Saturday, December 24, 2011

7 Hari Seminggu Urusan Passport

Salam buat rakan-rakan dan anak-anak Bonda.

Tahukah anda bahawa urusan penyediaan passport dah dapat dibuat juga pada hari Sabtu dan Ahad. Bonda baru dapat tahu dalam bulan November 2011 baru-baru ni. Ya lah, tak ada urusan sangat di pejabat Imigresen. Jadi perkembangan terkini kurang mengetahuilah. Berdasarkan maklumat yang Bonda dapat, hanya Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur aje yang menawarkan perkhidmatan sebegini.
Pejabat Passport yang terlibat adalah seperti berikut:

1. Pejabat Cawangan Presint 15, Putrajaya.
No. telefon : 03 8881 1091
2. Pejabat Cawangan Wangsa Maju, Kuala Lumpur. 
No. telefon : 03 4142 3449
3. Pejabat Cawangan Kajang, Selangor. 
No. telefon : 03 8734 4344
4. Pejabat Cawangan Subang, Selangor. 
No. telefon : 03 7847 1678
5. Pejabat Cawangan Pelabuhan Klang, Selangor. 
No. telefon : 03 3168 8166

Waktu beroperasi : 8 pagi hingga 1.00 petang (Sabtu dan Ahad)

Jika anda nak buat passport untuk anak-anak, anak-anak tu perlu dibawa bersama ke pejabat passport tu. Selain daripada tuan punya badan yang nak dibuat passport, anda juga perlu sediakan 1 keping gambar (berwarna), ukuran passport dan salinan kad pengenalan (My Kad atau My Kid). Nombor surat beranak kena tahu dan ingat juga sebab perlu diisi dalam borang permohonan.

Bila nak fotostat kad pengenalan, pastikan muka depan dan belakang kad pengenalan berada pada muka surat yang sama. Dari segi bayaran pulak, ada dua (2) bayaran passport iaitu
1. RM100.00 - untuk tempoh sah laku selama 3 tahun;
2. RM300.00 - untuk tempoh sah laku selama 5 tahun.
Selain daripada perbezaan tempoh sah laku, ia juga berbeza dari segi ketebalan atau bilangan muka surat.

Pesanan Bonda, jika berurusan pada hari Sabtu (berdasarkan pengalaman), datang awal pagi. Pukul 8 pagi dah ada kat pejabat passport tu. Hari Sabtu ramai famili yang datang (ada yang bawa baby lagi). Jika anda bujang atau solo dan buat untuk diri sendiri, datang aje pada hari biasa, mungkin lebih cepat selesai dan kurang rimas. Bagi ibu mengandung dan warga emas ada nombor gilirannya yang tersendiri. Lebih cepat nombornya dipanggil.

Bonda cuma menemani anak bujang Bonda buat passport. Anak Bonda dah beri amaran dan Bonda pun dah agak jugalah mungkin terpaksa menunggu lama untuk selesai. Jadi Bonda bawalah kerja-kerja ofis yang perlu diselesaikan.

Sedang Bonda duduk menulis-nulis, fikir-fikir, tiba-tiba terpandang telatah seorang ibu ini dengan anak-anaknya. Bonda lebih senior daripada ibu itulah. Dia bawa bekal sebagai sarapan anak-anaknya. Anak-anaknya lima (5) orang (bersekolah menengah dan juga bersekolah rendah). Bonda tabik spring kepada ibu ini. Bila dia buka begnya, macam-macam makanan keluar. Ada maggie goreng, ada sausage, air panas (air milo agaknya), air mineral dan juga jajan (kata orang Jawa). Prihatin betul ibu ini dengan keperluaan anak-anaknya. Kira-kiranya tak ada alasan untuk anak-anaknya berbelanja di kedai berhampiran. Tapi famili yang bawa bekal macam tu tak ramai. Sebab itulah kedai yang berhampiran dapat jualan (sales) yang menggalakkan pada hari itu.

Daripada gaya ibu itu melayan kerenah dan memenuhi keperluan anak-anaknya, Bonda agak dia seorang surirumah sepenuh masa. Bagi diri Bonda yang bekerjaya ni, lebih fikirkan nak rehatkan diri selepas kerja, ambil mudah aje sebab tu bawa duit untuk berbelanja. 

