Monday, June 27, 2011

Cara Mudah Jadikan Menabung Suatu Tabiat

Adakah anda mengalami kesukaran untuk menabung? Bagi diri Bonda, jawapannya adalah YA. Kita sering dengar nasihat dan saranan yang menyuruh kita menabung. Kadang kala kita juga (Bondalah tu) memberi saranan yang sama kepada orang lain. Bonda cuma pandai cakap aje tapi tidak beri tahu cara bagaimana nak menabung.

Kebiasaannya perbuatan menabung tu hangat-hangat tahi ayam aje. Tapi itu tidak bermakna kita tidak dapat ubah sikap itu. Di sini Bonda nak share cara bagaimana kita dapat jadikan menabung tu sebagai satu tabiat. Bonda baru aje bermula nak jadikan menabung tu tabiat. Jika Bonda share tips ni hanya apabila Bonda dah berjaya, lambat tu. Sebabnya Bonda bukanlah muda belia apabila dapat rahsia ini.

Sebelum Bonda pergi lebih jauh dalam tajuk ini, Bonda mahu merakamkan ucapan terima kasih kepada Irfan Khairi kerana sudi berkongsi tips dan cara bagaimana nak tanamkan sikap suka menabung dalam diri kita sendiri.

Irfan Khairi mencadangkan kita berbelanja dengan menggunakan duit kertas sahaja. Baki duit syiling tu kita masukkan dalam tabung khas kita. Contohnya, kita beli majalah yang berharga RM4.30. Kita bayar dengan menggunakan duit kertas RM5.00. Jadi baki RM0.70, kita simpan dalam tabung khas.

Tapi kan, kenapa kita perlu menabung? Sebabnya kita nak kaya. Kalau guna ayat profesional, kita nak capai bebas kewangan (financially free) atau disebut juga sebagai kewangan mandiri. Sebenarnya definisi kekayaan adalah berapa banyak kita dapat menyimpan wang pendapatan.

Nak tahu lebih banyak lagi tips bagaimana dapat dicapai financially free, bacalah buku Nota Jutawan, Nota Kewangan yang ditulis oleh Irfan Khairi.

Best bukunya. Sangat beruntung jika anda dapat memiliki senaskah buku itu. Sebabnya Irfan Khairi berkongsi ilmu kewangan supaya kita celik wang, berjimat cermat dan dapat mengurus wang dengan lebih bijak.

Akhir kata, ingat, apabila berbelanja, guna duit kertas. Baki duit syiling tu dimasukkan dalam tabung khas.

Sunday, June 26, 2011

Bahagian Akhir Majlis Akad Nikah Iffah Hamed

Lama betul Bonda mengambil masa untuk menghabiskan cerita bagi satu tajuk kecil kehidupan Bonda iaitu Majlis Akad Nikah Iffah Hamed, puteri sulong Bonda. Better late than never. Seperti yang Bonda pernah nyatakan, seboleh-bolehnya Bonda mahu upload semua gambar yang dapat dirakam pada majlis tersebut supaya Bonda tidak hilang semua kenangan itu.

Selesai acara membatalkan wuduk antara dua pengantin, tibalah acara bersalaman. Seboleh-bolehnya pengantin bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa mereka dan mertua dan moments itu dirakamkan.
Iffah bersalaman dengan emak mertuanya.
Gambar dia bersalaman dengan bapa mertuanya tiada dalam simpanan Bonda.
Ni giliran Zarizi Zaimi (Eg) pulak cium emaknya.
Rakaman spontan, Iffah bersalaman dengan Bonda.
Lupa Bonda nak letakkan fail yang dipegang.
Jadi nampak benar imej guru, ehem ehem wedding planner lah sedap sikit.
Nasib baiklah time Eg bersalaman dengan Bonda sempat dihilangkan fail itu.
Iffah mendapat ciuman sayang daripada datuknya, Toki.
Lepas tu giliran Eg pulak peluk Toki.
Seronok Toki (ayah Bonda) kerana dapat cucu baru yang besar panjang.
Pengantin diingatkan supaya bersalaman dengan semua tetamu yang hadir terutama bapak dan emak saudara.
Bila dah selesai bersalaman dengan tetamu yang hadir, barulah pengantin bergambar dengan keluarga terdekat dan rakan taulan yang hadir.
Kenangan Bonda sekeluarga dengan ahli keluarga baru.
Iffah bersama dengan ibu bapa barunya.
Iffah dengan adik beradik barunya.

Pengantin bersama dengan sebahagian Gadis Dulang.
Pengantin dengan Teruna Idaman Malaya
Eg, Iffah dan Delliya
Tambahan muka baru, adik Bonda, Rohaya.
Anak-anak saudara panggilnya "Mak Adik", maklumlah anak bongsu.

Bila dah selesai bergambar, barulah menjamah makanan yang dihidang. Kami sediakan sandwich, pisang dan air mineral untuk semua tetamu. Makanan ni kami packed siap-siap kerana selepas majlis akad nikah, kami terus pergi ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya untuk majlis kenduri kahwin (majlis resepsi Iffah).

Berikut Bonda letakkan siri cerita majlis akad nikah Iffah:
Siri 1 : Ketibaan Rombongan Pengantin Di Masjid Putrajaya
Siri 2 : Majlis Akad Nikah Iffah Hamed
Siri 3 : Majlis Akad Nikah Iffah Hamed - part 2
Siri 4 : Bahagian Akhir Majlis Akad Nikah Iffah Hamed

Monday, June 20, 2011

Majlis Akad Nikah Iffah Hamed - part 2

Maaflah kerana cerita majlis pernikahan Iffah lewat disambung semula. Terlalu banyak aktiviti yang memerlukan komitmen dan fokus.
Sekarang Bonda nak sambung cerita selepas doa selesai dibaca di majlis akad nikah Iffah.
Inilah wajah ceria setelah saksi-saksi menerima dan mengakui sah lafaz nikah yang dibaca oleh pengantin lelaki iaitu Zarizi (Eg).

Selesai majlis akad nikah, Eg menunaikan solat sunnat sebelum acara "membatalkan wuduk" dijalankan.

Sementara menunggu pengantin lelaki selesai solat, pengantin perempuan, Iffah perlu menandatangani borang nikah.

Selesai semua perkara tu barulah acara membatalkan wuduk dijalankan.
Ia dimulakan dengan pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin kepada pengantin perempuan.

Selepas itu diikuti dengan pengantin lelaki, Eg menyarung cincin ke jari manis Iffah.

Bila dah dapat cincin perkahwinan daripada Eg, Iffah perlulah ucapkan terima kasih dengan salam dan cium tangan suami.

Kemudian giliran Iffah pulak sarungkan cincin ke jari suaminya, Eg.
Maka berakhirlah acara membatalkan wuduk.
Sesi seterusnya bersambung di lain entri. Jumpa lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...