Tuesday, August 23, 2011

Keceriaan Rakan Sekerja

Kali ni Bonda mahu mengabadikan gambar rakan-rakan sepejabat Bonda sewaktu Bonda berkhidmat di Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK), Kementerian Pelajaran Malaysia. Gambar-gambar ni dirakamkan semasa majlis pelancaran Kempen Amalan Senyum di BPPK pada 6 Julai 2011.

Cerita tentang majlis pelancaran kempen itu ada kat sini. Bonda lupa nak cerita dalam entri yang lepas tentang bagaimana kempen ini dicetuskan. So, Bonda nak cerita sikitlah kat sini. Pemimpin-pemimpin Bonda mengadakan aktiviti "Cetusan Minda". Aktiviti ini bertujuan untuk menggalakkan staf BPPK terutama kakitangan sokongan mencetuskan idea, apa saja idea untuk kebaikan organisasi. Salah satu kumpulan mencadangkan agar budaya senyum dipertingkatkan kerana timbul aduan pelanggan yang menyatakan tahap kemesraan staf BPPK agak rendah. Oleh itu terhasillah Kempen Amalan Senyum.

Pada kesempatan itu, gambar semua staf mengikut unit bersama dengan barisan pemimpin atasan BPPK dirakamkan. Kami ada tujuh (7) unit semuanya. Jumlah staf tak ramai, lebih kurang 74 aje.

Kita mulakan dengan staf yang tiada unit, sebabnya mereka adalah orang kuat pemimpin Bonda iaitu Personal Assistant (PA).
Dari kiri: Puan Hariyati binti Kamaruddin (PA kepada Encik Azme), Puan Rishamila binti Muhamed @ Mat Yasin (PA kepada Encik Khalid), Encik Azme bin Hussain (Timbalan Setiausaha Bahagian Sektor Pengurusan), Encik Khalid bin Abu Bakar (Setiausaha Bahagian), Puan Rozainum binti Ahmad (Timbalan Setiausaha Bahagian Sektor Pembangunan Kompetensi), dan Puan Ibtisam binti Azmi (PA kepada Puan Rozainum).

Sektor Pembangunan Kompetensi (PK)
Sektor PK mempunyai tiga (3) unit dan di bawah pimpinan Puan Rozainum binti Ahmad, Timbalan Setiausaha Bahagian Sektor Pembangunan Kompetensi (TSUB PK).

Unit Pembangunan Standard dan Kualiti (SQ), Sektor Pembangunan Kompetensi.
Dari kiri: Cik Siti Aishah Nordin, Encik Mohd Naimi Mohd Sukri, Encik Azme bin Hussain (TSUB P), Encik Mohd Hafizul Maliki, Encik Khalid bin Abu Bakar (SUB), Puan Ruzanna Razali, Puan Rozainum binti Ahmad (TSUB PK), Cik Norhidayah Rejeni, Puan Rohana Mahmood (Ketua Penolong Setiausaha SQ), Puan Tuty Taib, Puan Sofiah Daud, Puan Faizaton Mohd Zahari, dan Cik Nurul Ashikin Methlan

Unit Penilaian (E), Sektor Pembangunan Kompetensi
Dari kiri: Cik Nur Ili Rosli, Cik Rosemawati Hussein, Cik Dalida Attiqah Mohd Nordin, Encik Azme bin Hussain (TSUB P), Encik Yuhasrizan Yusuf, Encik Mohd Khairuddin, Encik Khalid bin Abu Bakar (SUB), Puan Shara Zuliana Shafiee, Cik Azah Mastura Ismail, Puan Rozainum binti Ahmad (TSUB PK), Encik Mohd Shahar Mohd Sam, dan Encik Mohmmad Najib Mohd Ali (Ketua Penolong Setiausaha E).

Unit Dasar, Penyelidikan dan Penandaarasan (DPP), Sektor Pembangunan Kompetensi
Dari kiri: Bonda, Encik Nadzrul Haq Abdul Razak, Encik Azme bin Hussain (TSUB P), Encik Khairul Nizam Hamir Hasan, Encik Mohd Shahrul Arif Kamarudin, Encik Khalid bin Abu Bakar (SUB), Encik Abd. Hamid Bahari, Puan Rozainum binti Ahmad (TSUB PK), Encik Hanifah Lontok (Ketua Penolong Setiausaha DPP), dan Puan Zunita Elias.

Sektor Pengurusan (P)
Sektor P mempunyai empat (4) unit dan di bawah pimpinan Encik Azme bin Hussain, Timbalan Setiausaha Bahagian Sektor Pengurusan (TSUB P).

