Bonda sekadar mahu meluahkan perasaan untuk meringankan kepenatan otak dan minda.
Hari ini (7 Februari 2011, Isnin), Bonda spend lebih kurang lima (5) jam untuk menyemak dan mengedit minit mesyuarat bulanan organisasi Bonda. Minit mesyuarat tu sebanyak 13 muka surat, saiz font Arial 12. Lebih daripada 22 kesilapan dan teguran yang Bonda kesan dan siap dengan beri cadangan ayat lagi. Itu yang penatnya.
Kenapa Bonda nak semak dengan sebegitu teliti?
Minit mesyuarat adalah satu dokumen rasmi, rekod dan penting. Ia dapat digunakan sebagai pembuktian punca kuasa. Dalam melaksanakan tugas, kita perlu tahu dan kenal pasti apa punca kuasanya. Itu pesanan bekas boss Bonda. Jadi Bonda mahu pastikan perkara-perkara yang penting dan berkaitan dengan tugas Bonda, dicatatkan dengan betul dan tepat maknanya.
Satu lagi sebabnya adalah sebagai memberi peringatan kepada penyedia minit mesyuarat supaya lebih teliti, free daripada kesilapan teknikal (contohnya ejaan), menulis ayat yang betul, tepat dan mudah difahami. Bonda tak suka buat tugasan macam ni tapi perlu buat untuk mendidik.
Bonda berpegang kepada prinsip bahawa minit mesyuarat yang kita sediakan mestilah dapat difahami oleh orang lain walaupun dia tidak hadir dalam mesyuarat itu.
No comments:
Post a Comment