Wednesday, December 8, 2010

Pengganti Penilaian Tahap Kecekapan

Sejak Perdana Menteri YAB Dato' Sri Najib Razak mengumumkan pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) semasa pembentangan Belanjawan 2011 pada 15 Oktober 2010, banyak pertanyaan dan tohmahan dilontarkan kepada Bonda dan organisasi Bonda. Maklumlah organisasi Bonda menguruskan pelaksanaan PTK kepada warga kementeriannya. Antara tohmahannya, "habis tu you all tak ada kerjalah sebab PTK dah dimansuhkan." Silap besar tu kerana YAB Dato' Sri Najib Razak ada mengatakan yang suatu bentuk penilaian baru akan diperkenalkan menggantikan PTK.

Sebenarnya, organisasi Bonda lah yang banyak menerima kesan daripada pemansuhan PTK ni. Sebabnya kami mesti mengubah banyak perkara, antaranya adalah ...
  • visi dan misi organisasi;
  • piagam pelanggan;
  • pelan strategik organisasi
  • skop pelaksanaan MS ISO 9001:2008;
  • Anggaran Belanja Mengurus tahun 2011;
  • manual prosedur kerja

Selagi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) belum keluarkan apa-apa pekeliling berhubung kaedah penilaian yang baru, perkara yang Bonda sebut kat atas tu tidak dapat dilaksanakan. Walau bagaimanapun, boss besar Bonda tidak amalkan prinsip "tunggu dan lihat". Dia membuatkan kami berfikir dan memberi cadangan apakah bentuk atau kaedah penilaian yang sesuai bagi warga kementerian kami. Kami juga telah menjalankan mesyuarat yang melibatkan pegawai-pegawai di peringkat negeri pada awal Disember baru-baru ini. Kami dapatkan pandangan dari akar umbi apakah bentuk penilaian yang sesuai buat mereka dan kami. Bonda sendiri akan menjalankan soal selidik secara on line untuk dapatkan pandangan staff kami (seluruh Malaysia) apakah kaedah penilaian yang sesuai buat mereka. Projek Soal selidik tu dah masuk peringkat pemurnian soalan-soalan yang dikemukakan. Bila dah dipersetujui oleh pihak pengurusan organisasi Bonda, barulah soal selidik itu dapat di up load kan. Target Bonda, by end of December 2010, soal selidik itu dapat di up load kan.

Hari ini (8 Disember 2010, Rabu), bayangan bentuk penilaian yang menggantikan PTK dah dikeluarkan oleh JPA dalam surat khabar. JPA kata ...
  • penilaian itu akan mengambil kira 'keunikan' setiap jabatan;
Mengikut firasat Bonda, ia bermaksud penilaian berasaskan job based and work place. Contohnya, penilaian bagi pentadbir gred 48 di institusi pendidikan akan berbeza dengan penilaian bagi pentadbir gred 48 di kementerian. Ini kerana bidang tugas mereka berbeza. Penilaian yang Bonda maksudkan adalah soalan atau instrumen yang digunakan untuk menilai.
  • penekanan kepada pencapaian individu dalam tugas hakikinya;
Mengikut ramalan Bonda, Sasaran Kerja Tahunan (SKT) akan dikuatkuasa sepenuhnya. Dahlah tu, sistem pemantauan status pencapaian oleh penyelia akan ada. Kami dah amalkan borang kawalan kerja dalam memastikan tiada perkara yang terlepas pandang.
  • subjek kenegaraan diteruskan;
Bonda bersetuju. Hal-hal berkaitan dengan dasar, pengetahuan am dan asas sebagai rakyat Malaysia juga perlu diambil tahu oleh penjawat awam.

Menurut akhbar itu lagi, JPA diberi masa sehingga Jun 2011 untuk mengemukakan sistem penilaian baru kepada kerajaan. Nama sistem belum ada lagi. Tapi apalah ada sangat dengan nama, yang pentingnya objektif penilaian itu. Pada pandangan Bonda, suatu bentuk penilaian perlu ada untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan penjawat awam.

Di sini Bonda mahu mengimbau kembali objektif PTK. Antaranya adalah ...
  • menggalakkan pembangunan diri penjawat awam melalui pembelajaran berterusan;
  • meningkatkan budaya organisasi pembelajaran;
  • melaksanakan pengurusan sumber berasaskan kompetensi

Bonda sangat bersetuju dengan objektif PTK tu. Yang silapnya PTK dulu tu (pada pandangan Bonda) adalah ganjaran kewangan diberikan kepada yang cemerlang. Bagi Bonda, penilaian merupakan satu cara ...
  • untuk memastikan penjawat awam sentiasa berusaha meningkatkan kualiti diri,
  • supaya penjawat awam tidak berada dalam zon selesa,
  • dapat membezakan penjawat awam yang berkualiti dengan yang kurang berkualiti supaya pengiktirafan boleh diberi kepada yang berkualiti.
Ganjaran berbentuk kewangan perlu dielakkan. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan kita kerana Allah mahu kita sentisa lebih baik daripada semalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...