Unit Pengurusan PTK dan Peperiksaan Perkhidmatan (PP), Sektor Pengurusan
Dari kiri: Puan Hamasni Che Din, Puan Joanna Zahra Augustine Liom, Puan Siti Madzlina Salahudin, Encik Azme bin Hussain (TSUB P), Encik Muhamad Hafizi Md. Ariffin, Encik Khalid bin Abu Bakar (SUB), Puan Zanalia Azizan, Puan Rozainum binti Ahmad (TSUB PK), Puan Roslind Yah, Cik Siti Norarsyra Mohd Ayob, Puan Nur Diyana Muhammad Isror, dan Puan Nur Hafizah Sulaiman.

Unit Pentadbiran (T), Sektor Pengurusan
Unit yang paling ramai anggotanya.
Dari kiri: Encik Nurul Amin Abd Karim, Encik Muhammad Faris Ashak, Cik Tan Kim Sze, Encik Sivananthan a/l Perianan (Ketua Penolong Setiausaha T), Encik Syaiful Azrey Abd Aziz, Encik Azme bin Hussain (TSUB P), Puan Esma Eiza Mat, Encik Khalid bin Abu Bakar (SUB), Encik Ahmad Safuan Shamsuddin, Puan Rozainum binti Ahmad (TSUB PK), Encik Pizol Hussin, Cik Arni Mayuti Abu Bakar, Encik Shamsul Azni Abd Aziz, Puan Julia Musa @ Abdul Rashid, Puan Siti Aishah Hassan, dan Cik Nur Hazmimifiza Ishak

Unit Kewangan (W), Sektor Pengurusan
Dari kiri: Encik Amir Hamzah Abdul Aziz, Encik Azme bin Hussain (TSUB P), Encik Wan Nuridzuan Wan Abdullah, Encik Khalid bin Abu Bakar (SUB), Encik Muhammad Nasrul Ersal, Puan Rozainum binti Ahmad (TSUB PK), Cik Noor Baizura Baharuddin, Puan Fairuzah Saad (Ketua Unit W) Encik Badrul Hisam Mansor, Puan Roslida Ismail, dan Puan Norliza Mahmod.

Unit Teknologi Maklumat (F), Sektor Pengurusan
Dari kiri: Encik Redzuan Othman, Puan Nor Ezura Bahrin (Ketua Unit F), Encik Azme bin Hussain (TSUB P), Encik Khalid bin Abu Bakar (SUB), Puan Rozainum binti Ahmad (TSUB PK), Encik Lokman Hakim Mohd Jaid, Puan Noorazlin Hashim

Itulah rakan-rakan Bonda. Kami tak ramai. Jadi kami kira-kiranya rapat jugalah tanpa mengira status dan gred jawatan. Tapi "respect the chair" tetap ada.
Jumpa lagi di lain waktu.

Sunday, August 21, 2011

Kempen Amalan Senyum

Di organisasi atau pejabat anda dah ada ke kempen senyum? Oh! Tak perlu buat kempen, sebab staf dah sentiasa senyum. Baguslah tu. Tapi bila kita buat kempen, tak bermakna kita ada isu besar. Ia hanya untuk tingkatkan kesedaran (awareness).

Organisasi Bonda telah melancarkan Kempen Amalan Senyum pada 6 Julai 2011.
Ia dilancarkan oleh pemimin Bonda, Encik Khalid bin Abu Bakar selaku Setiausaha Bahagian. Maniskan senyumannya.
Dalam ucapan pelancaran, Encik Khalid ada menyebut tentang kuasa sekuntum senyuman. Dia menceritakan bagaimana senyuman yang terukir di wajah arwah ibunya sewaktu meninggal dunia, telah memberikan semangat buat dirinya untuk terus hidup dan berjuang. Ibunya meninggal muda dan di waktu itu dia masih lagi kanak-kanak. Bonda lupalah berapa umur dia pada ketika itu. Apa yang pasti, kehilangan ibu semasa kita masih kanak-kanak, belum puas bermanja, memberikan tamparan yang hebat. Sewaktu emak Bonda meninggal dunia, Bonda juga merasa kehilangan yang amat sangat walaupun di waktu itu Bonda telah mempunyai keluarga sendiri.

Inilah pengacara majlis, Cik Siti Aisyah Nordin.
Suaranya memang lunak. Kat office Bonda ada dua orang aje yang mempunyai bakat dan suara sebagai pengacara majlis, setakat ini dan Cik Siti Aisyah ni salah seorang.

Inilah gimik pelancaran. Rakan-rakan Bonda kumpulkan gambar senyuman staf BPPK. Bila dah gambar dah siap, rupa-rupanya masih ada gambar staf yang tertinggal. Memang satu cabaran untuk memastikan semua gambar staf ada. Bonda tabik spring atas usaha murni rakan-rakan Bonda.

