Saturday, December 3, 2016

MANFAAT ORANG YANG MEMBERI

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Assalamualaikum

Segala pujian bagi Allah yg menjadikan kita sebaik-baik umat & mengurniakan kita segala limpahan nikmat, serta selawat ke atas junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW


Dgn MEMBERI, kita DAPAT MEMBUANG SIFAT MAZMUMAH seperti sombong, hasad dengki, tamak, pemarah dan lain-lain. 


Harta, ilmu, tenaga dan apa jua yg kita miliki adalah punca sifat-sifat mazmumah. Dgn menyimpannya (tanpa memberi) sama seperti menyimpan "virus" berbahaya dlm hati kita.


Sebab itulah kita diwajibkan mengeluarkan zakat. Istilah zakat diambil drp kata asal "zakah", ertinya membersihkan. Zakat fitrah ertinya membersihkan diri. Zakat harta ertinya membersihkan harta.

Oleh itu jika tak keluar zakat, diri & harta kita akan "kotor". Kekotoran ini yg menyebabkan kekotoran hati. Hati yg kotor adalah punca penyakit mazmumah.


Dgn memberi zakat, kita umpama mengeluarkan toksik-toksik drp diri, harta seterusnya hati kita. Apabila hati sihat, kesihatan itulah yg akan menumbuhkan sifat-sifat mahmudah seperti tawaduk, pemurah, pemaaf dan sebagainya.

Bijak pandai mengungkapkan, "Memberi Lebih Gembira Drp Menerima"


SIFAT MEMBERI ADALAH TERAPI, UBAT & PENAWAR KEPADA PENYAKIT HATI


Percayakah bahawa dgn MEMBERI kita akan MENDAPAT LEBIH BANYAK? 


Yakni, dgn memberi harta, ilmu, iman, tenaga dan lain-lain milik kita, tidak akan berkurangan malah akan bertambah. Ini disebabkan apabila kita memberi, Allah akan membuka pintu rezeki, ilmu & imam yg lebih luas utk kita.


Kita perlu yakin bahawa setiap satu yg kita berikan di jln Allah, Allah akan gandakan sehingga 700 kali sebagai balasan. Ini suatu yg menakjubkan. Dlm situasi-situasi yg lebih istimewa & khusus, Allah menjanjikan pembalasan pahala tanpa hisab (tanpa hitungan) kpd hamba-hambaNya yg istimewa.

  • Firman Allah yg bermaksud, "Sesungguhnya orang yg bersabar sahaja yg akan disempurnakan pahala mereka dgn tak terkira" (Surah Az-Zumar 39:10)
  • Bagi yg berpuasa, Allah berjanji melalui lidah Rasulullah SAW yg bermaksud: "Puasa utk Aku dan terpulanglah kpd Aku sendiri utk membalasnya." (Riwayat Ibnu Hibban no. 3422)

Sumber: buku Semuanya Soal Hati oleh Pahrol Mohamad Juoi


Saturday, November 26, 2016

Amal Jariah Dengan Memberi

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Assalamualaikum

Segala pujian bagi Allah yg menjadikan kita sebaik-baik umat & mengurniakan kita segala limpahan nikmat, serta selawat ke atas junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW


Buatlah kebaikan kerana kebaikan akan "terus hidup" selepas kita mati.


INGATLAH BAHAWA ADA AMAL KEBAIKAN YG KITA LAKUKAN, PAHALANYA TERUS KEKAL & MENGALIR WALAUPUN SELEPAS KEMATIAN KITA.


Amal jariah bermula dgn konsep memberi.


Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud: "Apabila mati seseorang manusia itu, terputus daripadanya segala amalannya kecuali 3 perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yg dimanfaatkan dan anak soleh yg sentiasa mendoakannya." (Riwayat Muslim no. 4310)


SEDEKAH JARIAH - Bagaimana kita mampu membina rumah anak yatim, masjid, sekolah, hospital dan lain-lain jika kita tak miliki sikap MEMBERI KPD ORANG LAIN?


ILMU YG BERMANFAAT - Ilmu yg diajarkan kpd orang lain. Ilmu hanya akan menjadi amal jariah sekiranya kita mengajarkannya kpd orang lain.  Mengajar itu ertinya MEMBERI ILMU.


