Friday, May 23, 2014

Langkah 1 Penulis

 Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Assalamualaikum.

Hari ni (22/5/2014) ialah hari kedua Bonda berkenalan dengan Encik Mohd Zubil Bahak daripada Universiti Teknologi Malaysia. Encik Mohd Zubil Bahak ialah salah seorang penceramah dalam Kursus Komunikasi dan Penulisan Berimpak Tinggi di INTAN Kluster Inovasi. Dia memberi bimbingan atas tajuk Menjana Idea & Mengurus Maklumat dalam Penulisan. Secara mudahnya dia berkongsi pengalaman dan memberi bimbingan bagaimana menjadi seorang penulis. Tip yang diberi bukan sahaja tentang penulisan tetapi tentang 3 perkara ni iaitu
1. Membaca secara aktif;
2. Membaca secara pantas;
3. Memfokus.

Kalau nak jadi penulis, kita perlu menulis hari-hari (setiap hari!). Tip ni Bonda juga pernah dengar daripada orang lain sama ada dari Malaysia dan juga luar negara (mat saleh). Apa yang saya nak tulis?

Tulislah perkara/ benda/ subjek yang kita suka/ minat. Paling mudah, tulis apa yang kita buat hari-hari. Catatan jurnal/ diari/ luahan rasa kita pada hari itu. Dalam sehari, banyak aktivit yang kita alami. Antara aktiviti tu, mana yang terkesan dihati? Itulah yang ditulis. Tulis aje 5 ayat tentang peristiwa itu. Lakukan setiap hari. Inilah yang Bonda sedang usahakan, melatih diri menulis hari-hari. Semoga ALLAH memberi kekuatan untuk meneruskannya. Tapi yang penting untuk kita meneruskan aktiviti menulis ni (setiap hari) ialah matlamat. Kenapa kita menulis? Kenapa nak jadi penulis?

Kata Iman al-Ghazali: "kalau kamu bukan anak raja dan engkau bukan anak ulama besar, maka jadilah penulis!" Bonda ni bukannya siapa-siapa untuk dikenali dan diingati apabila Bonda mati nanti. Berapa hari sangatlah orang akan ingat dan nak dikaitkan dengan siapa-siapa pun tak ada. Jadi jawapannya Bonda akan hilang daripada sejarah dengan kematian Bonda. Pepatah Melayu ada menyebut, "harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama." Kenapa orang nak ingat nama kita?

Orang akan ingat nama kita sekiranya kita ada sumbangan kepada manusia/ masyarakat. Itulah mesej yang mahu disampaikan oleh Iman al-Ghazali. Penulisan ialah suatu sumbangan. Alangkah cantiknya jika penulisan kita itu dapat memberi sumbangan yang bermanfaat kepada manusia. Pahalanya berterusan hingga ke akhirat. Apabila meninggalnya seseorang anak Adam, maka terputuslah dia kecuali 3 perkara iaitu:
1. Doa daripada anak yang solleh;
2. Ilmu yang dimanfaatkan;
3. Sedekah jariah.
Oleh itu, marilah sama-sama bertekad untuk merebut peluang dapatkan pahala daripada ilmu yang dimanfaatkan. 

Cukuplah dulu buat kali ini. In sya ALLAH Bonda akan sambung lagi di lain waktu.

Wednesday, May 21, 2014

Kursus Percuma Penjawat Awam

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum.

Subhanallah, Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ALLAH Taala. Gembiranya Bonda pada hari ini (21/5/2014). Hari ni Bonda menghadiri kursus di INTAN Cluster Inovasi. Dulu dikenali sebagai INTAN Wilayah Tengah. 

Tajuk kursus adalah Kursus Komunikasi dan Penulisan Berimpak Tinggi. Kursus ni selama 3 hari. Hari ni baru hari pertama tapi Bonda rasa sangat bersyukur kerana dapat menghadirinya. Topik yang dibincangkan pada hari ini adalah
1. Komunikasi Strategik oleh Pn Suzana Ibrahim;
2. Menjana Idea & Mengurus Maklumat dalam Penulisan oleh En Mohd Zubil Bahak

Pengisian kedua-dua topik ini sangat menarik. Banyak ilmu yang Bonda dapat. In sya ALLAH, Bonda akan buat catatannya dalam entri yang lebih khusus. 

