Thursday, February 3, 2011

Jawatan Kosong Di Kementerian Pelajaran Malaysia

Bonda ingin mempelawa kepada sesiapa yang mahu bertugas di Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, Kementerian Pelajaran Malaysia, cepat-cepat maklum. Cuma ada satu kekosongan jawatan sahaja. Tawaran ini hanya untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah.

Apa jawatan yang ditawarkan?
Nama jawatannya adalah Penolong Setiausaha.
Ini adalah kategori pegawai, lapis keempat dalam carta organisasi.
Gred jawatan adalah DG41. Bagi sesiapa yang bergred jawatan DG44 boleh juga memohon.

Di mana lokasi pejabat?
Pejabatnya di Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan.

Ada apa-apa kriteria?
Ada iaitu ...
  1. Keutamaan diberi kepada pegawai lelaki untuk memudahkan pergerakan. Jika anda seorang wanita, mudah dan sanggup bergerak (kerap outstation), Bonda rasa bolehlah juga memohon. Cubalah, mana tau ada rezeki.
  2. Bijak dan organize (mampu plan kerja. Tahu apa kerja yang patut dan perlu dibuat);
  3. Hardworking dan komited dengan tugas yang diberi;
  4. Kreatif. Bila dah tahu dan faham apa tugas yang perlu dilaksanakan, dapatlah beri cadangan idea dan penambahbaikan proses kerja;
  5. Dapat menyimpan rahsia. Pejabat ni berurusan dengan hal-hal sulit dan rahsia.
  6. Dapat berkomunikasi dengan penuh etika kerana kerap kali berurusan dengan orang besar-besar.
Bila diperlukan?
Sekarang.
Kategori Terdesak

Bila tarikh tutup?
Bila jawatan itu dah diisi.

Macam mana nak mohon?
Tinggal aje pesanan di ruangan Sembang-Sembang (shout box). Nanti Bonda akan get in touch with you.

Cepat bertindak jika berminat.

8 comments:

  1. salam bonda, nak tau, jawatan ni dah diisi ke belum?
    terima kasih

    ReplyDelete
  2. Salam Nisadaud. Terima kasih atas minat yang ditunjukkan. Sayangnya jawatan itu dah diisi.

    ReplyDelete
  3. salam bonda..jika ada jawatan yang lain bolehlah bonda war warkan disini..

    ReplyDelete
  4. Salam bonda, saya sekarang sedang merancang untuk membuat move ke mana2 bahagian di kpm. Kalau bonda ada maklumat mengenai kekosongan jawatan 41&44 di kpm, bolehlah dipanjangkan kepada saya. 0192563095. Khairul. Tq bonda.

    ReplyDelete
  5. salam bonda, saya tinggal di banting dan sudah agaklama mengajar di sek men, bercadang utk bertugas di kpm, sekiranya ade kekosongan khabarkn pd saya ye 0133782575 ahmad, tq

    ReplyDelete
  6. Salam En Ahmad, please hantar your resume kpd saya, sabakadir@yahoo.com. Saya akan panjangkan kpd bos saya.

    ReplyDelete
  7. SALAM bonda saya nurul.Pelajar lepasan ijazah kaunseling dengan kepujian.Saya dalam proses mencari pekerjaan dan saya sangat berminat untuk bekerja yang melibatkan kerja luar. Saya juga komited utuk melakukan tugas yang diberi. Harap bonda dapat membantu. tq..nurul ini email saya "aienfadhilah89@gmail.com"

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Bonda,

    Saya sangat berminat dengan perjawatan diatas, sekiranya jawatan tersebut masih kosong, saya ingin membuat pengisian, diharapkan bonda dapat bagi maklum balas.tq

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...