Saturday, August 21, 2010

PTK ... Datang Lagi

Entri ini istimewa buat rakan-rakan Bonda iaitu calon PTK (Pening Tak Kesudahan, ke? Tu bagi calon. Bagi pegawai pengurus PTK, ianya, Peningkatan Tahap Kecemasan. Apa tak cemasnya jika soalan belum settle lagi, haaa....) warga Kementerian Pelajaran Malaysia yang bergred AKS 26, DGA34, DGA38, DG48, DG52, dan DG54.

Demam PTK (ni betul punya, Penilaian Tahap Kecekapan) melanda lagi terutama bagi calon skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (ringkasnya DG) iaitu guru, pensyarah Kolej Matrikulasi, pensyarah Institut Perguruan, pensyarah Institut Aminuddin Baki, dan pegawai di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan lain-lain tempat yang sewaktu dengannya. Panjang senarainya. Ini menunjukkan betapa ramainya warga pendidik.

Siri ke2 PTK bagi tahun 2010 telah bermula. Calon-calon yang mendaftar PTK pada bulan Julai 2010 telah boleh melihat status permohonan mereka pada laman web Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK) iaitu http://apps.emoe.gov.my/bppk

Bagi calon DG48, DG52, dan DG54 yang mengambil komponen fungsional, soalan Tugasan Individu telah boleh dimuat turun (down load) pada laman web BPPK mulai 20 Ogos 2010.

Bagi calon PTK DG48, DG52, dan DG54 yang sedang berkhidmat di Kolej Matrikulasi, ada sedikit kelainan tentang kaedah penilaian PTK mereka. Sila rujuk entri Bonda pada bulan Jun 2010 di bawah label Penilaian Tahap Kecekapan.

Kat sini Bonda nak ingatkan sikit tentang penilaian PTK ni. Ada dua (2) komponen dalam penilaian PTK iaitu
  1. Komponen generik
  2. Komponen fungsional
Bagi komponen generik, penilaiannya adalah ....
  • peperiksaan bertulis pada 25 September 2010 (Sabtu)
  • Penilaian Pemahaman (Generik), namanya
  • soalannya berbentuk esei
  • jawab dua (2) soalan (1 soalan daripada 3 soalan di Bahagian A dan 1 soalan daripada 3 soalan di Bahagian B)
  • tempoh menjawab adalah 1 jam 20 minit (1 soalan lebih kurang 40 minit)

Bagi komponen fungsional, penilaiannya adalah ....
  • peperiksaan bertulis pada 25 September 2010 (Sabtu) dan Tugasan Individu. Tugasan Individu hanya bagi calon PTK gred DG48, DG52, dan DG54.
  • soalan Tugasan Individu perlu dimuat turun (down load) oleh calon di laman web BPPK, mulai 20 Ogos 2010. Calon diberi masa lebih kurang satu (1) bulan untuk menyiapkannya. Skrip jawapan Tugasan Individu mesti dibawa bersama dan diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan pada 25 September 2010 (Sabtu) di pusat peperiksaan yang berkaitan.
  • Penilaian Pemahaman (Fungsional) adalah nama bagi peperiksaan bertulis.
  • soalannya berbentuk esei. Calon perlu menjawab dua (2) soalan sahaja (1 soalan daripada 4 soalan di Bahagian A, dan 1 soalan daripada 9 soalan di Bahagian B).
  • tempoh menjawab adalah 1 jam 20 minit (1 soalan lebih kurang 40 minit).

Bagi calon PTK dan berjawatan bos contohnya Pengetua, Ketua Sektor, Timbalan Pengarah, Pengarah dan lain-lain, dipendekkan cerita, yang ada anak buah yang boleh diarah down load soalan Tugasan Individu, nasihat Bonda, down load lah sendiri soalan Tugasan Individu. Kenapa? Kerana ada maklumat penting dan mungkin arahan yang perlu diberi perhatian. Mungkin juga ada tip-tip untuk menjawab soalan (macam budak sekolah nak ambil exam pulak).
Ada kalanya anak buah ni buat kerja/ ikut arahan tanpa guna akal. Dia hanya down load soalan aje semata-mata. Dia tak dapat nak menyaring mana maklumat yang mungkin bagus untuk bosnya. Mana dia kisah nak buat itu semua (mentaliti kebanyakan anak buah). Bonda bercakap ni berdasarkan pengalaman Bonda menguruskan penilaian PTK KPM selama lebih 4 tahun. Hanya kesilapan kecil saja, contohnya tak baca arahan dengan teliti, calon mungkin dapat Aras II (Tidak Melepasi Tahap Kecekapan).

Bonda rasa cukuplah setakat ni dulu. Down load soalan Tugasan Individu dulu, insya Allah, next entri Bonda berkongsi sedikit pengalaman tentang kesilapan yang sering dilakukan oleh calon semasa menjawb soalan PTK.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...