Tujuan Bonda bercerita ni sekadar nak beritahu (pada diri Bonda) masih ada para ibu yang kisah tentang keperluan anaknya dengan cara menyiapkan homemade food. Bagi anak-anak, ingat dan kenanglah kisah-kisah manis serta kemesraan dengan ibu anda, tak kiralah sekecil mana. Tunjukkanlah penghargaan anda pada dia sementara dia masih ada (anda dapat peluk cium lagi dia). Itulah sedikit sebanyak rencah kehidupan.

"Mothers are the people who love us for no good reason. And those of us who are mothers know it's the most exquisite love of all." - Maggie Gallagher.

Saturday, December 17, 2011

Kertas Kerja Buat Dato' Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Salam buat rakan taulan dan anak-anak Bonda.
Pernah terima pengiktirafan daripada bos? 
Masih ingat lagi ke apakah pengiktirafan yang diberi? 
Apa kesannya ke atas diri anda? 
Pada pandangan Bonda, elok dicatat dan disimpan (sekiranya dapat dilakukan) pengiktirafan yang bos beri tu. Ini dapat memberi atau menaikkan semangat kerja yang ada kalanya menurun. Besar atau kecil pengiktirafan itu bukan persoalannya, yang pentingnya, pengiktirafan, walau dalam apa bentuk sekalipun tapi mestilah mengikut etika kerja dan peraturan agama.

Sehubungan itu, kali ini Bonda mahu merakamkan salah satu bentuk pengiktirafan yang Bonda terima daripada bos Bonda, Encik Khalid, Setiausaha Bahagian. Sebelum Bonda beritahu, Bonda nak ceritalah latar belakang kisahnya. Ini juga adalah catatan pengalaman buat cucu-cucu Bonda kerana pada ketika cucu-cucu Bonda dah pandai mendengar, Bonda pulak yang dah lupa ceritanya. So inilah ceritanya ...

Bonda mendapat 'Arahan Tugas' untuk menyediakan kertas kerja yang mahu dibentangkan oleh bos Bonda dalam mesyuarat jawatankuasa induk peringkat pengurusan tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia. Arahan ini Bonda terima pada hari Selasa dan kertas kerja itu perlu dikemukakan kepada pihak urus setia dalam kadar segera. Setelah 2nd bos (Timbalan Setiausaha Bahagian) buat perundingan dengan pihak urus setia, Bonda diberi tempoh sehingga hari Jumaat untuk hantar kertas kerja itu.

Bonda sebenarnya sedang mengikuti latihan atau kelas SPSS iaitu belajar dan hands on bagaimana membuat analisis dan penyediaan laporan menggunakan perisian SPSS. Latihan tu selama dua (2) hari penuh (Selasa dan Rabu). Mana ada masa nak duduk mengarang. Berontak hati Bonda. Tapi arahan tetap arahan. Perlu dilaksanakan tanpa sebarang alasan. Oleh itu, selesai aje kelas buat hari itu, Bonda fokuskan kepada penyediaan kertas kerja. Tapi Bonda terpaksa buat kat rumah sebabnya pada masa yang sama pejabat Bonda dalam proses mendapatkan pensijilan Amalan 5S. Audit luar akan datang dalam minggu tu jugak, hari Khamis. Masih ada perkara dan kawasan yang perlu dilabel (Seragam) dan Sapu.

Jadi kat rumahlah (pada malamnya) Bonda baru dapat duduk berfikir dan mengarang. Tugas ini adalah satu cabaran buat Bonda. Bonda perlu karang kertas ilmiah dan akan dibaca oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) serta top leaders di Kementerian Pelajaran Malaysia. Ni First time Bonda sediakan kertas kerja buat KPPM. Hajat di hati tak nak tidur pada malam tu, nak siapkan jugak derafnya. Tapi bila dah mengantuk, lupa itu semua. Jadi Bonda mengambil masa 2 malam untuk siapkan deraf pertama.

