Monday, February 7, 2011

Pengalaman Menyemak Minit Mesyuarat

Bonda sekadar mahu meluahkan perasaan untuk meringankan kepenatan otak dan minda.
Hari ini (7 Februari 2011, Isnin), Bonda spend lebih kurang lima (5) jam untuk menyemak dan mengedit minit mesyuarat bulanan organisasi Bonda. Minit mesyuarat tu sebanyak 13 muka surat, saiz font Arial 12. Lebih daripada 22 kesilapan dan teguran yang Bonda kesan dan siap dengan beri cadangan ayat lagi. Itu yang penatnya.

Kenapa Bonda nak semak dengan sebegitu teliti?
Minit mesyuarat adalah satu dokumen rasmi, rekod dan penting. Ia dapat digunakan sebagai pembuktian punca kuasa. Dalam melaksanakan tugas, kita perlu tahu dan kenal pasti apa punca kuasanya. Itu pesanan bekas boss Bonda. Jadi Bonda mahu pastikan perkara-perkara yang penting dan berkaitan dengan tugas Bonda, dicatatkan dengan betul dan tepat maknanya.

Satu lagi sebabnya adalah sebagai memberi peringatan kepada penyedia minit mesyuarat supaya lebih teliti, free daripada kesilapan teknikal (contohnya ejaan), menulis ayat yang betul, tepat dan mudah difahami. Bonda tak suka buat tugasan macam ni tapi perlu buat untuk mendidik.

Bonda berpegang kepada prinsip bahawa minit mesyuarat yang kita sediakan mestilah dapat difahami oleh orang lain walaupun dia tidak hadir dalam mesyuarat itu.

Saturday, February 5, 2011

Pengalaman Bersama Pemandu Jabatan

Kali ini Bonda nak berkongsi satu pengalaman yang unik dan tidak pernah terfikir ia akan berlaku. Organisasi Bonda ada melaksanakan program perkongsian kepakaran yang dinamakan Program Informasi Di Hujung Jari. Nama program ini idea daripada Bonda dan diterima oleh Boss. Seronoklah tu.

Dalam program ini, kakitangan sokongan, iaitu daripada peringkat ketua kerani hingga kepada driver, perlu menceritakan salah satu proses kerja seharian mereka. Pembentangan perlu dibuat menggunakan power point dan masa yang diberi lebih kurang 15 minit. Pegawai pun ada juga program yang lebih kurang macam ni. Nak tau lebih lanjut, klik aje kat sini...

Walaupun penilaian dibuat ke atas pembentangan mereka, tetapi tak adalah diambil secara serius sangat tentang bagaimana mereka membentangkannya. Objektif utama adalah untuk memupuk keyakinan diri pada kakitangan sokongan ini dan supaya mereka tahu jugalah sikit-sikit tentang ICT. Panjang betul pengenalan Bonda.

Baru-baru ni tibalah giliran driver yang buat pembentangan. Topiknya adalah penjagaan enjin kereta. Selepas aje slide pertama dan pengenalan, keluarlah slide penceritaannya. Terperanjat besar, sebabnya semua ayat yang ditulis tiada spacing in between. Cekap pula Si driver ni membaca. Kami semua ketawa. Tidak pernah terfikir situasi sebegini boleh berlaku (ayat yang tiada spacing). Si driver tu relax aje. Nak tanya sama ada itu gimik atau sememangnya dia tidak tahu atau lupa, takut juga kalau-kalau dia terasa.

Satu lagi yang menariknya, tiada kesilapan ejaan. Boss pun membuat hipotesis: Dia type macam tu kerana speeding. Biasalah driver dipadankan dengan speeding.

Thursday, February 3, 2011

Jawatan Kosong Di Kementerian Pelajaran Malaysia

Bonda ingin mempelawa kepada sesiapa yang mahu bertugas di Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, Kementerian Pelajaran Malaysia, cepat-cepat maklum. Cuma ada satu kekosongan jawatan sahaja. Tawaran ini hanya untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah.

Apa jawatan yang ditawarkan?
Nama jawatannya adalah Penolong Setiausaha.
Ini adalah kategori pegawai, lapis keempat dalam carta organisasi.
Gred jawatan adalah DG41. Bagi sesiapa yang bergred jawatan DG44 boleh juga memohon.

Di mana lokasi pejabat?
Pejabatnya di Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan.

Ada apa-apa kriteria?
Ada iaitu ...
  1. Keutamaan diberi kepada pegawai lelaki untuk memudahkan pergerakan. Jika anda seorang wanita, mudah dan sanggup bergerak (kerap outstation), Bonda rasa bolehlah juga memohon. Cubalah, mana tau ada rezeki.
  2. Bijak dan organize (mampu plan kerja. Tahu apa kerja yang patut dan perlu dibuat);
  3. Hardworking dan komited dengan tugas yang diberi;
  4. Kreatif. Bila dah tahu dan faham apa tugas yang perlu dilaksanakan, dapatlah beri cadangan idea dan penambahbaikan proses kerja;
  5. Dapat menyimpan rahsia. Pejabat ni berurusan dengan hal-hal sulit dan rahsia.
  6. Dapat berkomunikasi dengan penuh etika kerana kerap kali berurusan dengan orang besar-besar.
Bila diperlukan?
Sekarang.
Kategori Terdesak

Bila tarikh tutup?
Bila jawatan itu dah diisi.

Macam mana nak mohon?
Tinggal aje pesanan di ruangan Sembang-Sembang (shout box). Nanti Bonda akan get in touch with you.

Cepat bertindak jika berminat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...