Pernah dengar APC atau Anugerah Perkhidmatan Cemerlang? Kalau penjawat awam, dengan kata lain kakitangan Kerajaan, tahulah apa dia APC. Buat anda yang bukan kakitangan Kerajaan, mari sini Bonda nak bagi tau sikit.
Setiap tahun akan ada sebahagian kecil (iaitu 8%) kakitangan Kerajaan yang mendapat APC. Ini adalah satu bentuk pengiktirafan kepada staf yang telah memberi dan mempamerkan perkhidmatan yang cemerlang. Markah prestasi kerja tahunan mungkin sekurang-kurangnya 95% ke atas. Selain daripada sijil pengiktirafan, wang tunai sebanyak RM1,000.00 diberikan kepada setiap penerima APC tanpa mengira pangkat dan gred.
Bagi menggalak dan meningkatkan motivasi kerja, organisasi Bonda juga memberi APC peringkat dalaman atau organisasi. Penerima APC peringkat organisasi terima sijil penghargaan ajelah, mana ada duit. Tapi bagus juga ya jika mereka diberi baucer buku mungkin bernilai RM50. Gunalah duit kelab organisasi. Nanti Bonda akan cadangkan dalam mesyuarat agung kelab organisasi. APC tahun 2010 peringkat organisasi merupakan APC kali kedua yang dilaksanakan di organisasi Bonda. Bos Bonda, Encik Khalid bin Abu Bakar yang memperkenalkan idea ini sejak dia berkhidmat di ofis Bonda pada tahun lepas.
Seramai 15 orang mendapat APC peringkat organisasi. Tahun lepas, 10 orang aje. Ada pertambahan, jadi bermaksud ada peningkatan kualiti kerjalah agaknya.
Tahun ni Bonda dapat APC peringkat organisasi. Syukur. APC peringkat KPM, Bonda dah dapat sebanyak dua (2) kali sepanjang tempoh perkhidmatan Bonda, 24 tahun. Bukan mudah nak dapat APC walaupun di peringkat organisasi. Bos Bonda menetapkan kriteria calon APC. Markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) hanya dikira 80% aje. Selebihnya diambil daripada disiplin kerja (rekod punch card) dan komitmen terhadap tugas contohnya deliver tugasan pada masanya.
Bonda setuju idea bos Bonda ni iaitu memberi APC peringkat organisasi. Yalah mana boleh dapat APC peringkat KPM setiap tahun kerana orang lain juga hebat. Jika organisasi mahu hebat tidak cukup dengan enam (6) aje stafnya yang hebat.
Cuma ada satu (1) aje perkara kecil yang bos Bonda terlepas pandang. Jika bos Bonda melakukannya, dia membuatkan Bonda merasa tersentuh dan terharu. Ini pandangan Bonda ajelah (bagi diri Bonda). Jika dia memanggil Bonda secara peribadi ke biliknya dan ditambah dengan kad ucapan tahniah dan terima kasih (hand writing) daripada dia sendiri, pastinya semangat dan motivasi kerja Bonda akan meningkat tanpa disuruh. Apa yang berlaku, Bonda dapat tahu berita Bonda mendapat APC peringkat organisasi daripada mulut orang lain dan dalam situasi sambil-sambil.
Insya Allah ini akan jadi peringatan buat Bonda sekiranya Bonda menjadi bos atau mempunyai anak buah, perkara seperti ini (cara beri atau tunjukkan penghargaan) tidak akan berlaku. Bonda pernah tulis entri tentang tips memberi penghargaan yang mudah dan murah. Nak tahu? Klik kat SINI.
Okay, cukup dulu buat kali ini. Belajar daripada pengalaman dan kesilapan orang lain.
Tahniah KakSaba diatas anugerah APC peringkat organisasi...u deserved it! :)
ReplyDeleteTerima kasih Cik Lia atas ucapan tu.
ReplyDeleteCik Lia juga seorang pekerja yang bagus. Jika berpeluang, Bonda juga nak beri APC kepada Cik Lia.
Pn Saba mmg ada bakat dlm penulisan Pena Bonda. Terus maju..
ReplyDelete