Saturday, December 4, 2010

Guru Sandaran Tidak Terlatih Mesti Tahu

Dalam akhbar Berita Harian pada 3 Disember 2010 melaporkan, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi menyampaikan berita baik buat semua Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) iaitu:
  1. Guru GSTT akan diserap ke jawatan tetap secara berperingkat. Keutamaan diberi kepada guru GSTT yang sudah berkhidmat lebih daripada tiga (3) tahun.
  2. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menyelaras latihan kepada guru GSTT dengan lebih sistematik. Oleh itu Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) tidak dibenarkan melatih guru GSTT lagi.
  3. Kontrak guru GSTT yang berakhir pada tahun ini tidak akan diberhentikan. Malah kontrak guru GSTT yang telah tamat tempoh perkhidmatan mungkin akan ditarik balik.

Inilah yang dinanti-nanti oleh guru GSTT. Siapa guru GSTT ni?
Guru GSTT adalah guru yang belum pernah menjalani perguruan secara formal. Dengan kata lain, mereka tidak mempunyai sijil/ diploma/ ijazah pendidikan tetapi diberi tanggungjawab untuk mengajar/ mendidik. Kebiasaannya mereka berkhidmat sebagai guru ganti di sekolah atau institusi pendidikan.
Guru ganti terpaksa diambil untuk mengatasi masalah kekurangan guru dalam bidang-bidang tertentu. Mereka terikat dengan kontrak.

Jika ada guru GSTT, pastinya ada juga guru GST iaitu Guru Sandaran Terlatih. Guru GST adalah guru yang baru menamatkan pengajian, mempunyai sijil/ diploma/ ijazah pendidikan, sedang berkhidmat di sekolah/ institusi pengajian, dan sedang dalam proses untuk disahkan kepada jawatan sebenar.

Menurut Dr Mohd Puad Zarkashi, terdapat ramai guru GSTT yang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah. Pengambilan guru GSTT dibuat oleh JPN. Jika anda berminat nak jadi guru, dah pergi interview/ ujian nak jadi cikgu beberapa kali tetapi gagal, mohonlah untuk jadi guru GSTT. Borang permohonannya ada di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang berhampiran.
Jika anda mempunyai ijazah dalam kejuteraan seperti elektrik, mekanikal, anda boleh memohon untuk mengajar di politeknik. Bonda kurang arif di mana boleh dapatkan borang permohonan kerana politeknik di bawah Kementerian Pengajian Tinngi.
Mudah-mudahan bahan ini memberi sedikit manfaat yang berguna buat anda.

2 comments:

  1. pernah jadi GSTT selama 4 bulan di Nilai... satu pengalaman yang menarik :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...