Tuesday, February 15, 2011

Pandainya Komen Blog Orang

Oh! Sungguh tak sangka apabila Bonda mendapat permintaan yang mahukan Bonda memberi komen tentang tajuk-tajuk entri pada blognya. First time dapat permintaan seperti itu. Berbunga-bunga kembang di dalam hati kerana Bonda bukanlah pandai sangat dan dalam dunia blogger pun baru setahun jagung, masih tahap tadika. Walau bagaimanapun Bonda ucapkan jutaan terima kasih kepada "Musafir Dunia" atas penghargaan itu.

Semuanya berpunca daripada entri Bonda yang inilah.
Bonda berkunjung ke blog Musafir Dunia.
Nice blog, penuh dengan lirik-lirik lagu (Bonda agak) serta nasihat daripada petikan hadis dan al-Quran.

Pada pandangan Bonda, tajuk-tajuk entrinya sukar untuk muncul dalam search engine kerana jarang orang menaip ayat-ayat itu dalam search engine. Isi kandungan (content) entrinya bagus tapi tidak dapat menarik pengunjung baru kerana tajuk sukar muncul di search engine.

Bonda harap Musafir Dunia dapat memperbaiki tajuk entri seperti gunakan key word yang sering orang gunakan dalam search engine untuk dapatkan informasi yang ada dalam your content entri. Itu pandangan Bonda yang masih mentah dalam dunia blogger.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...