Labuan merupakan tempat terakhir yang Bonda sampai (menjejakkan kaki) dalam siri penjelajahan negeri-negeri di Malaysia. Bonda mengambil masa lebih daripada 45 tahun untuk melengkapkan penjelajahan ini. Semua kos ada sponsornya iaitu Kerajaan Malaysia. Tak faham? Macam ni, Bonda sampai ke negeri-negeri tu atas urusan rasmi (kena buat kerja), jadi semua perbelanjaan perjalanan dan makan minum dibayarlah.
Tanggal 21 September 2010 merupakan tarikh Bonda menjejakkan kaki di Wilayah Persekutuan Labuan buat pertama kalinya. Pengalaman ke Labuan mempunyai banyak ceritanya. Mungkin terpaksa cerita secara berfasa atau berperingkat. Jadi kita mulakan dengan Fasa 1: Perjalanan menuju Labuan.
Bonda mulakan perjalanan dengan perasaan cemas, Sepanjang perjalanan (dalam ERT) daripada Putrajaya Central ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Bonda berzikir (Ya Lathiff - Yang Maha lembut) dan berdoa. Janganlah cepat membuat kesimpulan. Bonda sebenarnya panik, takut tertinggal kapal terbang.
Bonda pernah sekali tertinggal kapal terbang, masa tu (tahun 2009) Bonda nak pergi ke Kota Kinabalu untuk memberi taklimat kepada calon PTK kat sana. Sampai kat KLIA, dah tak boleh nak check in lagi. Bonda terpaksa akur. Cepat-cepat pergi ke pejabat MAS, ambil next flight. Nasib baiklah dapat (tak perlu bayar tambang) cuma kena denda RM100. Kalau tak, tak taulah macam mana nak cakap kepada boss. Tambang ke Kota Kinabalu bukannya murah bagi Bonda.
So, sejarah lama berulang kembalikah? Paniknya hanya Allah yang tahu. Flight pukul 9.00 pagi berlepas, tapi 8.20 pagi baru naik ERL kat Putrajaya. Nak sampai ke KLIA lebih kurang 20 minit. Sampai di kaunter check in, crew MAS dah tak beri nak check in, tapi Bonda hulur jugalah tiket dan kad pengenalan dan kerani MAS tu ambil dan tekan-tekan juga key board sambil berkata dah lewat. Syukur, berkat zikir dan doa, Bonda dapat tempat (boleh check in) dan kerani tu tak adalah membebel sangat. Bila dah dapat boarding pass, berlari-lari Bonda menuju ke kapal terbang. Serik rasanya, tak nak buat lagi macam ni.
Lega rasanya bila dah duduk kat seat dalam kapal terbang. Bonda bukan orang yang terakhir naik kapal terbang. Ada empat (4) orang lagi penumpang di belakang Bonda. Masa penerbangan daripada KLIA ke Labuan adalah 2 jam 25 minit.
Ingatlah, sentiasa berzikir. Zikir ÿa Lathiff, Bonda suka amalkan. Terasa sangat Allah menolong memudahkan urusan kita.
Bonda berhenti setakat ni dulu. Insya Allah kita sambung lagi di lain entri.
assalamualaikum Bonda,
ReplyDeleteemak saya pun selalu amalkan ya-latif sebagai zikir harian. ayat 1000 dinar juga antara doa-doa yang baik untuk diamalkan.
=)
salam bonda..
ReplyDeletewah labuan...
dulu parent wanie pon pi labuan tp wanie kene tggal..sbb ada final exam ngan presentation final proj...huhuhu
Terima kasih cik syahira. Sama-samalah kita saling mengingati.
ReplyDeleteBuat waniez nurul, Labuan tu tak lari ke mana. Suatu hari waniez akan sampai juga, macam Bonda yang ambil masa lebih daripada 40 tahun baru sampai kat situ.