Nasib baiklah kelas SPSS tu dijalankan di pejabat (Allah sentiasa membantu kita dalam memudahkan urusan). Jadi dapatlah jugak Bonda mencelah-celah uruskan perkara ini. Dalam proses penyediaan kertas kerja ini, Bonda juga berbincang dengan top bos Bonda. Nak tau jugalah apa kehendaknya dalam menentukan hala tuju kertas kerja itu.
Untuk makluman anda, kertas kerja untuk dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa induk tu hanya ada 2 jenis aje iaitu kertas cadangan dan kertas makluman. Kertas cadangan - apabila kita mahu dapatkan persetujuan, kelulusan dan mandat jawatankuasa atas perkara yang kita mahu lakukan. Manakala kertas makluman pula apabila kita mahu melaporkan kemajuan atau tindakan sesuatu perkara.

Perkara yang bos Bonda mahu kemukakan bukanlah cadangan kerana ia belum mantap dan masih kurang sesuai untuk dicadangkan. Ia juga bukanlah makluman kerana ia tidak melaporkan kemajuan atau tindakan yang diambil. Ianya hanya suatu perkongsian pengalaman atau idea dan harapan bos Bonda, idea itu dibeli oleh pengurusan atasan KPM.

Semasa dalam perbincangan dengan top bos Bonda, selain daripada menyediakan kertas kerja, dia juga mahu Bonda sediakan power point pembentangan dan membuat pembentangan semasa mesyuarat itu nanti. Telan air liur Bonda. Semuanya first time. Berada dalam mesyuarat tu pun tak pernah, inikan pulak nak buat pembentangan. Bos Bonda tu beri semangat dan kata-kata motivasi serta menyatakan harapannya ke atas Bonda.

Kertas kerja yang akan dibentangkan bertajuk Pelaksanaan Latihan Berasaskan Kompetensi Di BPPK. Top bos mahu Bonda menjadi Subject Matter Expert (SME) dalam Latihan Berasaskan Kompetensi. Dia juga memberi peluang dan ruang kepada Bonda untuk tonjolkan diri. Promosi dirilah katakan. Idea awal untuk melaksanakan latihan berasaskan kompetensi, datangnya daripada dialah. Bonda cuma berusaha sedaya upaya menterjemahkannya supaya hasrat bos Bonda tu tercapai.

Hari Khamis, Bonda serahkan deraf pertama kertas kerja kepada 2nd bos. Pada masa yang sama, Bonda juga telah mula menyediakan power point pembentangan. Selepas mengambil kira pandangan dan komen daripada 2nd bos, Bonda olah kembali kertas kerja itu. Nasib baiklah tidak banyak perubahan. Selesai pindaan dibuat, deraf kedua diserahkan kepada 2nd bos. Satu salinan juga Bonda serahkan kepada top bos Bonda. Tiada apa-apa lagi komen daripada 2nd bos. Semua dah okay. Daripada top bos, inilah komennya ...

"Tahniah! saya bersetuju dengan pendekatan yang dibuat. Terima kasih. Pastikan 'slide presentation' nya juga canggih."

Seronoknya Bonda bila baca komennya. Belum pernah lagi dapat komen yang sebegitu memberangsang. Teruja. Senyum sampai ke telinga. Dalam hati Bonda pulak, berbunga-bunga. Puas dengan pencapaian diri. Berkat daripada sokongan serta bimbingan 2nd. bos Bonda, Puan Rozainum binti Ahmad. "Terima kasih Puan." Bonda mencapai 80% target iaitu Bonda dapat emel kan kertas kerja itu kepada urus setia mesyuarat pada hari Jumaat.

Power point pembentangan masih dalam peringkat memohon pandangan dan kelulusan serta restu bos. Deraf pertama power point pembentangan, 2nd bos dah beri pandangan dan komen pada hari Jumaat. Hari Isnin nanti Bonda akan serahkan 2nd deraf kepada 2nd bos dan top bos. Target Bonda, pada hari Isnin, Bonda dapat emel kan power point pembentangan itu kepada pihak urus setia (dengan kelulusan bos).

Aduh! Panjangnya cerita di sebalik tabir. Tujuan Bonda cerita panjang-panjang ni supaya anda dapat kutip isi-isinya sebagai panduan, jika diperlukan. Bonda juga sekadar nak berkongsi keseronokan dan kepuasan pencapaian tugas yang dilaksanakan. Jumpa lagi.