Encik Mohmmad Najib, pengerusi Kempen Amalan Senyum sedang menyemat pin kempen di baju Encik Khalid.

Ni pulak Encik Siva yang menyematkan pin kepada baju Encik Azme, Timbalan Setiausaha Bahagian Sektor Pengurusan.

Ini adalah Puan Rozainum, Timbalan Setiausaha Bahagian Sektor Pembangunan Kompetensi. Siapa yang sematkan pinnya? Bonda dah lupalah. Sorry ya.

Kami sedang menikmati tayangan video, wajah-wajah riang staf BPPK.

Kami juga dihiburkan dengan nyanyian yang berkonsepkan Senyum oleh kumpulan koir BPPK.

Itulah sedikit sebanyak cerita semasa majlis pelancaran Kempen Amalan Senyum di organisasi Bonda. Sekadar kenangan Bonda di sepanjang tahun 2011. Jumpa anda di lain waktu.

Thursday, August 18, 2011

Panduan Pemilihan Dewan Majlis Perkahwinan

Pada kesempatan ini Bonda mahu berkongsi tips dan pengalaman semasa memilih dewan untuk mengadakan majlis perkahwinan. Bonda menulis ini berdasarkan pengalaman Bonda mengurus majlis perkahwinan anak-anak Bonda. Ingatkan mudah tapi mencabar jugalah dan pernah juga rasa give up semasa mencari dewan yang sesuai.

Memilih dan menempah dewan adalah perkara pertama yang perlu dilakukan dan diselesaikan apabila tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan di rumah. Terdapat juga sesetengah dewan tu telah penuh ditempah untuk setahun. Jadi, jika anda berhasrat nak mengadakan majlis itu di dewan-dewan yang popular, cantik dan selesa, mestilah ditempah awal-awal, mungkin setahun. Tambah-tambah lagi jika tarikh majlis itu diadakan pada cuti sekolah. Bonda tak suka pilih tarikh cuti sekolah. Lain kalilah Bonda ulas topik itu. Sekarang kita fokus tentang dewan aje dulu.

Jika anda belum ada tarikh yang tetap, sekadar anggaran aje, Bonda sarankan anda pergilah meninjau-ninjau dewan yang ada di sekitar kawasan anda. Sekurang-kurangnya anda mendapat idea dan mudahlah nak buat bajet perkahwinan.

Lokasi Dewan
Kat mana nak dapat informasi atau tempat-tempat yang macam mana ada dewan? Jawapannya:
1. Tanya rakan-rakan, saudara mara dan juga jiran. Mereka mungkin ada pengalaman menghadiri majlis perkahwinan di lokasi yang anda mahu.

2. Pusat-pusat latihan atau pejabat-pejabat yang mempunyai bangunan sendiri kebiasaannya ada dewan. Ada kalanya mereka sewakan dewan mereka kepada orang awam. Anda perlu pergi ke tempat itu untuk dapatkan informasi dan lakukan tinjauan awal. Itu Bondalah. Bonda tak harap atau bergantung sepenuhnya dengan maklumat melalui panggilan telefon. Anda perlu melawat lokasi pada waktu pejabat. Pengalaman Bonda, security guard organisasi itu tidak membantu dalam memberikan maklumat sebegini walaupun hanya dengan memberikan nombor telefon untuk dihubungi.

Jika anda bekerja di pejabat/ organisasi yang mempunyai dewan untuk disewakan, Bonda cadangkan beri informasi itu, (mungkin dalam bentuk brochure) kepada security guard, selain daripada diletakkan di laman web. Tinjauan awal Bonda lakukan pada hari Sabtu. Sekadar nak dapatkan maklumat awal. Bila dah pergi dua tiga tempat dan tak dapat maklumat, membuatkan Bonda agak kecewa jugalah. Bila Bonda dah serius nak lihat dewan itu, barulah Bonda akan pergi pada waktu pejabat tapi mestilah buat temu janji dulu. Sebab itulah Bonda rasa brochure atau maklumat tentang sewaan dewan perlu diberikan kepada security guard.