Beruntungnya jadi penjawat awam. Subhanallah, Alhamdulillah. Bayaran yang Bonda bayar untuk kursus 3 hari tu cuma RM30 sahaja. Siap diberi minum pagi dan makan tengah hari. Bayaran itu pulak Bonda dapat buat tuntutan daripada Kerajaan. Duit minyak dan tol pun, Kerajaan bayar jugak. Ilmu yang kita dapat tu bukan untuk melaksanakan tugas aje tapi dapat juga untuk kebaikan diri kita juga. Oleh itu jika anda seorang penjawat awam, berusahalah mohon kursus di INTAN. 

Selain daripada dapat ilmu, kita juga dapat kenalan baru daripada agensi/kementerian lain apabila menghadiri kursus di INTAN. Hari ni Bonda dapat 29 orang kenalan baru (tak termasuk penceramah). Kawan-kawan Bonda tu daripada
1. Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang;
2. Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri;
3. Agensi Remote Sensing Malaysia;
4. Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional;
5. Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (2 orang);
6. Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi;
7. Kementerian Kesihatan M'sia (Bhg. Perkhidmatan Kejuruteraan);
8. Kolej Matrikulasi Kedah, Kem. Pendidikan M'sia;
9. Jabatan Pengurusan, Hospital Sungai Buloh;
10. Cawangan Pengurusan Projek Kompleks, Jabatan Kerja Raya;
11. Yayasan Waqaf M'sia;
12. Bhg. Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh & Sekolah Kecemerlangan (2 orang);
13. Kem. Kesihatan M'sia (Bhg. Keselamatan & Kualiti Makanan);
14. Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara;
15. Jab. Pendidikan Wilayah K. Lumpur;
16. Jabatan Patologi, Hospital Kuala Lumpur;
17. Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (2 orang);
18. Bhg. Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan;
19. Jab. Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan;
20. Cawangan Penggubalan Akta, Bhg. Amalan Perubatan;
21. INTAN Kluster Inovasi;
22. Jab. Imigresen M'sia;
23. Jab. Kesihatan Selangor;
24. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah;
25. Uni. Teknologi M'sia, KL;
26. Pejabat Meteorologi Selangor.

Okaylah, cukuplah setakat ini dulu. In sya ALLAH jumpa lain di lain entri.

Tuesday, May 6, 2014

Nota Serah Tugas

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum,

Memo pertukaran Bonda secara dalaman telah diterima. Pertukaran Bonda berkuat kuasa pada 15 Mei 2014. Perkara pertama yang perlu dibuat adalah menyediakan Nota Serah Tugas. Kalau jawatan bos, Nota Serah Tugas bos disediakan oleh pegawai bawahan. Bonda masih lagi kuli bos. So Nota Serah Tugas, sendiri kena buatlah. 

Menyenaraikan tugas dapat jadi suatu cabaran sebabnya tak dikemas kini setiap tahun dan bos pulak tak kisah @ pantau. So anak buah buatlah seperti rutin biasa yang mana kadang kala silap letak keutamaan & kepentingan tugas. Akhirnya buatlah tugas yang syok dibuat & tugas utama yg kurang syok tu dibiarkan.

Semasa dalam proses melaporkan Kedudukan Terakhir Tugas-Tugas Yang Belum Selesai, baru tahu langit tu tinggi atau rendah. Tujuan buat pelaporan ini adalah supaya tugas-tugas kita dapat diteruskan dengan oleh ... Tu tugas bos lah menentukannya. 

Format Nota Serah Tugas ada disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Tanya Pak cik Google.

Bonda stop kat sini dulu. Nak sambung tugas penyediaan Nota Serah Tugas. Bye

Sunday, May 4, 2014

Kesenangan Tidak Dapat Beli Ketenangan

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum,

Apa yang kita buru dalam hidup? Jawapannya
1) Keperluan hidup;
2) Tujuan hidup - jadi hamba ALLAH & khalifah ALLAH.

Keperluan hidup bermaksud kita cari makan minum, rumah, kenderaan dan lain-lain yang diperlukan untuk hidup. Jika kita asyik buru keperluan hidup tanpa fikirkan tujuan hidup hinggakan tiada tujuan hidup, jadilah kita hidup-hidupan. Contohnya makan untuk hidup, hidup untuk makan. Itu silap, tidak tepat.

