pengabdian kita kepada Allah.
- Berdoa adalah pengakuan kita bahawa kita adalah hambaNya dan sangat-sangat perlukan Dia dalam hidup ini.
Cukup dulu buat kali ini. Jawapan kepada persoalan kenapa berdoa itu penting akan dikongsi jawapan dalam entri berikutnya.
wahh..info sharing yg bagus..if not i also didnt realised it..thanks bonda ^_^
ReplyDeletesuka entry ini. =)
ReplyDeleteTerima kasih Nora dan Iffah atas sokongan. Bonda bersyukur kerana entri ini memberi sesuatu yang bermakna buat kalian. Bonda juga suka entri ini.
ReplyDelete