Wednesday, December 1, 2010

Kaji Semula Insuran Kesihatan Pekerja Asing

Sangat menarik untuk diikuti isu insuran kesihatan pekerja asing ni walaupun rasa-rasanya Bonda tidak ada kena-mengena. Kali ini tentang permintaan Presiden Persatuan Pembekal dan Pengurusan Tenaga Kerja Asing Malaysia (TEKAM), Datuk Baharom Abdul Ghani kepada kerajaan supaya mengkaji semula pelaksanaan peraturan insuran kesihatan bagi pekerja asing.

Justifikasinya:
1) Ada 2 juta pekerja asing di Malaysia. Jika bayaran premium bagi seorang pekerja adalah RM120 setahun, syarikat insuran akan mengutip RM240 juta setahun. Syarikat insuran ini akan memperolehi keuntungan atas angin melebihi 90%. Kenapa boleh dapat angka tu? Sebabnya RM18 juta bayaran bill hospital ditanggung oleh Kerajaan (mengikut kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai). Jika pekerja asing mempunyai insuran kesihatan, RM18 juta ini akan dibayar oleh syarikat insuran. RM18 juta daripada RM240 juta bersamaan 7.5%. Jadi syarikat insuran mendapat untung sebanyak 92.5%;

2) Buat masa kini, pekerja asing sudah diwajibkan mempunyai insuran di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing. Skim ini merangkumi perlindungan rawatan kesihatan dan bayaran pampasan kepada pekerja kehilangan anggota dan nyawa. Bayaran premiumnya adalah RM75.

Jadi sangat wajar sekiranya Kerajaan mengkaji status sebenar setiap pekerja asing yang datang mendapat rawatan di hospital. Adakah mereka pendatang asing yang dilindungi di bawah Skim Pampasan pekerja Asing atau pendatang tanpa izin.

Bonda sependapat dengan Datuk Baharom. Kenal pasti puncanya dan cari penyelesaian yang sebaiknya. Elok Kementerian Kesihatan tubuhkan Kumpulan Inovasi dan Kreativiti (KIK) bagi menangani isu ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...