Jika kita hanya buru tujuan hidup tanpa fikirkan keperluan hidup, itu juga tidak tepat. Kita perlukan duit untuk laksanakan tujuan hidup.

Keperluan hidup ibaratnya hardware dan tujuan hidup adalah software. Kedua-duanya penting dan perlu dipenuhi. Bila keperluan hidup dipenuhi, kita dapat kesenangan. Hanya apabila dapat penuhi tujuan hidup, baru dapat ketenangan. Contohnya, rumah dibina dengan keperluan hidup. Mana kala rumah tangga dibina dengan dengan tujuan hidup. 

Keperluan hidup ibaratnya galah dan tujuan hidup adalah buah. Kita nak makan yang mana, buah atau galah?

Kita boleh beli makanan yang lazat tapi kita tak dapat beli selera. Untuk menikmati kesenangan hidup, kita perlu ketenangan. Orang yang buru keperluan hidup yang tidak sudah-sudah, akhirnya mereka berpusing-pusing di tempat yang sama, tidak ke mana. Jadilah tindakan itu sia-sia dan buang masa.

Kita makan untuk hidup, hidup untuk jadi hamba ALLAH dan khalifah ALLAH. Bukannya makan untuk hidup dan hidup untuk makan. Hidup orang yang tiada tujuan hidup, hanya buru keperluan hidup samalah seperti orang main bola sepak yang tiada gawang / tiang gol.

Kita perlukan kuantiti harta dan kualiti jiwa. 

Contoh 1: seseorang bekerja, pendapatannya sedikit. Tapi dia jadikan kerjanya sebagai ibadah. Jadi kualiti jiwanya tinggi walaupun kuantiti hartanya sedikit. Inilah orang miskin yang sabar. Kaya dalam kemiskinan. Contohnya Saidina Ali.

Contoh 2: seseorang yang berpendapatan besar. Tapi usahanya tidak diniatkan untuk ibadah. Kuantiti hartanya besar tapi kualiti jiwanya rendah. Kuantiti harta yang besar tidak dapat tampung jiwa yang kecil. Oleh itu dia tak dapat ketenangan. Inilah orang kaya yang tidak bersyukur. Miskin dalam kekayaan. Contohnya, Firaun, Namrud.

Contoh 3: seseorang berpendapatan besar dan usahanya tidak dipinggirkan dengan tujuan hidup. So dia dapat kuantiti harta yang banyak dan kualiti jiwa yang tinggi. Dia senang & tenang. Inilah orang kaya yang bersyukur. Kaya dalam kekayaan. Contohnya Abdul Rahman Auf.

Contoh 4: seseorang yang berpendapatan kecil dan usahanya dipinggirkan daripada tujuan hidup. So dia miskin harta dan miskin jiwa. Miskin dalam kemiskinan.

Ayuhlah kita jadi kaya dalam kekayaan atau setidak-tidaknya kaya dalam kemiskinan. Ketenangan dapat menampung kesenangan.

Ini adalah catatan Bonda semasa dengar program Islam Itu Indah dalam Ikim.FM. Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang mengupasnya. Jumpa lagi di lain waktu. Assalamualaikum.

Saturday, May 3, 2014

Pesta Buku Antarabangsa Tahun 2014

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Assalamualaikum.

Inilah hasil lawatan Bonda ke Pameran Buku Antarabangsa Tahun 2014 di PWTC Kuala Lumpur. 2 kali @ 2 hari berturut-turut Bonda pergi. Ini hasil kali pertama iaitu pada 26 Mei 2014. 

Rasanya dah beberapa tahun Bonda tak pergi ke Pesta Buku. ALLAH menggerakkan hati Bonda untuk pergi ke Pesta Buku Antarabangsa. Tujuan utama ke sana adalah untuk dapatkan Buku Bijak Mengurus Wang dengan harga diskaun. So dapatlah diskaun 20%. Syukur Alhamdulillah. Kesemua buku kat gambar tu terbitan Galeri Ilmu & diskaunnya 20%. 

Sejak akhir-akhir ni, Bonda lebih gemar beri buku sebagai buah tangan apabila menghadiri kenduri kahwin. Jika bagi duit, cepat hilang begitu saja. Jika beri barangan, kadang-kadang tak diguna pun sebab tiada keperluan. So kalau beri buku tu, adakah pengantin itu akan baca? Budaya membaca di Malaysia pada masa sekarang agak kurang menggalakkan. In sya ALLAH suatu hari buku itu akan dibaca jugak. Manalah tahu ALLAH bukakan hatinya.

