Tuesday, February 8, 2011

Pengganti PTK Sedang Dicari

PTK telah dimansuhkan mulai Januari 2011. Suatu sistem penilaian kompetensi sedang dicari oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menentukan dasar pelaksanaannya.
Bonda terima emel daripada JPA pada hari in, 8 Februari 2011. Sebagai tanda Bonda memahami kesulitan yang sedang dialami oleh JPA, maka Bonda panjangkan emel itu kepada anda sebagai penjawat awam untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Emel daripada JPA:

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Tuan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sehingga kini JPA masih mengalu-alukan kerjasama daripada semua pegawai awam untuk menjawab Borang Soal Selidik Pandangan Pegawai Awam Terhadap Penilaian Kompetensi Menggantikan PTK.

3. Walau bagaimanapun, jumlah pegawai awam yang telah menjawab Borang Soal Selidik tersebut setakat ini adalah kurang memberangsangkan.

4. Sehubungan itu, JPA memohon kerjasama baik daripada pihak tuan untuk memaklumkan semula dengan lebih luas dan menyeluruh kepada semua pegawai awam berkenaan hal ini.

5. Pautan ke Borang Soal Selidik ini boleh didapati di laman sesawang rasmi JPA ataupun di alamat http://www.kompetensi.jpa.gov.my/ptkonline/soalselidik/. Untuk makluman, tarikh tutup bagi menjawab Borang Soal Selidik ini adalah sebelum atau pada 28 Februari 2011.

6. Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan dalam hal ini adalah amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

NOR HAFIZUDDIN NOOR SURIA
Cawangan Pengurusan Kompetensi
Bahagian Perkhidmatan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Tel : 03-8946 4537
Emel : hafiz.suria@jpa.gov.my

Tunjukkan sokongan dan komitmen anda sebagai penjawat awam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...