Sunday, December 11, 2011

Rintis PROSPEK Di SMK Undang Rembau

Salam buat rakan-rakan dan anak-anak Bonda.
This time Bonda nak mengabadikan gambar-gambar yang Bonda rakamkan semasa membuat pengumpulan data untuk projek rintis Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) Kementerian Pelajaran Malaysia. Ada lapan (8) lokasi yang Bonda pergi selama dua minggu (18 - 27 Oktober 2011). Bonda akan kongsikan gambar-gambar tu dalam lapan post, ikut tempat, insya Allah.

Tempat pertama yang Bonda pergi adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau, Rembau Negeri Sembilan pada 18 Oktober 2011.
Ini Guru Penolong Kanan SMK Undang Rembau. Dia sedang menyampaikan ucapan aluan bagi pihak Pengetua. Pengetua ada tugas rasmi di luar sekolah pada masa yang sama.
Selepas ucapan aluan, kami mulakan dengan sesi Taklimat PROSPEK dan tujuan kehadiran kami. Bonda guna perkataan "kami" sebab pada setiap tempat terlibat, Bonda akan pergi bersama jurulatih utama rintis.
Inilah Cikgu Haji Mohd. Isa, jurulatih utama rintis. Beliau adalah guru penolong kanan di salah sebuah sekolah di Negeri Sembilan.
Tak ada pulak gambar close up Cikgu Haji Mohd. Isa ni. Sesi Taklimat ini Cikgu Haji Mohd Isa yang kendalikan. Bonda bantu dan dengar-dengar apa yang disampaikan bagi memastikan tidak berlaku kesilapan maklumat.
Responden (orang yang akan menjawab soal selidik) tak ramai, dalam 20 orang aje. Itupun termasuk staf sokongan. Selesai sesi taklimat, sesi mengisi borang soal selidik pulak. Sesi ni Bonda yang kendalikan.

Lihatlah betapa khusyuk dan fokusnya responden mengisi borang soal selidik.
Responden dibenarkan berbincang tapi jawapannya ikhlas daripada diri sendiri.
Selain daripada Bonda dan jurulatih utama, pegawai Unit Kompetensi Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan turut hadir. Yang berdiri tu lah dia.
 

Itulah sedikit sebanyak pengalaman Bonda di SMK Undang Rembau, Negeri Sembilan. Jumpa lagi di tempat lain.

Thursday, December 8, 2011

Basic Management


Salam buat rakan-rakan dan anak-anak Bonda.
Kali ni Bonda nak sentuh tentang basic management (management 101) kerana terdapat bos yang gagal menjadi good manager apabila mereka jadi bos.  Kadang-kala Bonda keliru apabila bos mengarahkan orang bawahnya sediakan perancangan tahunan program unit/organisasi. Bukankah itu tanggungjawab bos? Orang bawah ni akan memikirkan aktiviti-aktiviti kecil untuk mencapai matlamat bos itu. Yang penting perancangan daripada bos yang perlu ada terlebih dahulu. Itu pandangan dan kefahaman Bonda buat setakat ini. Oleh itu, bagi Bonda, bos juga perlu menjadi seorang manager yang cekap dan berkesan tetapi dalam kumpulan yang lebih besar.


What is management? What do managers do? How do I manage? Itulah soalan-soalan asas.

What is management?
Management adalah seni dan sains. Seni dalam menghasilkan pekerja yang lebih efektif. Manakala sains dalam menjelaskan bagaimana dilaksanakan. Terdapat empat (4) teras iaitu Plan, Organize, Direct, dan Monitor.

What do managers do?
Fungsi utama manager adalah menghasilkan pekerja-pekerja yang lebih cekap atau efektif.
Empat (4) pekerja dapat menyiapkan 6 unit dalam tempoh 8 jam bekerja secara shif tanpa seorang manager. Jika saya mengambil anda untuk menguruskan mereka dan mereka masih dapat menyiapkan 6 unit sehari, apa faedahnya anda kepada bisness saya?
Analogi ini dapat diguna pakai untuk perkhidmatan, retail, teaching atau apa saja jenis pekerjaan. Itulah nilainya pengurusan (management) - menjadikan atau menghasilkan sekumpulan pekerja/ individu yang lebih cekap atau efisen.
How do I manage?
Kemahiran pengurusan # 1: Plan atau Rancang
Pengurusan bermula dengan perancangan. Good management starts with good planning. Tanpa perancangan, anda tidak akan berjaya. Jika anda berjaya, itu satu kebetulan atau nasib baik dan ia tidak akan berulang.