Bonda lebih prefer pergi ke gerai buku penerbit compare dengan gerai buku kedai / syarikat. Sebabnya Bonda rasa Bonda boleh dapat good bargain kat gerai penerbit. Bonda beli 2 buah buku yang dikarang oleh Prof. Muhd Kamil Ibrahim, 1 buah buku yang dikarang oleh isterinya, selain daripada Buku Bijak Mengurus Wang (3buah). 

Setelah baca Buku Bersyukur Saat Diuji (tak sempat tunggu habis dibaca), Bonda pergi lagi ke Pesta Buku pada keesokannya. Beli buku-buku yang ditulis oleh Prof. Muhd Kamil Ibrahim (yang terdahulu). Nak dapatkan diskaun punya pasal. Pada Bonda, kalau dapat diskaun melebihi 10% tu dah bersyukur habis (dah kira good bargain).

Bonda terserempak dengan Ustaz Pahrol Mohd Juoi di Pesta Buku tu. Tapi tak adalah ambik gambar, nak mintak tandatangan kat buku pun tak sempat. Bonda suka baca yang dikarang oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Setakat ni Bonda dah ada 3 buah buku tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi.

Itulah cerita Bonda, kenangan & penangan Pesta Buku Antarabangsa Tahun 2014. So kita jumpa lagi di lain waktu. Assalamualaikum.

Friday, May 2, 2014

Yes! Berjaya

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum.

Syukur Alhamdulillah, Bonda berjaya menyampaikan memo pertukaran Unit @ tugas (job rotation) kepada bos besar Bonda. Syukur Alhamdullillah, dia setuju dengan permohonan Bonda tanpa banyak soal jawab sebabnya 2nd bos Bonda dah ada berbincang dengan dia tentang ini. Syukur Alhamdulillah, ALLAH permudahkan urusan Bonda. Bila berkuat kuasa? Oh itu Bonda tak pasti. Sebabnya tindakan selanjutnya perlu dibuat oleh Unit Pentadbiran. Merekalah yang mengeluarkan memo @ surat arahan pertukaran dalaman.

During "lunch time" hari ni, Bonda mulalah kemas @ saring dokumen-dokumen yang ada di work station Bonda. Inilah aktiviti yang Bonda tak suka lakukannya. Semua dokumen kalau dapat nak disimpan, takut nak guna lagi or refer. Tapi yang pasti dokumen tu berabuk jadinya. Tak ada pulak nak dirujuk. Waktu-waktu macam ni lah terasa nak buat Amalan 5S secara konsisten.

Mudah-mudahan ALLAH bantu Bonda mempercepatkan tugas saringan dan kemas dokumen di samping siapkan tugasan tertonggak sebelum Bonda berhijrah ke Unit lain.

Okaylah, Bonda minta diri dulu. To be continue next time.

Thursday, May 1, 2014

Rejab Datang Lagi

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum,

Hari ini, 1 Rejab 1435H (1 Mei 2014). Menjelang bulan Rejab pada tahun ini, Bonda dapat ilmu/ pendedahan tentang hadis-hadis palsu yang tersebar secara meluas di alam maya @ internet melalui WhatsApp.  Contoh hadis palsu adalah seperti berikut:
Barang siapa puasa 1 hari maka laksana puasa 1 tahun.
Barang siapa puasa 7 hari maka ditutup pintu-pintu neraka jahanam.
Barang siapa puasa 8 hari maka dibuka pintu 8 syurga.
Barang siapa puasa 10 hari akan dikabulkan segala permintaannya.
Barang siapa mengingatkan kepada orang lain tentang ini, seakan ibadah 80 tahun.

Ini adalah hadis palsu. Cara nak check hadis tu palsu atau tidak adalah jika buat amalan sikit, dapat ganjaran banyak, palsu lah tu. Ataupun ada dinyatakan ganjaran berangka, itupun palsu jugak.

Jadi pastikan dulu kesahihannya sebelum disebar supaya kita tidak mendustakan @ mengumpat Rasullullah s.w.a.

Ikim.FM Pilihan Utamaku. Jumpa lagi, in sya ALLAH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...