DOA ANAK YG SOLEH - Doa anak soleh terhasil oleh sikap memberi ibu atau bapa. Dgn segala jerih payah ibu bapa mengorbankan segala-galanya utk membesarkan anak. Ibu bapa rela memberi segala-galanya utk anak. Hasilnya, anak itu menjadi anak yg soleh. Tanpa SIKAP MEMBERI IBU BAPA, tidak akan terbentuk anak yg soleh.


Ingatlah betapa Allah melimpahkan ke dlm jiwa ibu bapa sifat kasih sayang. Jika anak meragam, memberontak malah derhaka sekalipun, masih ada ibu bapa yg menyayangi mereka. Dgn kasih sayang itulah ibu bapa berbakti (memberi) kpd anak-anak tanpa meminta balasan.


Dilimpahkan juga ke dlm jiwa ibu bapa sifat rajin, prihatin, simpati & empati yg tak terhingga. Sewaktu anak masih kecil, segala keperluannya diberikan. Ibu menjaga anak siang & malam - menyusukan, memandikan & memakaikan pakaian - satu tugas yg dilakukan berulang-ulang, tanpa rasa jemu. Bapa, akan sentiasa bekerja memerah keringat utk menyara hidup keluarga tanpa rasa jemu, letih & bosan.


Bukankah ketiga-tiga di atas berasaskan sifat memberi?

Inilah kebaikan & kelebihan sikap memberi. Manusia berperanan sebagai hamba Allah & khalifah di Bumi.  

Sebagai hamba, kita mesti menjadi manusia yg baik.

Sebagai khalifah, kita mesti memberi kebaikan.

Hanya orang yg baik dpt memberi kebaikan. Dan kita tak akan menjadi orang yg baik selagi tidak memberi kebaikan.

Bukankah ini membuktikan bahawa hidup ini utk memberi?


Sumber: buku Semuanya Soal Hati oleh Pahrol Mohamad Juo

Friday, November 25, 2016

TIRULAH SIFAT AL-WAHHAB

Assalamualaikum

Segala pujian bagi Allah yg menjadikan kita sebaik-baik umat & mengurniakan kita segala limpahan nikmat, serta selawat ke atas junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW


Rasulullah SAW pernah bersabda yg bermaksud: "Sebaik-baik manusia ialah manusia yg memberi manfaat kpd orang lain." (Riwayat al-Baihaqi dan ath-Thabrani)


Ramai ulama berpandangan menjadi orang kaya yg bersyukur adalah lebih utama berbanding orang miskin yg sabar. Mengapa?


Kerana

  1. Mengawal hati agar tidak lalai ketika memiliki lebih sukar berbanding mengawal hati agar tidak resah ketika ditimpa kemiskinan.
  2. Orang kaya yg syukur lebih berkemampuan utk memberi.

Jika kesabaran si miskin hanya bermanfaat buat dirinya, sebaliknya sifat dermawan si kaya memberi manfaat kpd orang lain. Pemberian zakat, sedekah & hadiah drp orang kaya melimpah-ruah manfaatnya kpd masyarakat.


Iman al-Ghazali telah menjelaskan bahawa keutamaan IBADAH ORANG BERILMU (ulama) ialah MENGAJAR ILMU dan ORANG KAYA MENGINFAKKAN HARTANYA.


Bukankah ini juga menunjukkan bahawa keutamaan amal juga diukur dari aspek keupayaan memberi apa yg ada pada diri seseorang?

Ulama dgn ilmunya bukan dgn hartanya. Si kaya dgn harta bukan dgn ilmunya. Pada mereka, keutamaan amalan itu berbeza mengikut kelebihan masing-masing.


Sumber: buku Semuanya Soal Hati oleh Pahrol Mohamad Juoi


Saturday, March 26, 2016

KRA, KPA dan KPI

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum
Segala pujian bagi Allah yang menjadikan kita sebaik-baik umat dan mengurniakan kita segala limpahan nikmat.
Selawat & salam ke atas junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga serta para sahabatnya.

KRA, KPA dan KPI, akronim yang mama sendiri keliru dan kurang memahami sebelum ini. Akronim KRA, KPA dan KPI adalah terminologi atau istilah dalam pengurusan (management).
Syukur Alhamdulillah, mama terjumpa post ini yang memberi sedikit pencerahan buat mama. Jadi mama kongsikan di sini untuk memudahkan rujukan mama.

Perbandingan antara KRA, KPA dan KPI dibuat berdasarkan fungsi tugas/ kerja (job function) sebagai contoh.