Fikirkan apa matlamat anda (atau dengar apa yang bos anda beritahu).
Kemudian fikirkan apakah cara terbaik untuk melaksanakannya.
Apakah sumber yang anda ada?
Apa yang anda boleh dapat untuk menjayakan projek anda?
Bandingkan kekuatan dan kelemahan setiap individu dan lain-lain sumber.

Adakah dengan meletakkan empat (4) pekerja untuk satu tugasan yang mengambil masa 14 jam, lebih menjimatkan daripada menyewa sebuah sebuah mesin yang dapat melaksanakan tugasan yang sama dengan seorang pekerja dalam masa 6 jam?

Lihat pada semua kemungkinan dan buat perancangan. Fikirkan kemungkinan yang paling teruk dan buat perancangan.
Nilaikan setiap perancangan. Berdasarkan penilaian terbaik anda, kembangkan atau buat penelitian bagi perancangan yang dipilih.

Kemahiran pengurusan # 2: Organize atau Atur dan susun
Sekarang anda telah mempunyai perancangan. Anda perlu melaksanakannya atau membuatkannya berhasil.
Adakah semua persiapan awal telah tersedia supaya kumpulan anda dapat memulakannya tepat pada masanya?
Adakah semua ahli kumpulan anda bersedia untuk melaksanakan peranan mereka perancangan itu?
Adakah pekerja terlatih?
Adakah mereka bersemangat?
Adakah mereka mempunyai peralatan yang diperlukan?
Adakah alat ganti peralatan disediakan?
Adakah tempahan/pembelian bahan (material) telah dibuat? Adakah ia menepati apa yang dikehendaki? Adakah ia akan sampai mengikut yang dijadualkan?
Do the legwork to make sure everything needed to execute the plan is ready, or will be when it is needed.
Semak dan pastikan semua orang faham peranan masing-masing dan kepentingan peranan mereka dalam kejayaan keseluruhan projek/perancangan.

Kemahiran pengurusan # 3: Direct atau Beri arahan
Sekarang tibalah masanya untuk tekan suis "ON". Beritahu orang anda apa yang perlu mereka lakukan. Analoginya adalah conducting an orchestra. Setiap orang dalam orchestra ada nota muzik di hadapan mereka. Mereka tahu bila perlu masuk, apa yang perlu dimainkan dan bila perlu berhenti kembali. Anda telah berikan semua pemuzik (pekerja) anda nota muzik (perancangan). Anda mempunyai jumlah pemuzik (pekerja) yang tepat bagi setiap bahagian (unit/jabatan). Anda telah menyusun kedudukan kumpulan-kumpulan ini di atas stage supaya muzik yang terbaik dapat didengari (anda telah mengatur atau menyusun kerja). Sekarang anda cuma perlu tap the podium lightly with your baton untuk dapatkan perhatian dan mulakan irama.

Kemahiran pengurusan # 4: Monitor atau Pantau
Sekarang semua sudah bergerak. Anda perlu keep an eye on things. Pastikan semua berjalan mengikut perancangan. Apabila ada perkara tidak berlaku mengikut perancangan, anda perlu campur tangan dan buat pengubahsuaian perancangan.
Masalah pasti akan timbul, seseorang jatuh sakit, ada perkara yang tidak dapat disiapkan tepat pada masanya. Sebab itulah anda perlu ada pelan kontigensi atau pelan B.
Anda sebagai manager perlu sentiasa bersedia, aware dengan apa yang berlaku supaya anda dapat membuat adjustment jika perlu.
Pemantauan adalah satu proses yang berulang. Apabila sesuatu berlaku tidak seperti yang dirancang, anda perlu pelan untuk membetulkannya. Atur sumber anda untuk membuatkannya berhasil. Arah orang anda yang dapat melaksanakannya. Teruskan memantau untuk melihat kesan daripada perubahan yang dibuat.

Adakah ianya berbaloi?
Mengurus manusia bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi ia dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ia akan menjadi suatu pengalaman yang berharga. Harus diingat, seperti lain-lain kemahiran, management adalah sesuatu yang anda dapat meningkatkannya melalui pembacaan dan latihan.

Jadilah manager yang berkesan supaya dapat menjadi seorang pemimpin yang cekap.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...