Thursday, April 28, 2011

Pegawai BPPK Menyelami Takrifan Gangguan Seksual

Salam istimewa buat pembaca yang setia.

Dalam entri ini dan beberapa entri yang akan datang, Bonda mahu mengabadikan hasil kerja Bonda sebagai ahli sidang redaksi buku laporan tahunan Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK) tahun 2010. Tugas Bonda adalah menyediakan laporan aktiviti unit Bonda bagi tahun 2010. Lima (5) aktiviti telah dikenal pasti dan dipersetujui oleh mesyuarat jawatankuasa. Bos besar Bonda mahukan setiap aktiviti dilapor atau ditulis dengan satu gaya penulisan yang kreatif dan dapat menarik minat orang. Tak bolehlah nak tulis macam dulu-dulu, skema dan ilmiah.

Hasil akhir penulisan Bonda pastinya akan berbeza dengan draf Bonda kerana ia akan diedit oleh pihak pengurusan (bos-bos lah). Bonda mahu melihat sejauh mana perbezaan style penulisan Bonda dengan pemikiran bos-bos Bonda. Inilah artikel pertama Bonda, mantan guru sains. Diharap anda enjoy membacanya dan dapat memberi komen untuk penambahbaikan penulisan Bonda.

Tajuknya : Pegawai BPPK menyelami takrifan gangguan seksual

Semua pegawai Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK) gred 41 dan 44 telah melalui sesi penerokaan takrifan gangguan seksual di tempat kerja selama dua (2) minggu yang bermula dari 1 hingga 21 Jun 2010. Sesi ini dijalankan secara pembacaan kendiri dan dibuktikan dengan penghasilan penulisan ilmiah oleh setiap pegawai. Objektif program ini adalah untuk memupuk budaya membaca dan penulisan ilmiah di kalangan pegawai BPPK. Idea ini dicetuskan oleh Encik Khalid bin Abu Bakar, Setiausaha Bahagian BPPK.

Program ini diteruskan dengan pembentangan hasil penulisan artikel Gangguan Seksual Di Tempat Kerja. Lima (5) artikel terbaik telah dipilih dan pembentangan telah dijalankan pada 30 Julai 2010. Dua (2) orang pegawai yang menghasilkan penulisan dan pembentangan terbaik telah dihantar mengikuti kursus Put On Your Thinking Cap: Critical Thinking and Idea Generation Skills anjuran pihak swasta pada 12 dan 13 Oktober 2010 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Kos kursus sebanyak RM 3,300.00 ditanggung oleh BPPK. Pegawai yang berjaya mengikuti kursus tersebut adalah Puan Nor Ezura binti Bahrin dan Puan Nur Diyana binti Muhammad Isror.

Sebagai menghargai sokongan dan kerja sama, sijil penyertaan diberikan kepada semua pegawai yang telah menghasilkan penulisan artikel Gangguan Seksual Di Tempat Kerja. Untuk tidak mensia-siakan hasil kerja dan sebagai usaha perkongsian ilmu, kelima-lima artikel terbaik itu telah dijilidkan dan dijadikan bahan bacaan warga BPPK.


Sekian.

Bonda juga terlibat dengan program ini. Di sinilah bukti perasaan Bonda semasa melalui proses itu.

Sunday, April 24, 2011

Part 2: Kisah Businessman Yang Menjatuhkan Business nya Sendiri

Bonda sambung cerita Si Caterer yang tidak pandai menjaga business nya. Kali ini kisah serang menyerang melalui sms. Siapa yang terkorban? Sama-samalah kita mengikutinya.

Hari Ahad, 17 April 2011:
Selepas maghrib, berehat-rehat kat rumah, Along telefon. Dia menceritakan bahawa Si Caterer tu datang ke rumahnya, mohon maaf dan mengaku semua kesilapannya termasuklah gulai daging yang pahit. Bonda percaya Along mesti dah "basuh" Si Caterer itu cukup-cukup. Along suruh Si Caterer tu datang berjumpa Bonda minta maaf kerana kesilapannya telah melibatkan maruah keluarga Bonda. Along juga telah berunding minta ganti rugi. Along mencadangkan Bonda minta ganti rugi tidak kurang dari RM500.00. Okaylah, Bonda kata. Bonda akan berunding dengan keluarga terlebih dahulu. Bonda ucapkan terima kasih atas jasa baik dan usahanya untuk menjernihkan keadaan.

Tak lama selepas Along telefon, Si Caterer hantar sms kepada Bonda yang bertaip begini (Bonda tak edit walaupun spelling supaya anda dapat menilainya sendiri) ...

SMS 1 Si Caterer: "Salam .sy abdul rahim( catering) minta jutawan kemaafan diatas kejadian atau kelewatan makanan V .I. P tadi .Kita cuba merancang namun ketentuan yg maha esa yg menentukan segalanya.insyaallah ada hikmah disebaliknya .Bilnya berbaki rm 1.950.jadi sya hanya mampu kurangkam rm sebanyak 150.00 sahaja ."

Geramnya bila baca ayat standard iaitu "ada hikmah di sebaliknya". Lagi satu dia tak ikut nasihat Along iaitu bayar ganti rugi sebanyak RM500.00 walaupun belum tentu Bonda akan setuju atau tidak. Ini menunjukkan dia tak respect Along dan tak berminat nak buat business dengan Along lagi. Bonda tidak membalas sms nya kerana Bonda masih mencari ayat yang sesuai dan sepadan dengan Si Caterer itu.

Tak lama selepas sms yang pertama tu, datang pula sms ke-2nya yang berbunyi begini ...

SMS 2 Si Caterer: "Kalau boleh esuk .pg esuk nak byr gaj budak Part time"

Makin geram Bonda. Sangkaan Bonda, dia nak buat temu janji untuk berjumpa dan bincang ganti ruginya. Ni tidak. Dia seolah-olah membuat andaian yang Bonda terima apa yang dia beri tu. Bonda masih lagi berdiam diri. Anak, menantu dan adik Bonda, suruh Bonda diam aje, jangan balas apa-apa. Buat dia mengelabah seperti mana Bonda mengelabah semasa dia lewat datang, langsung tak inform apa-apa. Fikiran Bonda kacau, jiwa tak tenang kerana cuba mencari penyelesaian terbaik.

Hari Isnin, 18 April 2011:
Pada keesokan harinya, Bonda dah masuk ofis (tak dapat cuti kerana menanggung kerja). Around lunch time, Si Caterer ni hantar lagi sms yang berbunyi begini ...

SMS 3 Si Caterer: "Salam dah masukkan duit ke harap dapat masukkan nak byr gaji pekerja"

Bunyinya macam desakan dan paksaan. Resah Bonda dibuatnya. Bonda telefon kakak ke-2 Bonda, menceritakan apa yang Si Caterer tu sms kan dan apa pandangan dia tentang apa yang patut Bonda lakukan. Kakak Bonda nasihatkan Bonda supaya say something, jangan berdiam diri. Dia juga bersetuju supaya Si Caterer tu membayar ganti rugi sebagai pengajaran. Dia juga tidak bersetuju dengan jumlah yang dicadangkan iaitu RM150 kerana itu amat sedikit, tiada makna bagi businessman.

Bonda juga bertanya pandangan kakak sulong Bonda. Sukar bagi dia memberi komen kerana dia tiada/tidak merasa suasana kelam kabut tu. Dia sibuk menjaga dan melayan kerenah cucunya, anak Dee supaya Dee dapat mengurus majlis itu. Pesanan dia, bertanyalah juga pandangan orang lain atau adik beradik yang lain, yang berada di situ.

Selepas mendengar kata-kata daripada kakak-kakak, Bonda mendapat kekuatan untuk membalas sms Si Caterer. Sms Bonda berbunyi begini ...

SMS 1 Bonda: "En Rahim, beri saya sedikit masa utk bincang perkara ini dgn keluarga saya, sebelah Johor & Trg kerana ini melibatkan maruah keluarga saya. Saya juga kerja outstation dlm minggu ini."

Bonda harap Si Caterer itu faham dan tidak mendesak Bonda untuk bank in duit itu. Bonda akan pergi ke Pulau Pinang daripada hari Selasa hingga Jumaat atas urusan kerja. Bonda berhajat untuk selesaikan perkara ini selepas balik dari Pulau Pinang lah.

Senyaplah sekejap Si Caterer tu. Rasa-rasa pada sebelah petang, dia hantar sekali lagi sms yang berbunyi begini ...

SMS 4 Si Caterer: "Bagi sy .sy cuba yg terbaik tapi...tentang akak nak buat perbincangan dgn keluarga akak ( J.B. Dan Terenganu ) sy terima .tapi fahamlah akak ni soal makan jadi darah daging taklah nak lari dari membuat bayaran .takanlah sampai sy nak haramkan makanan pada semua tetamu akak .kalau ya pun akak nak kerja luar migu ni tapi .takan tak boleh byr .sy nak pki duit minta tlg esuk masukan .maaf sekali lagi"

Menyirap darah Bonda. Geramnya. Bonda dah bayar 67% bukannya RM2,000.00. Boleh dia kata Bonda pulak yang nak lari dari buat pembayaran. Sakit hati. Bonda tanya pendapat adik lelaki Bonda. Dia juga mencadangkan Bonda membayar baki bayaran itu tapi tidak sepenuhnya. Dia mencadangkan ganti rugi sebanyak 20% iaitu lebih kurang RM1,200.00. Anak saudara Bonda mencadangkan ganti rugi anatara 10% - 15%. Bonda bertanya pandangan abang ke-2 Bonda. Dia mencadangkan Bonda membayar sepenuhnya dan serah kepada Allah membalasnya, bukan kita yang menghukum. Kekuatan Bonda untuk melalui situasi ini makin bertambah dengan sokongan keluarga.

Bonda masih lagi berdiam kerana ada beberapa orang lagi yang Bonda nak minta pandangan. Malam tu, Si Caterer ni menghantar sekali lagi sms yang berbunyi begini ...

SMS 5 Si Caterer: "Salam minta jasa baik akak .im sorry sekali lagi. Tolonglah bg baki + dgn kadar segera /esuk pg nak guna.lg pun ketentuan yg maha esa sdh menentukan .kita kena rheda apa yg berlaku dan apa yg akan berlaku d kemudian hari mendatang.TLG sekali lagi esuk"

Bonda masih berdiam diri. Geramnya. Dia buat macam Bonda tak tahu agama. Bonda dah buat keputusan untuk bayar bakinya tapi secara bersemuka. Manalah tau yang dok hantar sms tu bukan dia. Jadi Bonda akan bertemu dia selepas balik dari Pulau Pinang nantilah.

Hari Selasa, 19 April 2011:
Dalam perjalanan daripada airport Pulau Pinang ke Hotel Naza Talyya, Bonda menerima sms yang berbunyi begini ...

SMS 6 Si Caterer: "Salam .dah masukkan ke .atau sy buat report polis atau masuk srt kabar .minta tlg masuk kan ni ari atau. t K"

Geramnya. Siapa yang sepatutnya buat report ni. Ini dah jadi satu ugutan. Setelah bercakap dengan suami, Bonda hantar sms ini ...

SMS 2 Bonda: "Saya akan bayar secara cash dan bersemuka. Tapi en Rahim perlu hubungi suami saya, en hamed 012 xxx xxxx."

Selepas Bonda hantar sms tu, Bonda mulalah menghantar satu persatu sms yang menyatakan rasa tidak puas hati Bonda.

SMS 3 Bonda: "En Rahim, sbenarnya bukanlah niat saya nak hold baki bayaran kenduri pd 17 Apr, ahad. Saya dah brhajat nak bank in kesemuanya iaitu rm1,950 pd hari sabtu. Akan tetapi saya tidak sempat nak masukkannya menyebab seolah-olah saya sengaja pegang duit en Rahim itu. Inilah hikmahnya saya tak sempat bank in pd hari sabtu."

SMS 4 Bonda: " Utk makluman en Rahim, kami sangat tak brpuas hati dgn servis yg en Rahim berikan kpd saya. En Rahim gagal tunai janji en Rahim. Antara janjinya adalah utk bekalkn 6-8 org pelayan tapi yg dtg cuma 3 or 4 org. Budak2 pelayan tak tau buat keje, biadap & pemalas, tiada penyelia utk pantau & bimbing budak2 pelayan."

SMS 5 Bonda: "Utk makluman en Rahim, pengantin & vip trpaksa tunggu 1jam utk makanan pengantin sampai. Vip kami tu semuanya ahli keluarga pengantin lelaki yg rapat & penting. En Rahim bayangkn sejauh mana & seramai mana yg akan dengar cerita mereka tunggu makanan pengantin yg lambat semasa kenduri kahwin anak kami. Kami sungguh tak puas hati."

SMS 6 Bonda: "En Rahim, buat pengetahuan en Rahim, dsebabkn service en Rahim yg sangat teruk, adik bradik saya, anak buah saya & juga anak2 saya trpaksa turut sama membantu spt tukar air basuh tangan, angkat pinggan mangkuk dsb. Mereka sanggup ketepikn jawatan, pakaian & penampilan mereka utk membuat kerja2 dapur itu. Ini sungguh tak patut & melampau."

SMS 7 Bonda: "En Rahim, yg paling saya tak puas hati & tak dpt brtolak ansur adalah apa yg en Rahim buat kpd suami saya. Suami saya, bapa pengantin perempuan trpaksa bancuh air beberapa kali, angkat tong nasi, angkat lauk dan pelbagai kerja yg tak sepatutnya dia buat krn saya dah bayar kpd en Rahim utk bereskn semua itu. Maruah saya, suami, anak2, adik bradik, anak buah & saudara mara saya membereskn keja2 yg sepatutnya dselesaikan oleh pekerja2 en Rahim hanya mampu dbayar rm150 saja?"

SMS 8 Bonda: "En Rahim, saya redha atas apa yg brlaku. Ya, ada hikmahnya atas apa yg berlaku. Saya serahkn kpd Allah Taala utk membalasnya. Hukuman Allah paling adil krn dia Maha Mengetahui."

Puas hati Bonda apabila dah selesai hantar kesemua sms itu. Bila dah malam, ini respon Si Caterer ...

SMS 7 Si Caterer: "Salam sy tak tahu pulak jika ada budak sy yg kurang ajar terhadap akak.suami .anak+2 dan saudara akak . mereka tu budak baru pertama kali kerja dan masih kurang pengalaman. pekerja sy yg biasa tak dapat hadir saat akhir.maaf sekali lagi bg pehak sy terhadap keluarga akak.lagi 1 sy hanya blh kasi last discount rm 250. Je.dan T.K.sekali lgi pada keluarga akak terutama suami akak. Jika lori yg bawa makanan tu tak sesat tak terjadi semua ini . dan juga jika van sy tak buat hal insyaallah tak teqjadi semua ini.inilah kuderat ilahi kita cuba sebaik mungkin namun dia( ALLAH TAKAALAH yg menentukan .minta maaf sekali lagi jika terkasar tutur kata sy pada akak.sedang nabi ampun kan umatnya apa tah lagi kita insan yg biasa ni jadi sy mohon esuk pg tlg masukan duit rm 1.700 T.K.maaf zahir batin .jika panjang umur esuk jumpa lagi .maaf lewat bls ada order last minit ada org meninggal.nak kena masak ptg tadi."

Geramnya Bonda. Tak faham ke dia ni dengan sms Bonda yang terdahulu. Jadi Bonda pun membalasnya ...

SMS 9 Bonda: "Sila berurusan dgn suami saya. Saya dah beri nombor suami saya."

SMS 8 Si Caterer: "Boleh kasi no talipon suami akak T.K"

SMS 10 Bonda: "Saya dah kasi dlm sms saya pd tengahari tadi. Tak apa, saya akan hantar sekali lagi sms itu."

SMS 11 Bonda: "Saya akan bayar secara cash dan bersemuka. Tapi en Rahim perlu hubungi suami saya, en hamed 012 xxx xxxx."

SMS 9 Si Caterer: "O+k+t+k"

Lepas tu dia hantar sms ni pulak ...

SMS 10 Si Caterer: "Salam kenapa sy call suami akak tak jawap adakah ini satu permainan bola sepak .ari ahad masa sy kasi bil dgn akak .akak cakap dah serahkan urusan dgn ( yg duduk kat sg ramal.ari ni plk dah serah pd suami .tapi bila sy cal tak jawap."

Geramnya. Bila pulak dia beri bill tempoh hari? Dia tak ada hulur apa-apa pun cuma bercerita, memberi alasan kenapa dia lewat. Dia dah manupulasi cerita. Bonda tetap berdiam, menahan sabar. Nanti kalau dilayan lain pulak yang jadi. Bonda lebih suka bersemuka jika nak selesaikan. Bercakap dalam telefon buat habis duit aje.

SMS 11 Si Caterer: "Salam tahap kesabaran sy dah sampai penhujungnya.sy minta sekali lagi tlng masukan duit esuk pg atau sy akan buat lapuran polis dan kemudian sy akan ke bangsar dan masukkan dalam akhbar METRO. Begini tajuknya di muka depan kahwin dah selesai tapi keluarga pengantin lari dari buat bayaran dan tuan punya catering HARAMKAN para tetamu yg datang makan pada hari ahad bersamaan 17.04.2011. di TAMAN WARISAN PERTANIAN. tolong jangan sampai macam tu:-"

Si Caterer ni betul-betul gila. Dia ingat dia sorang je yang boleh buat report polis. Terkenal ke Bonda ni sampai cerita boleh masuk front page suratkhabar? Gila punya orang. Dia ni tak faham bahasa. Bonda dah bagi tau yang duit tu akan dibayar secara cash dan bersemuka, tapi masih lagi suruh dan desak bank in kan. Bonda masih berdiam diri.

SMS 12 Si Caterer: "Salam tolong masukan rm 1.700 sebelum pkl 11.30 am atau ....minta maaf .....baki duit perkawin atau duit catering selepas discount.CIMB bank.121xxxxxxxxxxx T.K"

SMS 13 Si Caterer: "Salam sy akan tunggu kat CIMB Jam 11.30am jika tak ada juga tunggu dan lihat .T.K maaf sekali lagi"

SMS 14 Si Caterer: "Salam .sy ni bukan bola .pas sana.pas sini. Tlg ya esuk sebelum kul 11.30am T.K"

Hari Rabu, 20 April 2011:
Bonda tetap berdiam diri. Paginya, dia hantar satu lagi sms ...

SMS 15 Si Caterer: "Salam dah masukan ke."

Bonda hubungi suami untuk bertanya perkembangan selanjutnya. Suami Bonda akan bertemu Si Caterer tu pada petang nanti untuk menyerahkan duit sebanyak rm1,400.00. Bila dah petang, Bonda terima sms ini ...

SMS 16 Si Caterer: "Salam tadi sy dah jumpa suami akak .abg hanya kasi rm 1"

Terkejut Bonda bila baca sms tu. Apa dah jadi. Bonda called suami tapi tak dapat. Doakan semoga dia selamat. Selepas tu 3 kali sms yang Bonda terima dari Si Caterer yang menyatakan Nothing to display. Rupanya hujan lebat, jadi sukarlah nak bercakap. Bila suami Bonda memberi tahu yang dia telah serahkan RM 1,400.00, lega rasanya. Bonda terima sms lagi ...

SMS 17 Si Caterer: "Salam tadi dah jumpa suami akak .abg hanya kasi rm 1.400 sahaja.abg kata hanya itu yg ada duit pd abang jadi sy minta akak bank in kan lagi bakinya selepas discount sebanyak 350.tlg bank in kan rm 200 dgn kadar segera T.K"

Sangkaan Bonda semuanya dah selesai tapi dia masih lagi datang menghantui. Bonda tetap berdiam diri.

Hari Khamis, 21 April 2011:
Pagi Khamis, dia masih hantar lagi sms ...

SMS 18 Si Caterer: "Salam dah masukan duit tak"

Bonda tanya suami apa yang berlaku semasa dia serahkan duit RM1,400.00 kepada caterer tempoh hari. Katanya, tiada apa-apa yang berlaku. Dia mengira duit itu, dan lepas tu kira okay dan selesai. Sungguh Bonda tak faham kenapa Si Caterer tu buat Bonda macam ni. Dia ni penakut. Depan suami Bonda, semuanya okay aje. Ini sms yang Bonda terima pada hari Ahad, 24 April 2011 ...

SMS 19 Si Caterer: "Salam nak bg atau tidak duit tu T.K"

Heee bosannya. Kenapa dia tak hubungi suami Bonda? Mengikut perkiraan Bonda, dengan kerosakan yang dia telah lakukan semasa jamuan, Bonda telah membayar sebanyak 90.8%. Apa dia nak lagi? Semoga Allah membalasnya. Bonda harap tiada lagi sms darinya apabila entri ini selesai ditulis. No more part 3.
Tamat.

Saturday, April 23, 2011

Kisah Businessman Yang Menjatuhkan Business nya Sendiri ... part 1

Salam buat pembaca setia Bonda. Bonda lama menghilang kerana sibuk mengurus majlis perkahwinan anak sulong Bonda, Nur Iffah. Banyak pengalaman dan pengajaran yang Bonda mahu rakamkan semoga ianya dapat memberi sedikit panduan buat sesiapa (termasuk Bonda) yang mahu menguruskan majlis kenduri perkahwinan. Ceritanya bersiri, dahlah tu setiap satu episod tu panjang pulak. Bonda memang suka bercerita (boleh tulis novel agaknya). Episod kali ini cerita tentang caterer Bonda semasa jamuan kenduri kahwin. Kes inilah yang paling kelakarnya.

Pengajaran daripada cerita ini, buatlah perjanjian bertulis secara terperinci dengan caterer tentang apa yang dia tawarkan dengan harga yang diberi. Lepas tu tambah satu perkara lagi tentang ganti rugi yang dia perlu bayar sekiranya dia langgar perjanjian. Siang-siang lagi Bonda bagi tau moral of the story bagi yang kurang masa untuk membaca sehingga cerita tamat.

Kejadian ini berlaku semasa jamuan kenduri kahwin Iffah pada 17 April 2011. Anak-anak Bonda menyifatkannya sebagai satu malapetaka. Apa taknya, anak-anak Bonda dengan pakaian yang ditempah khas (dress) dan high heel terpaksa menjadi pelayan orang makan, tukar air basuh tangan di tandas dan pelbagai kerja yang tidak sepatutnya mereka buat. Bukan setakat anak-anak, adik-beradik, anak saudara dan suami Bonda sendiri juga terpaksa selesaikan perkara yang sepatutnya dibereskan oleh Si Caterer Bonda.

Suami Bonda tidak dapat melayan dan menyambut tetamu kerana sibuk di dapur. Dia terpaksa bancuh air beberapa kali, angkat tong nasi, angkat lauk dan macam-macam lagilah yang tidak sepatutnya dibuat oleh tuan rumah, bapa pengantin pada hari itu.

Semasa majlis berlangsung, Bonda tak tahu sangat cerita kat meja makan kerana sibuk menerima tetamu dan sending them off. Nasib baiklah mereka tak datang bercerita pada waktu itu. Mereka saling membantu bagi melancarkan kenduri.

Semuanya bermula dengan kelewatan Si Caterer tu sampai di tempat majlis. Bonda mengadakan majlis ini di Taman Warisan Pertanian, Putrajaya, bukan kat rumah. Selepas majlis akad nikah di masjid Putrajaya, lebih kurang pukul 11.15 pagi, Bonda sampai di Taman Warisan. Si Caterer dah bersetuju bahawa keluarga pengantin perempuan akan makan pada pukul 11.30 pagi, sebelum tetamu sampai.

Bila Bonda lihat kosong aje tempat menghidang, food station, tiada seorang pun orang caterer, Bonda pun jadi risau. Bonda called banyak kali Si Caterer tu tapi dia tak angkat. Risau, cemas bercampur gaul. Tetamu pun ada yang dah mula datang. Bila makanan sampai, pelayannya tak cukup pulak, rasanya 3 orang aje. Dahlah tu budak-budak yang tak tau buat kerja. Bonda pun tak tau nak cakap apa, terpaksa serah kepada saudara mara untuk membantu dan membereskannya kerana tetamu pun dah mula datang.

Apabila keluarga duduk makan, tetamu pun dah mula sampai. Panik jugalah sikit-sikit, takut tak cukup seat. Seat untuk keluarga lelaki dah reserve kan sebab mereka juga akan sampai bila-bila masa aje dengan pengantin. Bonda memang tak jamah sebutir nasi pun pada hari itu kerana tetamu dah mula datang. Kawan-kawan Iffah, pengantin perempuan juga ramai dan pengantinnya belum sampai lagi. Jadi Bonda perlulah juga melayan mereka.

Dalam sibuk-sibuk melayan tetamu, adik lelaki Bonda datang berbisik 2 kali, lauk pengantin belum sampai. Rupa-rupanya pengantin terpaksa menunggu 1 jam lebih untuk makan. Tetamu yang makan bersama di meja pengantin adalah keluarga pengantin lelaki yang rapat dan penting. Malunya Bonda. Si Caterer tu bukanya nak inform Bonda akan kelewatannya itu. Dipendekkan cerita, Bonda sangat tidak berpuas hati dan rasa bersalah dengan semua tetamu Bonda atas segala kekurangan dan ketidaklancaran majlis itu. Kacau semua program.

Si Caterer ini direkomen oleh abang kepada tunang anak Bonda, Along panggilannya. Bonda memberi sepenuh kepercayaan dan keyakinan atas cadangan Along. Semasa jumpa kali pertama (Bonda, Iffah dan suaminya) dengan Si Caterer itu, dia ceritalah sedikit sebanyak latar belakang kerjayanya sebelum buat catering. Dia pernah bekerja di hotel-hotel sekitar Kuala Lumpur dalam department Food & Beverage. Dia juga tunjukkan keratan akhbar 6 beradik tukang masak. Baru-baru ni (sebelum Bonda berjumpa dia), dia telah menguruskan jamuan untuk 1,800 orang. Jadi cerita-cerita ini telah menambahkan keyakinan Bonda.

Pada hari kenduri, semasa Along datang berjumpa Bonda untuk minta diri, Bonda pun terceritalah tentang apa yang Si Caterer tu telah lakukan. Apabila Along dapat tahu makanan pengantin masih lagi tak sampai walaupun pengantin dah sampai, mengamuklah dia. Pesanan Along, jangan bayar apa-apa lagi kepada Si Caterer itu. Bonda tak sempat nak bank in RM1,950.00 baki bayaran jamuan pada hari Sabtu. Bonda dah bayar 67% daripada jumlah bayaran jamuan. Apa-apa Si Caterer tu hendaklah berurusan dengan Along. Bonda ikut ajelah pesanan Along.

Setelah siap berkemas, Si Caterer itu datang berjumpa Bonda, minta maaf dan jelaskan sebab kelewatannya. Bonda dah sakit hati dan geram. Nak tengok muka dia pun malas. Apa tah lagi nak dengar penjelasannya. Bonda suruh dia berurusan dengan Along aje. Tutuplah dulu setakat itu. Itu baru pengenalan. Part yang best akan bersambung di entri yang lain. Kita beri laluan kepada pesanan penaja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...