KRA - Key Result Area
- ditakrifkan sebagai tugas atau kerja dijangkakan akan dicapai (what a job is expected to accomplish).
- KRA mengenal pasti bidang (area) yang penting atau kritikal.
- Ia melihat dari segi outcome (it is the crucial outcome space).
- Outcome being the operative word.

KPA - Key Performance Area
- ianya adalah skop keseluruhan aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh individu yang memegang jawatan itu.
- ianya adalah pencapaian utama peranan jawatan (job role).
- achievement being the operative word.

Secara ringkas, KRA menentukan outcome atau hasil akhir yang dijangkakan. Manakala KPA menentukan semua aktiviti yang perlu dilaksanakan. Tidak semua aktiviti itu adalah result oriented.

KPI - Key Performance Indicator
- ianya adalah metrics yang menggambarkan pencapaian/ prestasi individu.

Rumusannya, kita ada KRA yang menggariskan bidang-bidang kritikal untuk peranan kita, KPA yang menentukan aktiviti-aktiviti tertentu yang perlu dilaksanakan dan KPI yang mengesan prestasi/ pencapaian sebenar kita.
--------

Wednesday, March 16, 2016

Lima Unsur Diri

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum.
Segala pujian bagi Allah yang menjadikan kita sebaik-baik umat & mengurniakan kita segala limpahan nikmat.
Selawat & salam ke atas junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW, kaum keluarganya serta para sahabatnya.

Diri kita terdiri daripada 5 unsur iaitu roh, jasad, akal, nafsu dan hati. Setelah kita tahu apa dia 5 unsur itu, kita perlu tahu apakah makanan bagi unsur-unsur itu supaya diri kita tidak bermasalah.

1. Roh, makanannya adalah mengenal Allah.
Kita perlu ajar diri kita mengenal Allah supaya diri kita segar dan tenang. 
Makanan yang buruk bagi roh adalah mengagumkan benda @ perkara selain daripada Allah. 
Runsing pada perkara yang tidak menentu, membuatkan roh jadi tidak sihat. Jika kita merasa runsing, check. Adakah kita mengagumkan selain daripada Allah? 
Usah rasa runsing. Bergantung haraplah sepenuhnya kepada Allah.
Bergeraklah atas takdir masing-masing. Berusaha semaksimum dan sebaik mungkin. Berserah kepada Allah. Kawallah dengan doa.
Roh perlu diberi makanan yang betul. 

2. Jasad, makanannya adalah makanan yang halal dan baik (tidak memudaratkan kesihatan).

3. Akal, makanannya adalah ilmu dan pengalaman.
Berilah ilmu dan pengalaman kepada akal. Sumber ilmu adalah pembacaan. Bacalah apa-apa bahan yang membuatkan kita hampir kepada Allah. Berkawanlah dengan orang yang baik-baik.

4. Nafsu, makanannya adalah tabiat atau sikap.
Didiklah nafsu dengan amalan yang baik.
Menangguhkan amalan yang baik bermaksud beri makanan yang tidak baik kepada nafsu. Jangan bertangguh untuk buat kebaikan atau kerja. Kita perlu sentiasa berusaha dan bergerak bersungguh.
Jangan bunuh nafsu tapi didiklah.

5. Hati, makanannya adalah sifat-sifat yang baik seperti redha, kasih sayang.
Sifat-sifat yang tidak baik adalah makanan yang tidak elok bagi hati.

Jika kita berdepan dengan orang yang bermasalah, ingatlah hanya sebahagian daripada unsur dirinya yang bermasalah. Lihat, renung dan perhatikan unsur mana yang bermasalah. Berdoalah kepada Allah supaya diberi pendekatan yang betul dan tepat dalam menangani individu yang bermasalah.

Di samping kita memerhati orang lain, kita juga seharusnya melihat diri kita. Unsur manakah yang bermasalah. Ingatlah, kita akan balik kepada Allah secara bersendirian. Allah melihat di mana penghujung kehidupan kita.

Buat baik, dibalas baik. Itu adalah fitrah.
Buat baik, dibalas buruk. Itu adalah dendam.
Buat buruk, dibalas baik. Itu adalah sunnah. Inilah nilaian umat Nabi Muhammad saw yang terbaik.

Catatan mama pada 14 Mac 2016 - program Pesona di Zahra, radio Ikim FM, Ustaz Mohd Amin.

