Thursday, May 12, 2011

Kita Secocok Zunita

Kali ini Bonda mahu memperkenalkan seorang lagi rakan yang Bonda kenali di sepanjang perjalanan kehidupan Bonda.

Namanya Zunita binti Elias.
My first friend
yang bernama Zunita.
Dia ni orang Perak dan berkahwin dengan orang Terengganu, mempunyai dua (2) orang anak (sepasang).

Mulanya pertemuan kami di ofis Bonda di Cyberjaya pada tahun 2010.
Dia adalah salah seorang pegawai yang dilantik dalam Projek Rangsangan Ekonomi (PRE). Perkhidmatannya dikira secara kontrak selama satu (1) tahun.
Tahun 2011, kontraknya disambung lagi, rasanya untuk satu (1) tahun juga.
Nasib baiklah ada Zunita dalam unit Bonda, kuranglah sikit bebanan tugas dan banyak tugasan yang dapat diselesaikan.
Organisasi Bonda pernah memohon perjawatan baru tapi tidak diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan ditambah lagi dengan keadaan ekonomi Malaysia yang kurang memberangsangkan pada masa itu.

Bonda berpeluang mengenalinya dengan lebih rapat apabila kami berkerja dalam unit yang sama dan menguruskan projek yang sama iaitu pelaksanaan MS ISO 9001:2008.
Itulah projek pertama Bonda dalam Unit Dasar, Penyelidikan dan Penandaarasan.
Bonda mudah bekerja dengan Zunita.
"Sekepala" lah katakan.
Sarapan pun bersama-sama kat depan PC.

Dia seorang yang cepat belajar dan cepat menangkap hasrat Bonda dalam pelaksanaan tugas.
Bimbingan dan pemantauan yang sangat rapi tak perlulah Bonda buat ke atasnya.
Dia tahu buat dan urus kerjanya.
Bonda seorang yang cerewet, teliti dan mementingkan kesempurnaan dalam pelaksanaan tugas.
Jika hasil kerja staf Bonda tidak mencapai standard Bonda, alamak Bondalah yang akan menyiapkan tugasan itu.
Sepanjang tempoh Bonda bekerja bersama dengan Zunita, hasil kerjanya tidak mengecewa dan tidak memalukan Bonda.


Salah satu lagi yang bestnya, dia juga salah seorang anak murid Bonda dalam alam blogging.
Bonda tak adalah pandai sangat, sekadar pencetus hasrat dan pemberi semangat kepadanya dalam bidang blogging.
Bonda sering menyarankan agar Zunita merakamkan pengalaman dan saat manis bersama anak dan keluarga.
Tulis sementara masih ingat agar ia tidak hilang bersama masa yang berlalu.
Inilah blog Zunita.

Apa-apa pun, Bonda like & love you, Zunita.


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...