Adakah anda mengalami kesukaran untuk menabung? Bagi diri Bonda, jawapannya adalah YA. Kita sering dengar nasihat dan saranan yang menyuruh kita menabung. Kadang kala kita juga (Bondalah tu) memberi saranan yang sama kepada orang lain. Bonda cuma pandai cakap aje tapi tidak beri tahu cara bagaimana nak menabung.
Kebiasaannya perbuatan menabung tu hangat-hangat tahi ayam aje. Tapi itu tidak bermakna kita tidak dapat ubah sikap itu. Di sini Bonda nak share cara bagaimana kita dapat jadikan menabung tu sebagai satu tabiat. Bonda baru aje bermula nak jadikan menabung tu tabiat. Jika Bonda share tips ni hanya apabila Bonda dah berjaya, lambat tu. Sebabnya Bonda bukanlah muda belia apabila dapat rahsia ini.
Sebelum Bonda pergi lebih jauh dalam tajuk ini, Bonda mahu merakamkan ucapan terima kasih kepada Irfan Khairi kerana sudi berkongsi tips dan cara bagaimana nak tanamkan sikap suka menabung dalam diri kita sendiri.
Irfan Khairi mencadangkan kita berbelanja dengan menggunakan duit kertas sahaja. Baki duit syiling tu kita masukkan dalam tabung khas kita. Contohnya, kita beli majalah yang berharga RM4.30. Kita bayar dengan menggunakan duit kertas RM5.00. Jadi baki RM0.70, kita simpan dalam tabung khas.
Tapi kan, kenapa kita perlu menabung? Sebabnya kita nak kaya. Kalau guna ayat profesional, kita nak capai bebas kewangan (financially free) atau disebut juga sebagai kewangan mandiri. Sebenarnya definisi kekayaan adalah berapa banyak kita dapat menyimpan wang pendapatan.
Nak tahu lebih banyak lagi tips bagaimana dapat dicapai financially free, bacalah buku Nota Jutawan, Nota Kewangan yang ditulis oleh Irfan Khairi.
Best bukunya. Sangat beruntung jika anda dapat memiliki senaskah buku itu. Sebabnya Irfan Khairi berkongsi ilmu kewangan supaya kita celik wang, berjimat cermat dan dapat mengurus wang dengan lebih bijak.
Akhir kata, ingat, apabila berbelanja, guna duit kertas. Baki duit syiling tu dimasukkan dalam tabung khas.
No comments:
Post a Comment