Friday, February 26, 2016

Sabar Dalam Meninggalkan Kejahatan


Assalamualaikum
Segala pujian bagi Allah yang menjadikan kita sebaik-baik umat dan mengurniakan kita segala limpahan nikmat.
Selawat dan salam ke atas junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda serta para sahabatnya.

Islam menuntut atau mahu kita, umatnya supaya bersabar. Sabar, separuh drp iman.

Kesabaran berkait rapat dengan iman. Jika iman itu tinggi, kesabaran juga tinggi.

Kalau nak tahu tahap keimanan kita setinggi mana, ukur atau lihatlah tahap kesabaran kita dalam 3 perkara iaitu:
1. Kesabaran dalam melakukan ketaatan kepada Allah.
2. Kesabaran dalam meninggalkan maksiat.
3. Kesabaran dalam menghadapi ujian Allah.

Bersabar bukan sahaja ketika menghadapi ujian atau musibah, tetapi juga ketika melakukan ketaatan dan meninggalkan kejahatan atau maksiat.

Maksud sabar dalam erti kata yang mudah adalah menahan atau mengekang nafsu untuk dapatkan keredhaan Allah.

Dalam keadaan atau kes yang tertentu, melakukan kejahatan atau keburukan lebih mudah daripada meninggalkan kejahatan atau keburukan itu. 

Kejahatan (dosa atau maksiat) itu nampak manis, lazat dan mudah, contohnya riba, zina (sex tanpa tanggungjawab), rasuah (wang yang diperolehi tanpa susah payah), dedahkan aurat (beri rasa bangga dengan kecantikan).

Sabar ketika meninggalkan kejahatan atau maksiat bermaksud menahan apa yang nafsu inginkan. Nafsu cenderung kepada kejahatan.

Kenapa Kejahatan atau Maksiat Itu Nampak Indah?
1. Syaitan yang menghias atau menampakkan kejahatan atau maksiat itu indah, supaya kita tertarik kepada syurga dunia dan terlepas syurga akhirat.
2. Gaya hidup orang-orang yang berdosa dilihat sebagai satu standard.
3. "Kita hidup lama lagi." Itulah tiupan bisikan syaitan. Kerana kita terpengaruh dengan bisikan itulah, maka kita masih tegar atau sanggup lakukan maksiat.

Bisikan hati ada dua iaitu bisikan ilham dan bisikan jahat. Bisikan ilham yang baik datangnya daripada malaikat. Manakala bisikan jahat datangnya daripada syaitan.
Syaitan tidak suruh kita lakukan kejahatan secara direct. Dia melakukan secara beransur-ansur. Syaitan menampakkan logiknya kejahatan itu untuk dilakukan secara sikit-sikit. Syaitan akan melengah-lengahkan kita untuk melakukan kebaikan. Syaitan tarik kita kepada 'grey line'. Dalam keadaan taat, syaitan masukkan kejahatan.

Syaitan dan hawa nafsu sentiasa tipu kita dengan menampakkan kejahatan itu indah dan manis.

Kejahatan itu nampak indah. Tapi bila dilakukan, ada penyesalan.
Kebaikan, bila dilakukan, ada kemanisan dan ketenangan.
Sesuatu yang meresahkan, itu adalah kejahatan.

Kita tinggalkan kejahatan. Adakah kita betul-betul tinggalkan kerana Allah? Atau kerana tiada peluang untuk lakukan kejahatan itu? 
Tinggalkan maksiat yang wajib, lebih baik daripada melakukan amalan sunat. 

Tiada manusia yang tidak melakukan kejahatan. Tetapi sebaik-baik orang yang berdosa adalah orang yang bertaubat. Jangan berputus asa dalam memohon keampunan daripada Allah.

Bila iman ada di hati, hati itu hidup. Apakah ciri-ciri hati yang hidup? Macam mana kita tahu yang hati kita hidup? 
Hati yang hidup adalah hati yang merasa kesal bila terlepas peluang buat kebaikan.
Hati yang hidup adalah bila kita rasa nak bertaubat bila lakukan kejahatan.

Orang yang beriman, mata hatinya celik.
Orang yang beriman, rela terima kesusahan yang sedikit untuk dapat kenikmatan yang kekal abadi di akhirat
 
Catatan mama daripada program Islam Itu Indah, radio Ikim FM yang disampaikan oleh Ustaz Pahroi Mohd Joui, November 2015.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...