Assalamualaikum,
Apa yang kita buru dalam hidup? Jawapannya
1) Keperluan hidup;
2) Tujuan hidup - jadi hamba ALLAH & khalifah ALLAH.
Keperluan hidup bermaksud kita cari makan minum, rumah, kenderaan dan lain-lain yang diperlukan untuk hidup. Jika kita asyik buru keperluan hidup tanpa fikirkan tujuan hidup hinggakan tiada tujuan hidup, jadilah kita hidup-hidupan. Contohnya makan untuk hidup, hidup untuk makan. Itu silap, tidak tepat.
Jika kita hanya buru tujuan hidup tanpa fikirkan keperluan hidup, itu juga tidak tepat. Kita perlukan duit untuk laksanakan tujuan hidup.
Keperluan hidup ibaratnya hardware dan tujuan hidup adalah software. Kedua-duanya penting dan perlu dipenuhi. Bila keperluan hidup dipenuhi, kita dapat kesenangan. Hanya apabila dapat penuhi tujuan hidup, baru dapat ketenangan. Contohnya, rumah dibina dengan keperluan hidup. Mana kala rumah tangga dibina dengan dengan tujuan hidup.
Keperluan hidup ibaratnya galah dan tujuan hidup adalah buah. Kita nak makan yang mana, buah atau galah?
Kita boleh beli makanan yang lazat tapi kita tak dapat beli selera. Untuk menikmati kesenangan hidup, kita perlu ketenangan. Orang yang buru keperluan hidup yang tidak sudah-sudah, akhirnya mereka berpusing-pusing di tempat yang sama, tidak ke mana. Jadilah tindakan itu sia-sia dan buang masa.
Kita makan untuk hidup, hidup untuk jadi hamba ALLAH dan khalifah ALLAH. Bukannya makan untuk hidup dan hidup untuk makan. Hidup orang yang tiada tujuan hidup, hanya buru keperluan hidup samalah seperti orang main bola sepak yang tiada gawang / tiang gol.
Kita perlukan kuantiti harta dan kualiti jiwa.
Contoh 1: seseorang bekerja, pendapatannya sedikit. Tapi dia jadikan kerjanya sebagai ibadah. Jadi kualiti jiwanya tinggi walaupun kuantiti hartanya sedikit. Inilah orang miskin yang sabar. Kaya dalam kemiskinan. Contohnya Saidina Ali.
Contoh 2: seseorang yang berpendapatan besar. Tapi usahanya tidak diniatkan untuk ibadah. Kuantiti hartanya besar tapi kualiti jiwanya rendah. Kuantiti harta yang besar tidak dapat tampung jiwa yang kecil. Oleh itu dia tak dapat ketenangan. Inilah orang kaya yang tidak bersyukur. Miskin dalam kekayaan. Contohnya, Firaun, Namrud.
Contoh 3: seseorang berpendapatan besar dan usahanya tidak dipinggirkan dengan tujuan hidup. So dia dapat kuantiti harta yang banyak dan kualiti jiwa yang tinggi. Dia senang & tenang. Inilah orang kaya yang bersyukur. Kaya dalam kekayaan. Contohnya Abdul Rahman Auf.
Contoh 4: seseorang yang berpendapatan kecil dan usahanya dipinggirkan daripada tujuan hidup. So dia miskin harta dan miskin jiwa. Miskin dalam kemiskinan.
Ayuhlah kita jadi kaya dalam kekayaan atau setidak-tidaknya kaya dalam kemiskinan. Ketenangan dapat menampung kesenangan.
Ini adalah catatan Bonda semasa dengar program Islam Itu Indah dalam Ikim.FM. Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang mengupasnya. Jumpa lagi di lain waktu. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment