
30 Ramadan 1431H, tarikh pertemuan kembali Bonda dengan Engku Mohd. Hairulnizam setelah 18 tahun berpisah. Rasanya dia pelajar batch 1988 - 1992. Dia dah habis belajar tingkatan 5 di Sekolah Alam Shah Cheras, Kuala Lumpur, jadi berpisahlah kami. Pertemuan kami diatur awal bulan Ramadan lagi. Kebetulan dia tinggal di Kuala Terengganu dan Bonda pulang beraya.
Kenangan manis tak kan dilepaskan tanpa bukti gambarnya. Tak kisahlah jika gambar tu kurang seri sebab tak pakai baju raya.

Last time bergambar dengan Engku semasa di majlis perpisahan pelajar tingkatan 5 di Kelab Darul Ehsan, Ampang Selangor. Dulu bergambar dua aje, tapi sekarang ... kira sendiri.
Engku ni sama batch dengan adik Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, namanya Bonda keliru sikit, sama kacak seperti abangnya. Sayangnya dia dah pergi dulu.




Terengganu dah ada kedai serbaneka (macam 7eleven) nya yang tersendiri. Dah mula pada tahun 2009 lagi. Namanya T'Shoppe. Hanya anak kelahiran Terengganu aje yang boleh jadi taukehnya.
Bagus tu. Bonda ada satu lagi pilihan kerjaya bila Bonda pencen nanti. Dulu cuma jadi guru koperasi sekolah, mudah-mudahan suatu hari jadi taukeh kedai pulak. T'Shoppe ni di bawah seliaan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu. Kan best jadi rakyat Terengganu sebab kerajaannya sentiasa mencari ruang dan memberi peluang kepada rakyatnya meningkatkan taraf hidup.
Ni sedang dok korek-korek duit raya buat mangsa pertama, anak Engku.


No comments:
Post a Comment