3. Tanya pakcik Google, iaitu guna search engine.

Kapasiti Dewan
Selain daripada harga sewaan, anda juga perlu tahu kapasiti dewan itu. Berapakah jumlah tetamu yang dapat ditampung oleh dewan itu dalam satu-satu masa? Dalam memilih saiz dewan yang sesuai, anda perlulah dah ada cadangan bagaimana majlis itu akan berlangsung, sama ada "1 seating" atau "silih berganti". Apa yang Bonda maksudkan dengan "1 seating' adalah tetamu makan serentak dengan pengantin. Kebiasaannya majlis sebegini dijalankan pada waktu malam. Oleh itu kapasiti dewan mestilah sama dengan jumlah tetamu. "Silih berganti" pulak bermaksud tetamu tidak datang serentak. Kebiasaannya majlis ini dijalankan pada waktu siang. Oleh itu kapasiti dewan bolehlah kurang daripada jumlah tetamu.

Pakej Sewaan Dewan
Apabila harga sewaan telah dinyatakan, soalan seterusnya adalah apakah kemudahan yang diberikan? Atau apakah yang termasuk dalam harga sewaan dewan itu? Adakah ia termasuk ...
1. kerusi meja?
2. perkhidmatan membersih dewan sebelum dan selepas majlis?
3. perkhidmatan mencuci tandas?
4. aircond dan lampu semasa penyediaan dewan?
5. sistem PA atau siaran raya?
6. bantuan teknikal?
7. DJ?
8. bilik rehat, bilik santai atau bilik lepak?

Kemudahan Sokongan
Kemudahan sokongan bermaksud kemudahan sedia ada yang menyokong kelancaran majlis. Kemudahan sokonganlah yang menjadi bonus poin bagi Bonda dalam membuat senarai pendek (short listed). Perkara atau kemudahan yang Bonda lihat adalah
1. tempat meletak kenderaan atau parking bagi tetamu. Bonda suka jika tempat itu mempunyai banyak tempat parking dan laluan masuk-keluar juga mudah.
2. tandas;
3. tempat solat;
4. tempat penyediaan atau hidang makanan;
5. punca air untuk membasuh pinggan mangkuk dan air cuci tangan;
6. pentas (ketinggian);
7. bilik rehat;
8. laluan & kemudahan kerusi roda jika melibatkan tangga untuk sampai ke dewan itu;

Nice To Have
Alangkah bagusnya jika pengurus dewan dapat memberikan beberapa sampel floor plan atau pelan lantai susunan kerusi meja tetamu, meja makan beradap/pengantin, dan lain-lain yang perlu ada semasa majlis perkahwinan. Kedua-dua pengurus dewan yang Bonda berurusan tidak dapat membekalkannya. Itulah sikap orang makan gaji. Bonda terpaksa bayangkan dan lakarkan sendiri.

Bonda minta map lokasi dewan (untuk dicetak pada kad jemputan), pengurus-pengurus itu juga tak dapat penuhi sedangkan dewan itu kerap juga disewa untuk majlis perkahwinan. Betul-betul makan gaji punya orang, tidak fikir untuk gembirakan pelanggan.

Itulah sedikit sebanyak pengalaman Bonda dalam memilih dewan untuk majlis perkahwinan anak-anak Bonda. Semoga catatan ini mendatangkan manfaat buat anda.
Jumpa lagi di lain waktu, insya Allah.

Saturday, August 6, 2011

Perjalanan Awal Dalam Mengenali Kumpulan Inovatif dan Kreatif

Kali ni Bonda mahu berkongsi cerita bagaimana Bonda terjebak dalam KIK atau Kumpulan Inovatif dan Kreatif sehingga membawa Bonda menjadi fasilitator dan panel juri KIK. Tapi cerita kali ni berhenti sehingga fasilitator ajelah. Tentang panel juri tu, lain kalilah. Manalah tau, cerita Bonda ini dapat dijadikan sedikit panduan bagaimana nak mulakan langkah dalam pembangunan projek KIK. So selamat meneroka.

Bulan Mei 2011, Bonda diperkenalkan secara lebih terperinci dengan KIK atau Kumpulan Inovatif dan Kreatif. Sebelum ini Bonda cuma dengar-dengar aje dari jauh kerana di organisasi Bonda telah ditubuhkan sekumpulan KIK.
November 2010, Bonda diarah pergi ke Konvensyen KIK KPM sebagai pemerhati. Itulah kali pertama, setelah lebih 20 tahun berkhidmat, Bonda melihat persembahan KIK.

4 hingga 6 Mei 2011, Bonda telah diarahkan (yalah, kalau tak kena arah, mana boleh suka-suka nak minta join) menghadiri Bengkel Fasilitator KIK di Hotel Emperor Melaka. Bonda merasa sangat bersyukur kerana terpilih menghadiri bengkel itu. Bengkel itu dikendalikan oleh Puan Aliza Zainal Munir daripada SIRIM. Penerangan dan pengendalian setiap sesi sangat cemerlang. Bengkel ini dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Jadi pesertanya terdiri daripada pegawai-pegawai KPM ajelah.

