"Talent Corporation" Tergambar satu company yang mengambil dan menguruskan bakat-bakat muda dalam bidang hiburan. Itu kefahaman majoriti orang muda, belia dan remaja Malaysia yang biasa-biasa. Tapi Talent Corporation yang akan Bonda bincangkan adalah perkara lain. Talent Corporation ada disebutkan dalam Rancangan Malaysia ke-10. Talent Corporation (TC) ni adalah satu organisasi/badan yang diberi mandat untuk menarik, memotivasi dan mengekalkan modal insan berkemahiran yang diperlukan bagi mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi. TC akan ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Dengar-dengar cerita, TC dah ada calon yang paling layak sebagai tugasan pertamanya. Calon yang Bonda maksudkan adalah Tan Sri Hassan Merican, bekas Presiden dan CEO Pertonas.
Disebabkan nak penuhi permintaan/ kepentingan seorang atau beberapa kerat rakyat Malaysia, kita kehilangan dia ke tangan Singapura. Tan Sri Hassan Merican tidak rugi apa-apa apabila dia dikeluarkan daripada Petronas, malah rezekinya bertambah lagi. Dia sekarang dilantik sebagai non executive director of SembCorp Singapore yang dikawal oleh Temasik Holding. Dengar khabar, dia jadi orang ke-2 dalam company tu dan gajinya ..... dia boleh tulis berapa yang dia nak sebab dia diberi cek kosong yang bertandatangan.
Kenapa boleh jadi begitu ya? Maksud Bonda, kita kehilangan Tan Sri Hassan Merican. Jika dia tak pandai buat kerja pastinya Singapura tak akan ambil dia. Lu fikirlah sendiri. Anyway, baguslah jika kerajaan nak ambil dia kembali berkhidmat di Malaysia.
Mengikut sumber bacaan Bonda yang boleh dipercayai, ceritanya berlaku lebih kurang 10 tahun yang lalu. Ada seorang boss (orang atasanlah) membuat komen iaitu Petronas tidak banyak membantu kontraktor Melayu. Jadi dia mintalah Tan Sri Hassan Merican tolong kontraktor Melayu ni. Jawapan yang diberi oleh Tan Sri Hassan Merican, "Please talk to our procurement guys. Just follow our procedures." Dengan kata mudah, tiada sebarang keistimewaan. Jika menepati semua syarat, dapatlah projek tu. Petronas mempunyai syarat yang ketat dan tapisan yang mantap dalam meluluskan sebarang kontrak Petronas. Ini tidak bermakna tiada syarikat/kontraktor Melayu yang dapat projek Petronas. Akibat daripada ketegasan Tan Sri Hassan Merican dalam menjaga amanah rakyat Malaysia, faham-fahamlah sendiri.
Sedar dan tahukah anda tentang kejayaan Petronas semasa di bawah kepimpinan Tan Sri Hassan Merican? Petronas banyak membuat pelaburan di luar negara. Lebih daripada 20% hasil Petronas datangnya dari pelaburan operasinya di luar negara. Hinggakan Petronas tersenarai dalam Top 10 companies yang paling menguntungkan di dunia. Bangganya rasa jadi rakyat Malaysia walaupun itu bukan usaha Bonda. Tun Dr Mahathir hanya mampu membantu memperkenalkan Petronas ke luar negara. Tindakan selanjutnya iaitu mengeluarkan minyak dari tanah diuruskan oleh Tan Sri Hassan Merican. Inilah bukti Petronas berjaya menghasilkan world class business and management skill.
Bonda bersetuju dengan pendapat kawan Bonda ni, Syed Akbar Ali, kejayaan ini hasil usaha, pengurusan dan kepimpinan Tan Sri Hassan Merican dan diikuti dengan keizinan Allah. Jika tidak, tak kanlah Singapura sambar dia begitu cepat sekali.
Bonda doakan semoga Tan Sri Hassan Merican sudi kembali berkhidmat di Malaysia.
No comments:
Post a Comment