Entri ini Bonda dedicate buat CoCo. Boleh tambah apa aje yang sedap seperti CoCo+pai, CoCo+crunch. Pemergian CoCo pada 2 Ogos 2010 (Isnin) menyedihkan semua ahli keluarga Bonda. Maklum ajelah, pada usia itu, dia sangat aktif, manja dan macam-macam lagi yang cute-cute untuk menggambarkan dia. Cerita tentang telatah dia pada setiap hari akan menjadi topik perbualan kami sekeluarga. Paling rapat dia dengan suami Bonda. Asyik ikut suami Bonda aje hinggakan naik jealous sebab CoCo tak ikut Bonda.
CoCo, kucing pungut yang kurus. Dia sendiri yang nak ikut (macam minta diambil) Izzah balik rumah. Rasa-rasanya waktu tu umurnya baru sebulan. Kulit-kulit berhampiran kuku-kukunya terkopak-kopak menyebabkan Bonda rasa cemas dan seram jugalah. Syukur kerana dia cuma bersalin kulit, rasa-rasanya sebab lepas tu, okay aje.
Selamat Datang sayang.
Suka ke beg Bonda tu? Tu spot kegemaran Sunkist tidor.
Haaa..... sedang test sofa Bonda ke untuk asah kuku?
Ni nak jadi akauntan kak Lia ke?
Kekosongan jawatan mungkin dengan kak Iffah dan kak Izzah sebab bisness on-line mereka dah mula meletup-letup tu.
Ni hadiah kami buat CoCo.
Kami beli kat pameran Renovation kat Mid Valley (30 Julai 2010).
Iffah beria-ia nak beli baju MU untuk CoCo walaupun harganya RM10.
Bonda dah lama berhasrat nak beli mainan macam joran tu untuk CoCo. Harganya murah (RM5) aje.
Sempat jugalah CoCo pakai baju MU dan bermain dengan permainan barunya.
u have those lovely pictures..:'(
ReplyDeletenice entry and caption bonda..^_^
:( bubui coco
ReplyDelete