Dalam bengkel itu, Bonda mendapat pendedahan tentang
1) konsep KIK atau ICC iaitu Innovative and Creative Circle
2) Langkah membangunkan projek KIK
3) Kriteria penghakiman projek KIK

Setiap peserta dibekalkan dengan sampel bahan pembentangan KIK tahun lepas. Bagus jugalah sebab dapatlah ditenguk contoh-contohnya. Tapi contoh yang diberi tidak semestinya yang dapat markah tinggi. Lihat dan kaji sendirilah.

Puan Aliza menyarankan supaya projek KIK yang bagus dikongsi bersama kerana isu yang hampir sama mungkin dihadapi oleh orang lain juga. Penyelesaian itu mungkin dapat diubah suai dan digunakan oleh orang lain. KIK ialah replica the best practices. Idea itu Bonda setuju. Pastinya kita (ahli kumpulan) merasa bangga (dengan pencapaian diri) jika idea dan inovasi kita digunakan oleh orang lain juga.

Selesai bengkel, Bonda telah dilantik sebagai fasilitator kumpulan KIK di organisasi Bonda. Ini bermakna organisasi Bonda mempunyai dua (2) kumpulan KIK. Semua ahli kumpulan Bonda tiada ilmu dan pendedahan yang amat minima tentang KIK. Jadi, antara langkah awal yang Bonda ambil adalah memastikan kumpulan Bonda mendapat ilmu pengetahuan terutama berkaitan KIK. Bonda telah ...
1) berkongsi nota yang Bonda dapat semasa bengkel;
2) berkongsi nota kriteria penghakiman projek KIK;
3) berkongsi sampel bahan pembentangan KIK
3) menghantar 3 orang ahli kumpulan menghadiri kursus penilaian projek KIK;
4) menghantar 2 orang ahli kumpulan ke Konvensyen KIK peringkat negeri sebagai pemerhati;
5) menghantar setiausaha kumpulan ke bengkel penyediaan laporan KIK;
6) menghantar 3 orang ahli kumpulan mengikuti kursus Adobe Photoshop;

Panduan Mengenai Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) terbitan Jabatan Perdana Menteri pada 1 November 2009 ni bagus juga diberikan kepada semua ahli kumpulan KIK.

Itulah sedikit sebanyak pengalaman Bonda dalam KIK. Bonda juga masih baru dan masih banyak yang perlu dipelajari dan diterokai. Bonda mahu menerokai bersama-sama kumpulan KIK Bonda.

Hingga jumpa lagi di lain waktu, bye and take a very good care of your self.

Friday, August 5, 2011

Tiada Lagi Bos Di Organisasi

Apa pandangan anda jika "bos" dihapuskan (eliminate)? Bonda setuju aje.
Bagaimanakah situasinya jika "bos" tiada? Anda sendiri dapat bayangkannya.

Siapakah sebenarnya yang anda mahu di organisasi? Bagi Bonda, Bonda perlukan pemimpin, bukannya bos. Apabila disebut aje perkataan "bos", terasa dan terbayang, arahan yang dikeluarkan tanpa penjelasan yang secukupnya dan tiada atau sangat minima, bimbingan daripadanya.
Istilah "bos" membuatkan rasa gerun dan takut. Kerjanya asyik mengarah aje. Manakala istilah "pemimpin" menimbulkan rasa hormat dan menghargai bimbingannya dalam membentuk personaliti staf.

Jawatan sebagai pemimpin bukan setakat merujuk kepada kuasa tetapi juga bertanggungjawab untuk membantu, membimbing, beri kepercayaan, memberi semangat dan motivasi serta meningkatkan tahap profesionalisme staf supaya lebih berjaya dan gembira.

Bonda berharap istilah "bos" digantikan dengan "pemimpin" kerana bos melambangkan kuasa dan arahan. Manakala perkataan pemimpin melambangkan kuasa dan tanggungjawab.

Bonda terpanggil dengan isu ini setelah mengikuti forum luar negara berkaitan human resource. Bagus forum ni kerana perbincangan ilmiah berlaku secara profesional. Sekiranya ada yang mengutarakan pendapat secara kurang beradap, dia akan ditegur dan diperingatkan. Setakat ini Bonda belum lagi berjumpa mana-mana forum di Malaysia berbentuk ilmiah yang membincangkan atau berkongsi pandangan tentang hal-hal berkaitan pengurusan sumber manusia. Jika anda ada sebarang maklumat, harap dapat share dengan Bonda. Laman web yang Bonda maksudkan adalah CiteHR Human Resource Management. Link

Jumpa lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...